Alhamdulillah, sudah dua tahun aku duduk di Amerika. Tempat yang indah, nyaman. Semua yang aku lihat di situ semuanya tempat yang cantik.Minggu hadapan aku akan pulang di Malaysia sebentar. Nak jenguk keluarga. Rindu sangat. Nak jumpa kawan.
Aku mempunyai rakan di universiti itu. Ada tiga orang. Satu muslim orang malaysia seperti aku jugak. Dua orang lagi orang Amerika. Cantik orangnya. Tinggi. Kenapa lah aku kena kawan dengan orang tinggi kan? Tak ada yang nak geng dengan aku ke?
2 tahun setengah aku tunggu dia, dia langsung tak chat dengan aku. Selama 2 tahun tu, dia dah lupakan aku ke? Setahu aku perempuan dekat Indonesia memang lawa dan cantik. Mungkinlah dia dah ada orang baru. Mesti bahagia kan?
Universiti aku di International American University, Los Angeles, California. Alhamdulillah, semuanya sporting. Guru-guru pun semua baik belaka. Mereka menghormati aku sebagai orang Islam. Di situ aku anggarkan hanya 5 atau 7 orang sahaja yang muslim.
Harini aku dan rakan muslim ku memberi belah di pasar Amerika. Cari makanan yang halal untuk dimasak ke rumah nanti.
"Kita pergi dekat sana lah, ada ayam." Kata rakan muslimku. Namanya Ayda fynadya. Orang panggil Nad. Umurnya 20 tahun. Atas aku je.
Kami berdua pun menuju ke tempat yang ditunjukkan pada Nad.
Setibanya kami sampai aku terlanggar bahu seseorang. Aku meminta maaf. Dia hanya tersenyum.
Orangnya tinggi. Dia memakai hoodie berwarna kelabu dan seluar hitam panjang berjenama Nike. Pakaian yang simple tapi ianya kacak. Gaya muka dia macam bukan orang sini.
"It's okay." Balasnya.
"Kamu berdua orang muslim ya?" Soal lelaki itu. Aku terkejut. Dia orang Indonesia ke?
"Ouh ye, kami berdua Muslim." Balasku disertakan anggukan dari Ayda. Lelaki itu sekadar tersenyum.
"Mau beli makanan halal ya?"
"Takkan lah makanan haram pulak." Nad mencelah. Mungkin sekadar gurauan.
Lelaki itu tergelak kecil.
"Boleh aku kenal sama kalian? Pasti kamu berdua orang malaysia bukan? Belajar di sini?"
"Saya baru 2 tahun di sini, belajar di universiti dekat sini jugak, kami berdua memang orang malaysia. Tahun depan habislah belajar."
Lelaki itu terangguk-angguk.
Kemudian lelaki itu menyoal nama aku dengan Ayda. Kami menjawab dengan mesra.
"Kamu bareng di sini berdua ya?"
"Apa itu bareng?"
Lelaki itu tergelak kecil. "Bareng itu bersama. Kamu datang sini hanya dua orang?"
Aku tersenyum malu kemudian mengangguk disertakan dengan Nad.
"Ouh iya perkenalkan, Nama aku Temptation Volrasia. Panggil aja aku Temp."
"Wow! Uniknya nama awak!" Komenku. Mesti dia bukan muslim.
"Makasih. Emang orang bilang nama aku unik. Umur kamu berdua berapa sih?"
"Umur saya 20 tahun, umur Ayda pulak 22 tahun." Jelasku mesra. Lelaki itu mengangguk dan tersenyum manis.
"Awak dengan siapa datang dekat sini, seorang?" Soal Nad.
Lelaki itu menggeleng "Nggak sih, ada lagi teman aku. Dia di belakang." Ujarnya.
"Bentar, aku panggilin."
Lelaki itu kemudian datang bersama seorang lelaki yang amat aku rindui.
Dia, Adam.
Aku terpempan, tergamam. Terkejut. Jantungku sudah mulai berdegup laju. Dia buat apa dekat sini? Aku seakan bermimpi.
YOU ARE READING
Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅
RomansaMuhammad Adam Hanaqi. Seorang ketua pengawas. Dia tidak tegas, cuma hanya kerana mukanya yang sentiasa ketat itu mampu membuatkan pelajar di sekolah itu sudah takut padanya. Ramai wanita yang minat padanya. Walaupun bagi mereka Adam itu jarang hend...