"Angah." Aku menoleh ke belakang tatkala Amir memanggil aku sekali lagi.Dia kemudian nya menghampiri aku dan mendekatkan bibirnya ke telingaku. "Take your time."
Berkerut dahi aku dibuatnya. "Means?"
"Take your time dengan tunang sendiri nanti dekat janda baik sana tau." Amir mengenyitkan matanya ke arahku. Aku mencubit mata sebelahnya dengan lembut. Kang kasar takut meraung pula budak sekor ni.
"Malas nak layan. Dah aku blah lu." Ya. Itupun baru semalam malam yang aku tahu dia pun ikut jugak pergi. Tak nak hadap muka dia. Tapi nak tatap jugak muka dia tu. Hmm entahlah.
"Okey! Have a good at there!"
>>>>>>>>
Di dalam kereta memang banyak benda yang kami bualkan. Almaklumlah sudah lama tidak jumpa. Kalau dah jumpa tu memang rancak lah berbualnya.
Bual punya berbual aku terlupa sesuatu. Aku memanggil Rizwan yang sedang memandu. Dia sudah mempunyai kereta sendiri. Eleh duit ayah dia boleh lah!
"Apa?" Soalnya sekilas sebelum menghadap ke hadapan kembali.
"Aku ada satu kawan lelaki aku ni. Nama dia Rafiq Haffiey. Dia pun nak ikut jugak join kita dekat janda baik nanti."
"Rafiq Haffiey nama dia?" Soal Rizwan. Aku mengangguk.
"Kawan universiti kau dekat Amerika? Orang Malaysia lah ni?" Aku mengangguk kali keduanya.
"Ikut je lah. Dia naik apa nanti?"
"Dia kata dia pinjam abang dia punya kereta." Kalini Rizwan pula yang mengangguk.
"Mesti handsome kan Rafiq Haffiey tu. Dari nama pun aku tahu yang dia tu handsome." Seloroh Rizwan. Agaknya kalau si Rizwan ni perempuan dah lama dia menggatal dengan Hafiq Raffiey tu.
"Weh!"
"Tak payah nak jerit boleh?" Akulah mamat sebelah ni. Aku kat sebelah dia je. Itu pun nak menjerit. Nasib tak bernanah je telinga aku ni.
Dia membuat muka sememehnya yang hendak sangat aku ingin luku kepala mamat sekor ni.
"Antara Hafiq Raffiey tu dengan aku kan....siapa lagi handsome?" Soal Rizwan sambil membelek-belek wajahnya ke arah cermin luar di tingkap. Aku membuat muka toya.
"Hafiq Raffiey." Memang betul pun. Hafiq Raffiey ni kalau nak dibandingkan dengan Rizwan lebih kurang je. Cuma bagi aku Hafiq Raffiey ni ada aura dia. Aura yang mampu buat para wanita tergoda. Ada je mat salleh dekat sana pernah mengorat Hafiq Raffiey tapi Raffiey tak melayan pun. Tabik betul aku dengan dia ni. Ramai kot perempuan lawa dan seksi mengorat dia. Macam tak ada lelaki lain ke. Nak jugak lelaki melayu.
Mendengar sahaja jawapan aku muka Rizwan terus jadi cemberut. Aku ketawa kecil.
"Ni yang aku nak bantai si Hafiq Raffiey ni!" Guraunya. Tumbukan manja hinggap di stereng kereta.
"Kau jangan cakap besar budak! Ramai kot perempuan dekat negara sana dok ushar-ushar dia."
"Serius lah?" Wajah terkejutnya ditayangkan sebelum aku mengangguk.
"Agaknya Adam ke Hafiq Raffiey tu yang lagi handsome?"
Mula dah soalan cepumas macam tu. Ni nak keluar dari kereta ni. Cepat sampai boleh tak?

YOU ARE READING
Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅
RomansaMuhammad Adam Hanaqi. Seorang ketua pengawas. Dia tidak tegas, cuma hanya kerana mukanya yang sentiasa ketat itu mampu membuatkan pelajar di sekolah itu sudah takut padanya. Ramai wanita yang minat padanya. Walaupun bagi mereka Adam itu jarang hend...