58

1.4K 24 3
                                    



Fikiran Raffiey serabut. Dia buntu. Bingung. Keliru. Dia begitu cintakan Aisyah. Takkan semudah itu dia ingin membiarkan Aisyah bahagia bersama Adam?

Raffiey sebenarnya orang yang baik hati. Namun atas kerana cinta semuanya boleh berubah. Dia ingin menakluki cinta Aisyah. Namun dia juga berasa kasihan. Mengapa dia perlu mengejar lah cinta Aisyah sedangkan Aisyah sudah ada cinta yang lain. Yang lebih terbaik darinya.

Raffiey kemudian meramas-ramas rambutnya itu sehingga serabai. Dia menjerit sekuat hati di tempat yang sunyi itu. Sengaja dia mengambil di tempat itu supaya dia boleh melepaskan kesemuanya.

Apakah dia perlu move on atau merampas Aisyah dari Adam? Fikiran nya mulai bingung. Dia mulai teringat para tuhan. Segera dirinya beristhighfar.

Dia menjerit sekali lagi di laut itu. Dia ingin melepaskan kesemuanya. Mungkin dia ingin melupakan gadis yang disukainya itu. Namun dirinya masih lagi tidak mampu. Move on dengan begitu cepat? Tidak mungkin. Sudah lah move on itu perlukan masa yang banyak lagi lagi ini cinta pertamanya. Ianya lagi menyukarkan.

Tiba tiba satu wanita mulai menepuk bahunya perlahan. Dia tersentak dan segera menoleh. Wanita itu berada di sebelahnya. Terukir senyuman di bibir sunggil wanita itu.

"Assalammualaikum."

"Wa..walaikumsalam." Raffiey mulai melihat wanita itu dari atas hingga ke bawah.

Rambut wanita itu panjang. Berwarna perang sedikit. Memakai spek mata bulat. Nampak sangat cantik sekali. Memakai baju berlengan panjang berwarna merah dan memakai skirt paras atas lutut.

"Hello!" Wanita itu melambai-lambaikan tangan ke arah Raffiey. Segera Raffiey memandang wanita itu kembali. Tersentak.

"Tadi I nampak you dari jauh. Nampak stress je. Siap jerit-jerit lagi." Wanita itu ketawa kecil sambil bercerita. Raffiey tersenyum malu. Tengkuk yang tidak gatal digaru.

"So I pun come lah sini jugak. I pun stress. I pun sama lah dengan you. Mesti you datang sini pun sebab ada problem kan?"

"Err ha'ah. Betul lah tu." Jawab Raffiey jujur. Masih lagi janggal dengan wanita di sebelahnya itu. Wanita itu mulai memandang laut. Tenangnya rasa. Angin sempoi-sempoi di petang itu.

"Takpe. You don't have to scary dengan I. Mesti masalah cinta kan?"

Raffiey tersentak. Dia ni boleh baca fikiran aku ke apa? Pakai bomoh ke? Tapi muka cantik....takkan lah nak guna bomoh? Aduhh fikiran pun...

"Yes. Memang pun." Raffiey jujur lagi. Entah mengapa dengan wanita ini dia boleh selesakan diri walhal mereka baru sahaja bertemu. Nama pun tidak tahu.

Wanita itu tersenyum manis memandang Raffiey. Lelaki ini mempunyai nasib yang sama dengan nya. Mungkin lelaki ini putus cinta ataupun kena friendzone.

"Saya ada suka seorang perempuan ni. Dia cinta pertama saya. Dia baru je berkahwin. Rasa kejam pulak bila nak ambik isteri orang ni. So saya datang sini nak hilangkan stress." Terang Raffiey. Bella sekadar mengangguk. Faham.

"Bye the way...what's your name?" Soal Raffiey.

"My name is Salhsabilla. Just call me Bella."

"Ouh...nama saya Hafiq Raffiey. Just call me Raffiey."

Bella ingin berjabat tangan dengan Raffiey. Raffiey memandang pelik terhadap Bella. Seketika kemudian Bella mulai tersedar dari kelakuan nya.

"Err sorry...I tak sengaja."
Bella mulai menurunkan tangan nya dan menunduk ke bawah. Malu.

Dia sudah biasa hidup di London. Di sebab kan itu dia sudah biasa dengan hidup di sana. Namun sudah biasa itu bukan bermaksud dia pun ikut peraturan di negara Cristian. Hanya sekadar menyentuh tangan muhrim sahaja walhal ada juga Malaysia yang buat sedemikian. Wajarlah.

  Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅Where stories live. Discover now