7

499 28 8
                                    


  Fikir nak lari daripada denda tu tapi Rizwan pulak marah marah aku. Banyak membebel pulak mamat ni. Kalau dia ada gf aku rasa gf dia pun boleh tarah telinga nak mendengar.

Disebabkan hari ini aku ada denda maka aku pun tak join dengan member aku yang lain lepak dekat belakang sekolah. Rizwan pulak malas katanya nak lepak.

"Eh Rizwan kau balik je lah dulu." Entah sejak bila pulak mamat sewel ni muncul kat sebelah Rizwan.

"Aku balik dulu tau! Jaga elok elok bakal tunang kau ni." Ujarnya seraya menepuk bahu Adam. Aku roll eyes. Tak habis habis nak sakat.

"Menyampah seh!" Balasnya.

Dalam hati aku dah sumpah seranah dengan ketua pengawas ni. Ada lah terbit rasa sakit hati bila dia kata menyampah. Siapa tak sakit hati woii!!!

"Jangan kau menyampah nanti perasaan menyampah kau tu boleh jadi sayang. Hati manusia ni boleh berbolak balik tau. Lagi lagi Aisyah ni bakal tunang kau lagi lah kau kena protect dia baik baik."

Rizwan mula memberi tazkirah selama dua minit. Siapa nak nasihat boleh mintak dari pensyarah Rizwan. Dia kalau bab kata kata ni memang top. Tapi kalau bab membebel tu ikut mood dia.

"Whatever lah bro. Aku nak kena pergi ni. Aisyah, ikut aku."

"Ingat! Esok kau kena pergi rumah Aisyah tau. Kalau mak ayah Aisyah tahu yang korang ni satu sekolah yang sama and then selalu like tom and jerry mana tak terkejut nanti. Bukan setakat parents Aisyah parents kau sekali terkejut."

Hmmm ini lah Rizwan Athir.

Rizwan sudah pergi. Aku mula berjalan longlai membuntuti Adam menuju ke kelasnya.

"So, kau kemaskan kelas ni mulai dari buang kertas kertas ni dalam tong sampah then sapu pulak." Arahnya sebaik sahaja kami sampai ke kelas nya. Kelas first. Hmm aku kelas kedua je bukan nya pandai pun huhu sedih....

Kemas pun kemas lah. Sekali sekala khidmat dekat kelas orang. Dapat pahala ye dok?

"Kau buat apa?" Soalku setelah dia yang dari tadi asyik kat kelas ni je. Nak teman aku ke dia ni?

"Perhatikan apa yang kau buat lah. Kalau aku tak tengok kau dari awal lagi kau dah cabut lari." Tuduhnya melulu.

Sampah sarap yang ku kumpul segera aku memasukkan dalam bakul sampah. Aku menoleh ke arah nya yang berada di kerusi meja kelas.

"Hello Encik Ketua Pengawas! Tak ingin lah aku nak lari. Menuduh je tahu."

Dia diam tanpa sebarang kata. Aku pun malas mahu bercakap lagi.

"Kau rasa parents kita terkejut tak kalau diorang tahu yang kita ni satu sekolah?" Tiba tiba sahaja soalan itu terpacul keluar dari mulut Adam setelah dari tadi hanya menyepi sahaja.

Mujur sahaja hanya tinggal kerusi sahaja yang aku perlu kemas. Soalan dia aku biarkan menyepi seketika.

"Untuk soalan kau tadi aku rasa mestilah terkejut." Jawabku ikut fikiran. Kerusi yang terakhir aku kemas aku duduk di situ. Hanya dekat sahaja meja kami. Kerusinya di depan manakala aku di belakang nya.

"Kau ingat tak yang kau pernah kata kau sayang aku waktu kecik kat Kedah dulu tu?" Dia menoleh ke belakang menghadapku. Kerusi nya dipusing.

Sepuluh saat aku menyepi sebelum ingin menjawab. Aku menggulum lidah "Ingat sikit lah." Aku malu sebenarnya bila dia ungkit masa waktu dulu.

  Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅Where stories live. Discover now