Bab 19

1.1K 85 19
                                    

"CANTIKKAN lukisan tu? Walaupun sederhana tetapi ada daya memikat."

Mendengar terguran seseorang dari belakang membuatkannya Eidlan seraya menoleh ke empunya suara. Wajah Maira yang sedang tersenyum segaris padanya.

Eidlan menunduk tanda hormat dengan sapaan wanita penjaga galeri atau di kenali curatur.

'Orang di galeri memang mesra betul, malah nampak pencinta karya seni.' Desis Eidlam dalam hati.

"Ha'ah cantik.. Siapa pelukisnya?" soal Eidlan terbit rasa ingin tahu. Entah mengapa setiap kali melihat lukisan m_C itu pasti dia akam tertarik dan terpegun.

"Pelukis ni bergelar pelukis misteri. Tiada siapa yang tahu dan pernah jumpa dengan pelukis misteri itu. Disebabkan pelukis misteri ni suka membuat trademark m_C dan berlogo kaktus. Orang gelarkannya sebagai  'The prickly princess'.

"The prickly princess." sebut Eidlan perlahan.

"Hui apa yang kau orang sembangkan ?" tegur Eliza dari belakang.

"Tak ada apalah, kita orang sembang pasal lukisan aje pun. Kenapa cemburu ke kita orang sembang berdua aje?" Maria tersengih nakal.

"Heran pulak aku." bibir Eliza mencebir dan membuat muka bosan.

"Mana tahu." Maria menjuihkan bibirnya. Eidlan yang melihat hanya tergelak kecil.

"Awak sibuk eh? Ingat nak ajak keluar makan." ujar Eidlan.

Eliza dan Maira sekadar bermain mata. Kening dijongketkan. Maira hanya tersenyum kecil dan mengangguk.

"Okey boleh aje. Tak sibuk." ucap Eliza.

"That great! Jom." ujar Eidlan teruja.

"Okey kejap. Saya ambil handbag dekat dalam pejabat kejap." Eidlan sekadar mengangguk dan menghantar Eliza dengan ekor matanya.

"Okey dah, jom." Eidlan sekadar menganguk dan terus memulakan langkah.

"Maira aku pergi dulu." Eliza melambai Maira sebelum melangkah pergi membuntuti langkah Eidlan.

"Bye, jangan nakal-nakal yer." Maira mengenyitkan matanya.

"Lol." Eliza terus membuat muka jengkel pada Maira.

"Kita nak pergi mana?" soal Eliza yang mengerling ke arah Eidlan yang fokus dengan pemanduannya yang tidak tahu mana arah tujunya.

"Saya nak ajak awak pergi satu kafe baru, sekarang ni tengah trending kafe tu."

Berkerut dahi Eliza. "Danish sejak bila awak jadi budak-budak hipster ni, pergi kafe bagai ni? Saya tahu awak orang ada-ada. Tetapi sejak bila awak jadi budak hipster pulak?" Eliza tergelak kecil.

"Mana ada jadi budak hipster, saya nak ajak pergi satu kafe ni sebab awak confirm suka dengan kafe tu." ucap Eidlan dengan penuh yakin.

"Aikk... ada benarkah? Kafe apakah itu yang saya akan suka ni? Curious pulak tiba-tiba."

"Tak apa, kita tengok awak akan suka atau tak tempat yang kita akan pergi ni." ujar Eidlan dengan nada belagak.

"Okey, kita tengok."

Kereta BMW milik Eidlan betul-betul memakirkan di kotak parkir di hadapan sebuah kafe. Kepala Eliza mendongak ke atas melihat papan nama kafe itu. 'Relac Cafe'. Luaran kafe yang tampak biasa itu di pandang.

Pintu kafe dikuak. Loceng di pintu berbunyi menandakan seseorang sedang melangkah masuk. Kakinya mula melangkah masuk ke dalam kafe tersebut.

"Wow!" Eliza menekup mulutnya melihat dekorasi dan suasana kafe yang tampak bersahaja santai.

"See, kan saya dah kata awak akan suka." bisik Eidlan di telinga Eliza. Serta merta Eliza menoleh ke arah Eidlan dengan tersenyum.

Lelaki itu seolah tahu apa sahaja benda yang di sukakannya. Pelik bukan?

"Menarik sungguh kafe ni? Belum pernah saya jumpa kafe yang menyediakan buku dan komik macam library. Kafe ni dah macam library aje." ucap Eliza dengan nada teruja.

"Kan..."

"Tapi sejak bila awak suka dengan baca buku macam ni? Awak bukan pembaca buku ilmiah ke?" Eliza menjongket keningnya.

"Memanglah! Tapi saya pun pernah budak kut. Baca jugak komik macam dragonball tu."

"Seriously! Nampak juga kemanusiaan awak ni Danish. Ingat lifeless sangat." Eliza tergelak sambil menutup mulutnya.

"Jahat mulut eh? Zaman saya zaman dragonball tau. Popular gila masa tu."

"Tahu... abang saya pun gila-tengok cerita tu. Saya pun ikut sama. Hobi baca komik ni dari dia lah."

Mata Eliza sudah menjelajar segenap ruang kafe itu. Bersinar-sinar matanya melihat rak-rak buku yang dipenuhi komik dan majalah. Malah banyak koleksi buku lama yang tersimpan di situ. Membuatkan dia lebih teruja.

"Awak oder lah apa-apa, saya nak pergi dekat rak dulu." laju sahaja tingkah Eliza ke bahagian rak buku itu meninggalkan Eidlan.

Eidlan hanya tersenyum melihat gadis yang nampak teruja itu. Tidak salah pilihan dia membawanya ke situ.

Beberapa buah komik dibawa dan diletakkan di atas meja. 'Good morning call' siri buku komik yang pernah dia miliki satu ketika dulu. Tapi tidak lagi. Sudah lama dihumban ayahnya ketika PMR dulu. Lama sudah!

"Amboi! Nak berkampung dekat sini ke?" seloroh Eidlan melihat Eliza yang tampak santai dengan buku yang di bawanya. Sudah tak fikir benda lain lagi.

"Tak adalah... rindu nak baca balik buku ni. Tadi saya ada nampak sherlock holmer punya koleksi buku. Pergh... macam boleh overnight dekat sini baca." ucap Eliza teruja.

"Jangan nak mengada. Saya tahu kafe ni buka 24 jam. Tapi jangan mengada yer. Jangan berani pergi sini tanpa saya. Nampak tak majoriti dalam ni siapa?" ucap Eidlan serius.

"Tahu, lelaki." Eliza berkata perlahan.

"Awak boleh pergi jika berteman atau pun dengan saya sahaja. Faham!"

"Yes Mr. Doctor. Patik menurut perintah."

"Good girl." ubun-ubun Eliza di usap perlahan. Tersenyum melihat perangai comel gadis itu. Dia memang tidak boleh jika tidak melihat kecomelan gadis genit itu.

Eliza sudah khusyuk membaca buku yang dibawanya. Tampak tenang dengan gelak tawanya. Santai sungguh wajahnya itu. Sentiasa tersenyum. Siapa sahaja melihat wajahnya yang tersenyum akan terpegun dan merenung wajah itu tidak cukup sekali.

Wajahnya sentiasa tenang dan manis membuatkannya ingin merenung wajah itu lama. Sungguh wajah itu dirinduinya. 'Adakah itu cinta? Cinta yang hadir walaupun selama dia menidakkannya. Boleh ke aku berterus terang? Bagaimana jika wanita itu sudah berpunya?'

'Berpunya?'

Fikirannya mula melayang pada seorang lelaki yang membawa kereta Honda yang menghantar gadis itu ke galeri. Lelaki yang tampak segak berkemeja putih itu. Terbit rasa cemburu di hatinya.

'Teman lelakinya ke?'

'Tak mungkin! Jika teman lelaki mana mungkin gadis ini boleh keluar dengan tenang. Tetapi... siapakah dia? Mereka tersenyum tampak mesra dari biasa. Dengan dia pun tidak sebegitu.' Eidlan bermain dengan kata hatinya.

Sungguh dia tidak suka gadis itu tersenyum pada lelaki lain selain dari dia. Sejak bila sikap possesive hadir dalam dirinya. Selama ini dia tidak pernah berasa sedemikian. Pada Marsya juga tidak pernah begitu. Tetapi pada gadis genit dan nakal perasaannya mula berbeza dari biasa. Seolah ada dirinya yang lain mula keluar darinya.

'Mungkinkah ada sekelumit perasaan gadis itu padanya? Mungkin ada. Aku yakin! Aku kena cuba. Jika bukan hari ini bila lagi?'

Eidlan menggenggam erat tangannya erat dengan anak matanya tepat memandang Eliza yang kyusuk membaca komik. Hatinya nekad untuk kali ini


Done update
16082020
-K7Ra-

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now