Aku kini sedang berada di rumah Adam atau lebih tepat di biliknya! Jam tangan ku kerling. Sudah pukul 11:45 malam. Hesy! Nak balik rumah. Mama! Amir! Papa! Along! Rizwan! Tolonglah!Tudung di kepala masih lagi belum aku buka. Baju pengantin pun masih lagi belum buka. Letih sangat sampai tak mampu nak bukak. Ini pun baru aku masuk. Itu pun Ibu yang suruh. Dah aku jadi menantu mestilah aku panggil Aunty Dayana Ibu.
Katil Adam yang dahulunya single kini sudah menjadi queen. Bantal pula ada dua sahaja. Wait...dua je? Bukan aku tak bersyukur tapi aku nak penghalang jugak. Penghalang untuk tak payah tengok muka Adam.
—————
Adam sedang berbual bersama Amirul dan Amir. Banyak cerita yang dibualkan. Bukan cerita sahaja membawang pun sama.
Saudara mara juga tidak terlepas ingin membawang. Ada yang menyakat pengantin baru ada yang masih menggatal dengan Adam ingin mengorat mana tau dapat peluang menjadi isteri kedua. Ingin mengambil kesempatan. Nasib sahaja Adam tidak melayan.
Petang tadi Galang dan Temptation hanya mampu mengucapkan tahniah di dalam video call sahaja. Tidak mampu ingin pergi ke Malaysia. Masing-masing sibuk. Galang tidak dibenarkan cuti kerana banyak urusan manakala Temptation harus melawat ibunya sekali lagi di Amerika. Rindu katanya. Adam sekadar mampu mengirim salam kepada Ibu Temptation di video call. Ibu Temptation juga turut mengucapkan tahniah kepadanya.
"Weh...kau tu tak ingat bini dah ke? Baru je kahwin tak sampai sehari dah lupa. Biasanya pengantin baru akan berkepit ni semua pecah. Baik kau masuk bilik. Kesian isteri tunggu tu. Apa nak jadi? Macam mana nak jadi adik ipar aku yang terbaik ni? Tak nak malam pertama ke?"Amirul berceloteh. Amir di sisinya sudah tergelak mendengar celoteh dari Abangnya itu.
'Ayat part last selamba gila dia ni cakap! Adehh bikin aku malu..'
"Apa? Malam pertama?" Salah satu Saudara perempuan mulai menjerit. Habis seisi orang di situ mulai memandang.
Adam sudah memandang tajam ke arah Amirul. Amirul tersengih. Rambut yang tidak gatal digaru. Amir sudah tergelak terbahak-bahak.
"Guys! Takde apa apa pun." Cover Amirul. Adam sudah menghembus nafas lega. Yang sepupu aku tu pun satu. Yang pergi jerit tu buat apa?
Orang di situ sudah pun tidak memandang mereka. Mereka sibuk berbicara dengan saudara mara yang lain. Dalam hati Adam sudah geram dengan saudara maranya. Bila korang nak balik ni? Dah lewat malam dah pun. Nasib ramai yang dah balik.
"Along!" Amir memanggil seraya menepuk bahu Amirul. Amirul menoleh.
"Tu...." Amir memuncungkan bibirnya. Ekor matanya ditala ke arah belakang.
Amirul menoleh ke belakang. Melihatkan isteri sedang mendukung anaknya itu dengan pandangan yang menakutkan membuatkan Amirul sudah menelan air liurnya. Jelas sekali kerongkong Amirul bergerak. Amir menahan dari ketawa. Takut isteri lah ni haha.
Isterinya itu menghampiri Amirul. Telinga Amirul dicubit semahunya. Terangkat badan Amirul menahan kesakitan. Amir sudah ketawa terkekek kekek. Adam pula sudah menahan dari ingin ketawa. Melody melepaskan tangan nya dari mencubit telinga suaminya itu.
"Bukan kemain lagi cakap besar ya. Kata tak baik biarkan isteri tunggu. Ni apa ni apa? Dari tadi saya dekat kereta tunggu Abang. Tapi masih lagi bersembang dekat sini. Macam mana nak contohkan perangai yang baik dekat adik ipar awak ni? Kata je dekat orang. Diri sendiri pun sama. Sudah lah saya ni sarat mengandung." Amirul sudah menahan malu. Suara isteri aku ni boleh tahan kuat jugak. Alaahhh Abang lupa je.
Habis ramai orang pandang. Ada yang gelak. Ada yang menggeleng kepala. Ada yang tidak ingin mengambil tahu.
Nasib kau lah Amirul. Siapa suruh tinggalkan isteri dengan anak dekat kereta? Kan dah kena tu.
YOU ARE READING
Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅
RomanceMuhammad Adam Hanaqi. Seorang ketua pengawas. Dia tidak tegas, cuma hanya kerana mukanya yang sentiasa ketat itu mampu membuatkan pelajar di sekolah itu sudah takut padanya. Ramai wanita yang minat padanya. Walaupun bagi mereka Adam itu jarang hend...