Bab 31

921 69 19
                                    

"FARHA, awak buat apa tu?" tegur Eidlan apabila melihat Eliza seperti memegang padlock di pagar yang tidak jauh dari mereka mengunci padlock mereka.

"Tak ada apalah. Saya baca orang punya aje." ucap Eliza yang gugup.

Dahi Eidlan berkerut seakan tidak percaya dengan kata-kata Eliza. Dia yakin ada sesuatu yang Eliza sembunyikan daripadanya.

"Jom kita gerak ke tempat lain." Eliza menolak bahu Eidlan lembut. Meninggalkan kawasan love lock.

'Biarlah padlocknya menjadi sebuah rahsia.'

"Tengok tu matahari dah nak terbenam. Subhanallah cantiknya," mata Eliza ralit melihat cahaya matahari yang kian kelam menunjukkan malam mula menjelma.

"Ha'ah cantik. Kalau dapat tengok scene betul-betul matahari terbenam lagi cantik."

"Wah! Teringinnya." Eliza tersenyum suka.

"Insya-Allah, satu hari nanti saya akan bawa awak di mana kita boleh lihat matahari terbenam." tutur Eidlan tersenyum sambil menatap wajah Eliza.

Eliza merenung wajah Eidlan yang ikhlas berkata. 'Jika kita mampu ditakdirkan bersama-sama melihatnya. Tapi sayangnya...'

"Jangan buat muka sedih macam tu, saya janji saya bawa awak pergi nanti yer." pipi Eliza dielus lembut Eidlan.

Wajah keruh Eliza serta-merta tersenyum. Dia tak mahu menghancurkan mood dating mereka. Walaupun saat ini dia sedang berperang dengan perasaanya. Biarlah waktu ini dia bergembira sepuasnya. Memori terindah di antara mereka dibiarkan disimpan kemas.

Jika satu hari nanti mereka tidak bersama, dia tak mungkin lupakan Danish. Kerana Eidlan adalah lelaki yang pernah dia cintai.

◐.̃◐◐.̃◐◐.̃◐

MORNING my little kitten." ucap Eidlan nada gembira.

"Assalamualaikum, morning Danish."

"Waalaikumsalam, apa macam tidur malam tadi? Okey? Selesa?" soal Eidlan.

"Alhamdulillah selesa. Masuk bilik lepas solat terus tertidur sampai pagi." Eliza tergelak kecil.

"Tahu... sebab tu saya whatsApp awak tak reply." perli Eidlan.

"Sorry..." Eliza tersengih bersalah.

"Tak apa, kita pergi ni pun memang nak bercuti dan berehat."

"Jom sarapan, lepas itu kita kena bertolak balik. Nanti ibu marah pulak bawa anak dara dia keluar tak reti hantar balik. Silap-silap lepas ni dia tak benarkan saya bawa keluar lagi." seloroh Eidlan.

"Mengadalah awak."

"Betul apa, saya nak jadi menantu ibu awak saya kena ambil hati family awak baru boleh dapat green light."

Kata-kata Eidlan seperti sembilu yang mencucuk dadanya saat ini. 'Danish.'

"Kenapa ni?" soal Eidlan apabila melihat wajah Eliza yang berubah pucat.

Eliza sekadar menggeleng. "Tak ada apalah." bohong Eliza.

"Dah jom kita pergi sarapan. Saya dah lapar gila ni." kaki Eliza terus membuka langkah laju ke hadapan.

Mereka bersarapan dengan dihidangkan pemandangan indah dari atas bukit. Kelihatan kabus sejuk pagi masih menemani mereka. Angin sejuk embun pagi menampar kulitnya menyenangkan jiwa Eliza yang dirundung resah.

Wajah Eliza direnung. Wajah itu yang sentiasa tersemat di hatinya. Tidak pernah sedikit pudar dari hatinya. Malah cintanya makin kian besar. Kininya hatinya mula yakin. Ini adalah masa yang tepat untuk meluahkan apa yang terbuku dan niatnya yang ikhlas untuk gadis itu.

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now