Aku berehat dengan Hanna diikuti oleh Juju dan Raziq serta Faiz. Kami berbual seperti biasa di meja kantin."Aku dengar citer kau dengan Adam dah okey dah. Betul ke?" Soal Juju. Aku sekadar menjongket bahu.
"Betul betul lah!" Juju mula menampar tanganku sedikit. Aku mengeluh.
"Ya....kot.."
"Iya. Tadi bukan kemain mesra lagi tau dia dengan Adam kat kelas tu. Berbual apa entah aku pun tak tahu." Faiz memang bongok ya. Habis tertumpah nasi dia dekat mulut tu.
"Eeeee Faiz! Kutip balik." Raziq mula menjauhkan dirinya dari Faiz. Hanna dan Juju membuat muka jijik.
Faiz tersengih dan mengutip kembali.
"Hello." Seseorang mula menegur. Kami semua menoleh.
"Boleh aku pinjam Aisyah kejap?" Soal Adam meminta izin.
Aku memandangnya dengan hairan begitu juga dengan rakan rakan ku.
"Boleh." Jawab Faiz. Aku menjulingkan mataku ke atas. Aku mulai bangkit dari bangku kantin.
"Aku nak cakap sesuatu dengan kau dekat padang jap." Ujarnya separa berbisik.
Aku menoleh ke arah padang yang cukup besar itu. Melihat tiada orang aku mengangguk setuju. Kami mulai bergerak mengorak langkah ke padang sekolah.
"So ada apa nak jumpa aku ni?"
"Mama kau dengan Mama aku dah banyak kali tanya bila kita nak bagitahu dekat diorang yang kita ni akan bertunang. So...nak tak nak kau kena bagitahu jugak. Kau setakat bagitahu kawan kawan kau je lah. Tak payah lah sampai satu sekolah."
Tak cakap pun sampai nak bagitahu satu sekolah.
"Aku belum ready lagi lah...." Aku membantah. Dia membuat muka tidak ingin melayan karenah ku.
"Kalau kau sanggup setuju ready nak bertunang dengan aku takkan sampai nak bagitahu pasal benda ni dekat kawan kau pun kau belum ready lagi?"
Ye tak ye jugak. Tapi.....aaaa....Aku belum ready lagi laaaaa. Nanti mesti diorang sakat aku.
"Aku belum ready!" Bantahku keras.
Dia menarik nafas panjang. Aku mula rasa gementar melihat dia begitu.
"Lagi dua bulan tau pertunangan kita akan dilangsungkan. 2 month more Aisyah. Sampai bila kau nak rahsiakan? Diorang tu kawan kau. Kawan aku jugak. Diorang berhak tahu. Dulu bukan kemain kan kau berjanji akan bagitahu apa apa je rahsia dekat member kau and sekarang ni?" Ujarnya panjang lebar. Aku hanya mendiamkan diri. Tidak tahu ingin membalas apa.
Memang aku pernah berjanji tapi....belum bersiap sedia lagi lah. Yang pasal janji tu mesti Rizwan bagitahu Adam.
"Kalau kau tak ready lagi aku yang akan bagitahu. So your choice. Nak kau yang cakap ke atau pun biar aku yang bagitahu."
Tengok tu dia ugut aku.
"Ye. Okey fine! Esok aku bagitahu."
"Nope! Harini jugak." Mataku terkatup menerima dugaan kecil ini. Ya allah aku takut ya Allah. Kenapa tiba tiba aku takut sangat padahal nak bagitahu yang kitorang ni bertunang je pun. Okey. Masalah besar tu.
"Okey okey. Aku bagitahu harini. Puas?" Tanpa balasan darinya aku terus menghentak kaki menuju ke kantin semula. Erghhh!
Aku duduk semula di bangku kantin. Air Hundred Plus aku di meja lantas aku ambil dan membuka penutup botol dengan kasar. Penutup botol itu mulai terkena dengan Faiz. Aku meneguk air itu dengan rakus. Dahaga lah pulak.
![](https://img.wattpad.com/cover/228682603-288-k844503.jpg)
YOU ARE READING
Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅
RomanceMuhammad Adam Hanaqi. Seorang ketua pengawas. Dia tidak tegas, cuma hanya kerana mukanya yang sentiasa ketat itu mampu membuatkan pelajar di sekolah itu sudah takut padanya. Ramai wanita yang minat padanya. Walaupun bagi mereka Adam itu jarang hend...