Bab 49

990 77 20
                                    

SARAH mendail telefon abangnya sulungnya berkali-kali. Namun panggilannya hanya di sambungkan pada peti simpanan suara. Terbit kerisauan di hatinya ke mana abangnya pergi.

"Sarah mana Eid pergi? Dari siang lagi keluar dengan perempuan tu tak balik-balik lagi." Alisa sudah memeluk tubuh dan berjalan ke hulu hilir.

"Entahlah Alisa, Sarah dah call berkali-kali tak dapat pun."

Laju sahaja kaki Sarah melangkah ke arah Luccas yang baru masuk ke dalam lobi hotel.

"Mister, maaf ganggu masa you. You tahu tak mana abang I dan Kak Farha pergi? I tak dapat contact abang I lah." jelas Sarah yang terserlah kerisauan.

"Farha?"

"Sorry, I mean Eliza."

"Sorry miss, I pun tak sure. I pun ada call Eliza tadi. Tapi phone dia off." balas Luccas tenang.

"Oh.. Yeke?" Sarah mengeluh perlahan.

"Kenapa? Ada sesuatu yang berlaku ke?" soal Luccas cemas apabila melihat wajah Sarah yang tampak risau.

"Eh, tak adalah. Hanya risau saja mereka tak pulang dari tadi walaupun dah lewat malam macam ni."

"Your brother is nice man right? Dia tak bada niat nak buat bukan-buka pada Eliza kan?" soal Luccas pula.

"Eh.. Tak! Tak! Abang saya bukan orang macam tu. Dia baik, tak buat bukan-bukan."

"Jika you dah cakap macam tu tak payah risaulah." tutur Luccas tersenyum kecil dan terus beredar.

"Sarah, along tu dah besar bukan budak kecik lagi tahulah dia balik sendiri. Sudah masuk bilik, tidur." tutur Datuk Muzaffar yang berbaur arahan.

"Baik ayah." Sarah hanya menurut.

"Habis itu Eid tak balik lagi, tak akan kita nak biarkan aje?" soal Alisa tak berpuas hati dengan jawapan Datuk Muzaffar.

"Kalau nak cari pun bukan kita tahu pun Eid tu pergi mana, esok tahulah dia jalan balik." ujar Datuk Muzaffar tenang dan terus beredar.

"Tapi Eid be.."

Belum sempat Alisa berkata habis Sarah dan Datuk Muzaffar terus beredar meninggalkan Alisa.

"Sarah.."

"Adik.."

Sarah terus menoleh ke arah suara yang memanggilnya. "Angah? Kenapa?"

"Angah nak tanya sesuatu ni boleh tak?"

"Tanya? Sejak bila nak bertanya kena minta izin dulu?" soal Sarah pelik melihat abangnya ngahnya.

"Tak adalah, tadi angah nampak along tarik Eliza masuk kereta dia petang tadi. Mereka berdua tu kenal antara satu sama lain ke?" soal Aryan. Terbit rasa ingin tahu di hatinya. Bukan dia tidak sedar Eliza memandangnya abangnya seolah mereka kenal rapat. Malah pandangan Eliza pada abangnya juga berbeza dari yang lain.

"Entahlah." balas Sarah pendek. Dia tidak mahu berkata banyak lagipula alongnya juga tidak mengingati Eliza.

"Adik masuk dulu nak rehat." ujar Sarah lalu masuk ke biliknya dan meninggalkan Aryan yang masih dalam keadaan tertanya-tanya.

◐.̃◐◐.̃◐◐.̃◐

"CONFIRM ni tak nak balik?" soal Eidlan sambil mengangkat keningnya.

"Nak pergi air terjun dulu baru balik." Eliza menyeringai dengan wajah teruja. "Boleh tak?"

"Okey, ikut awak."

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now