Bab 59

1.2K 87 39
                                    

SEBAIK teksi yang dinaiki memberhentikan di hadapan pintu rumah itu. Laju sahaja kakinya Eliza menguak pintu kereta. Bagasi di bahagian bonet belakang di keluarkan.

"Alhamdulillah dah sampai pun." Tutur Eliza teruja. Udara di hirup tanda menikmati keindahan suasana kampung itu. Tenang, segar dan aman damai.

Beberapa keping not di keluarkan untuk membayar kepada pemandu teksi tersebut. "Terima kasih."

"Woff... woff..."

"Oh mak kau!" Latah Eliza apabila di sergah anjing yang menyalak padanya.

"Ikun!! Kenapa tu bising-bising." Tegur Mak Timah yang menuju ke pintu rumah.

Melihat Mak Timah sudah berada di pintu rumah lantas Eliza tersenyum lebar.

"Eliza kan?" Soal Mak Timah.

"Ye, Mak Timah." Seraya Eliza menyalam tangan tua itu.

"Maaflah kedatangan Eliza ni tiba-tiba."

"Tak mengapa nak, suka Mak Timah ada tamu datang singgah rumah."

Mata Mak Timah meliar ke arah sekeliling seolah mencari sesuatu.

"Mak Timah cari apa?" Soal Eliza apabila mata Mak Timah meliar.

"Kamu datang sorang aje ke? Eidlan tak datang sekali dengan kamu?"

Eliza menggeleng. "Tak, Mak Timah."

Mak Timah mengangguk perlahan tanda mengerti. "Apalah Mak Timah ni ajak Eliza sembang dekat pintu rumah. Eliza mari masuk."

"Mak Timah, tujuan Eliza datang kali ni nak berkampung dekat rumah Mak Timah beberapa hari. Saje nak menikmati suasana kampung. Tempoh hari tak sempat nak rasa. Harap tak menyusahkan." Jelas Eliza lagi.

"Tak menyusahkanlah. Mak Timah lagi suka ada tetamu datang. Pintu rumah Mak Timah sentiasa terbuka untuk kamu Eliza, jangan risau."

Eliza tersenyum lega.

"Aik.. ada tamu ke Timah?" Tegur Pak Cik Duad yang baru pulang dari kebun.

"Ada ni, tengok siapa yang datang?" Ujar Mak Timah yang teruja dengan kedatangan Eliza.

"Ini Eliza kan?"

Eliza mengangguk dan tersenyum. "Datang sorang ke? Eidlan tak datang sekali?"

Eliza sekadar tersenyum nipis dan menggeleng. "Tak."

"Tak apalah, ni Pak Cik ada baru balik dari kebun. Memang rezeki kamulah datang kali ni. Kena dengan musim-musim buah-buahan."

"Wah seronoknya!"

"Esok pagi Eliza nak ikut Pak Cik pergi kebunlah. Teringin," Eliza tersengih.

"Nak ikut berkebun ke?" Soal Pak Cik Duad.

"He..he.." Eliza menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Eliza mana tahu berkebun. Makan hasil kebun tahulah." Eliza menyeringai bangga.

"Tak apa, kalau nak ikut jalan-jalan dekat kebun. Boleh aje."

"Terima kasih, pak cik Duad."

"Kebun pak Cik Duad kena mendaki gunung yer. Jangan terkejut pula esok."

"Tak.. tak terkejut."

"Eliza mesti penat. Pergilah bersihkan diri dulu." Tegur Mak Timah yang melihat Eliza yang tampak berlengas.

"Baiklah Mak Timah." Laju Eliza mengambil barang mandiannya dan menuju ke bilik air.

Usai makan malam, Eliza terus ke luar rumah mengambil angin malam di suasana kampung. Udara segar begitu menenangkan jiwanya. Matanya ralit melihat cahaya bintang yang menyinari di dada langit. Walaupun suasan gelap di ruah rumah. Namun cahaya bulang dan bintang menghiasi begitu mendamaikan.

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now