33

267 23 0
                                    



Petang lepas solat zohor itu, aku sudah pun bergerak ke KLIA bersama keluarga dan juga keluarga Aunty Dayana.

Mungkin tidak lama lagi pihak Airport akan bersuara menandakan kapal terbang untuk ke Amerika akan sampai.

  "Jaga diri baik-baik ya, Belajar elok-elok. Jangan lalai. Aisyah tu belajar tempat jauh. Dah sampai maklumkan dekat kami ya." Mama mula memberikan kata-kata selamat tinggal. Aku sekadar tersenyum dan mengangguk sahaja.

"Huh bang? Tak nak bagi kata selamat tinggal ke dengan anak kita?" Soal Mama.

"Apa yang saya nak cakap semua awak dah rembat, macam mana?" Balas Papa selamba.

Kami semua tertawa.

Mama menjeling manja pada Papa. Comel aje. Papa tergelak kecil.

"Jagalah diri elok-elok. Ingat, Aisyah tu sudah berstatus." Kata Papa.

Aku sekadar tersenyum tawar. Insyallah je lah....hati boleh berbolak balik bukan? Haihh.....bila aku kata ayat ni aku teringatkan Rizwan dan kawan yang lain.
Diorang tengah buat apa sekarang ni?

"Ingat apa kata Mama dengan Papa Aisyah, jaga diri elok-elok dekat sana. Berkawan dengan orang yang baik. Jaga pandangan. Itu luar negara. Bukan negara Islam." Aunty pula mencelah menasihati aku. Aku nak buat apa? Angguk angguk tersenyum je lah.

Kedengaran suara pihak Airport mula bersuara. Hendak sahaja aku ingin mengeluarkan air mata, namun tidak terpedaya.

Aku memeluk Mama dan Papa erat. Insyallah kalau cuti nanti Aisyah akan balik dekat Malaysia.

"Angah....." Panggil Amir dan Along. Isteri Along pula sedang sakit di rumah jadi kakak ipar aku hanya kirimkan salam sahaja.

"Ya?"

Kedengaran suara Amir seakan hendak menangis. Aku tersenyum kecil dan mula mendepakan tangan ku. Dia dengan pantas mendakap tubuhku.

Along juga sama. Habis badan aku sakit. Tapi aku tidak kisah. Aku ingin memeluk kedua- dua adik beradikku.

"Angah......jaga diri baik-baik eh? Amir sekarang dah tak ada kawan dekat rumah. Mesti lepasni Amir bosan. Amir dah tak boleh ganggu Angah." Dramanya adik aku ni....

"Angah belajar elok-elok eh? Dah sampai kat sana nanti call lah kitorang." Along pula berkata.

Along meleraikan pelukan. Ringan sikit badan aku.

Dan kalini Amir mengeratkan pelukan lagi seraya menangis kecil.  Ya allah....sebak nya aku nak pergi ni. Batalkan boleh? Tak sanggup.

"Jaga diri baik-baik. Kitorang akan sentiasa menunggu Angah pulang dekat Malaysia."

Pihak Airport bersuara kembali. Aku meleraikan pelukan Amir. Dia mengusap air matanya yang sudah jatuh itu.

"Aisyah nak pergi ni, jaga diri baik-baik."

Aku menyalam kesemua keluargaku. Aku menyalam Aunty Dayana. Di sebelah Aunty Dayana merupakan Adam. Dia tidak memberi apa-apa reaksi. Hanya muka biasa ditayangkan. Tidak ketat dan tidak senyum.

"Bye!" Mereka melambai-lambaikan tanggan ke arah aku tatkala aku sudah menjauhi dari mereka. Aku membalas lambaian mereka kembali. Ya Allah.... mampu ke aku hidup berdikari di negara orang?

Melihatkan Adam melambaikan tangan dan tersenyum ke arahku itu sudah membuatku bahagia. Sekali dia senyum tu  memang nampak cute. Tapi itulah, dia jarang hendak senyum. Jual mahal.

Ianya mengambil masa 7 jam untuk sampai ke Airport Amerika. Di dalam itu aku kesejukan. Mujur perempuan di sebelah meminjamkan aku jaketnya. Katanya dia boleh tahan lagi. Aku pun tak nak banyak lawan ambik sahaja je lah.

  Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅Where stories live. Discover now