Bab 18

1.1K 86 19
                                    

LUKISAN yang berbentuk abstrak itu direnung lama. Warna yang dipakai sungguh meriah. Penuh dengan warna warni. Terang dan cantik. Walaupun lukisan itu hanya lukisan abstrak dan dipenuhi pelbagai warna. Nampak keceriaan di sebalik lukisan itu.

'Aik! Tiba-tiba aku dah jadi macam gadis nakal tu pulak? Menikmati karya seni bagai ni. Berjangkit sungguh tabiat minah ni padanya.'

Matanya jatuh ke pada tanda tangan si pelukis. Setiap pelukis akan ada trademark atau pun initial yang menunjukkan hasil karya aslinya. 'm_C' dan berlogo kaktus itu dipandang. Ini adalah karya...

Imbasan...

KAKINYA melangkah ke dalam galeri yang sedang mengadakan jualan amal. Pelbagai lukisan dari penggiat seni Malaysia yang menderma lukisan dan dijual kepada penggemar karya seni dengan harga yang tinggi untuk didermakan kepada rumah kebajikan ataupun rumah anak yatim serta orang memerlukan.

Dia memang bukan peminat karya seni namun disebabkan sepupunya yang beriya mengajaknya ke galeri yang mengadakan jualan amal bagi memberi sokongan kepada sepupunya yang merupakan penganjur program jualan amal. Terpaksa juga kakinya menjejaki galeri itu.

Matanya melihat satu persatu lukisan yang tergantung di dinding galeri namun tiada satu menarik minatnya. Dia langsung tak boleh hadam maksud lukisan yang dicoret dengan warna-warna pastel.

'Bosan!' Keluh Eidlan. Entah kali ke berapa Eidlan mengeluh apabila sudah satu jam dia berada di galeri ini. Sepupunya itu apa yang dibuatnya di dalam galeri tak sudah-sudah. Naik bosan menghadap lukisan.

“Danish.” panggil Izhar apabila sepupunya yang sudah berjalan laju ke depan. Terselah riak wajahnya yang bosan apabila terpaksa menemaninya ke galeri ini.

“Ya ada apa?” jawab Eidlan malas.

"Kau tak nak balik lagi ke?"

"Tak belum lagi, aku ada hal sikit nak tolong kawan aku uruskan ni." jawab Izhar tersengih. Jujur terasa bersalah dengan sepupunya itu apabila dia terpaksa menemaninya ke tempat yang bukan dia gemari. Lelaki itu bukan suka ke galeri seperti ini.

"Sorry lah bro."

"Yelah."

“Danish, kau tak nak beli satu ke lukisan dekat sini. Belilah satu. Membeli sambil beramal kut. Bila lagi kau nak beramal kan?" Izhar memujuk sepupuya membeli sebuah lukisan.

"Beli? Entahlah aku tak minat satu pun dari lukisan yang tergantung ni. Kau tahukan aku ni bukan mata seni. Langsung tak boleh hadam dengan karya macam ni, bosan doe." rungut Eidlan.

"Belilah satu lukisan-lukisan ni, support member. Lagipun bila lagi nak guna duit kau yang berkepuk tu.” cadang Izhar.

"Banyak kau punya duit yang berkepuk. Kau ingat aku orang kaya?" soal Eidlan geram dengan mulut sepupunya yang tak ada insurans itu.

"Kau memanglah tak kaya mana, tapi bapak kau tu yang merupakan pengarah dekat hospital tu kaya kut. Bila lagi nak menggunakan duit dia ke jalan yang baik."

"Tengoklah macam mana, kalau aku berkenan aku beli." balas Eidlam malas.

"Okey bro, thanks."

Eidlan terus melangkah jalan meninggalkan sepupunya Izhar. Malas nak menunggu apa benda yang disembangya. Entah di mana silapnya seseorang melanggar tubuhnya dengan kuat dan kasar sehingga badannya sedikit ke belakang.

“Aduh! Buta ke main langgar-langgar. Kalau buta tak payah nak jalan sana sini. Meyusahkan orang aje. ” cemuh Eidlan yang menahan geram dengan entah siapa yang melanggarnya.

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now