"Angah, please explain to me."Rahangku terjatuh. Ya allah! Dia tahu ke? Aku mengemam bibir.
"Explain apa pulak ni?" Harap-harap lah dia belum tahu lagi. Takut mula menguasai diri. Jarang budak ni nak series. Sekali kalau dia dah mula serius. Hmmm...arwah lah kau.
"Kenapa Angah tak nak bagitahu kitorang pasal benda ni? Benda ni bahaya tau. Diana tu kita kena masukkan dalam lokap."
"Eh jangan lah Amir! Sebab tu aku tak nak bagitahu kau."
"Angah!"
Tersentak aku. Kali pertama dia berani bersuara dengan aku. Aku tergamam. Bibirku diketap. Takut.
Kedengaran suara keluh Amir.
"Rizwan dah ceritakan semuanya pada Amir, Papa dan Mama. Benda ni pasal keselamatan Angah tau. Dia tu dah gila! Fikir Amir tak tahu ke yang waktu rehat tadi Diana sengaja tumpahkan kuah laksa tu dekat Angah. Sekali dia jatuhkan Angah. Dia kejam tau. Hishh! Amir tak fahamlah dengan Angah ni!"
"Angah..."
"Dah! Cukup! Nasib Mama dengan Papa tak marah pasal benda ni."
"Mama dengan Papa cakap apa?"
Aku berasa sedikit sedih. Dia langsung tidak memandang aku. Tidak pernah selama ni dia buat aku macam ni.
"Mama dengan Papa faham. Mungkin Diana tu masih lagi selamat."
Kalini Amir memandang aku dengan senyuman manisnya. Aku turut membalas senyuman itu.
"Maafkan Amir sebab Amir terlalu over marahkan Angah. Amir sayang sangat dengan Angah. Amir tak sanggup hilang Angah. Mungkin Diana ada lagi rancangan jahat dia. Kita kena hati-hati. Amir takut kalau orang buat jahat dengan Angah. Lepas ni tolong lah jangan berahsia lagi dengan kitorang. Amir mohon....kitorang sekeluarga sayang sangat-sangat dengan Angah. Amir tak sanggup andai satu hari nanti Angah tiba tiba hilangkan diri. Angah ialah kakak kesayangan Amir. Kalau Angah sedih kami juga turut sedih. Kalau Angah gembira kami sekeluarga tumpang gembira."
Aku terharu gila namatey!! Amir je yang sweet. Adam tu apa je ada? Muka ketat! Para readers ada yang terharu tak baca ayat Amir ni?
Aku terus memeluk Amir dengan erat. Hendak sahaja aku ingin menangis tapi entahlah....tak boleh. Memang tak boleh nak keluarkan air mata.
Amir turut membalas pelukan aku. Dia mengusap-ngusap belakang badanku. Menepuk-nepuk belakang badanku.
"Angah minta maaf sangat-sangat. Angah tak ada niat pun nak rahsiakan dekat korang semua." Sumpah! Tak ada niat.
"Takpe. Kitorang dah lama maafkan. Angah jangan rahsiakan lagi dekat kitorang okey? Kalau ada masalah bagitahu je. Amir sentiasa ada dengar masalah Angah." Tutur Amir ikhlas. Dia sayang akan kakaknya. Diusap-usap lagi belakang badan kakaknya itu dengan penuh kasih sayang seorang adik.
"Adam dah tahu pasal benda ni."
Mendengar sahaja ayat itu keluar dari mulut Amir aku terus meleraikan pelukan.
"Petang tadi Amir yang bagitahu Adam." Sambungnya.
"Biarlah dia tahu. Bukan nya dia kisah pun pasal Angah." Sedihnya hidup....
"Aip...ayat macam pasrah je?" Usik Amir.
Salah ke ayat aku?
Amir ketawa. Aku menggaru kepala. Apa masalah budak ni? Tadi bukan kemain marah-marah aku lepastu gelak pulak. Eeeyai!! Aselehe lah!
"Sedih eh sebab Adam tak kisah pasal Angah?" Usiknya lagi.
Aku menjulingkan mata ke atas. Menyampahnya....
![](https://img.wattpad.com/cover/228682603-288-k844503.jpg)
YOU ARE READING
Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅
RomansMuhammad Adam Hanaqi. Seorang ketua pengawas. Dia tidak tegas, cuma hanya kerana mukanya yang sentiasa ketat itu mampu membuatkan pelajar di sekolah itu sudah takut padanya. Ramai wanita yang minat padanya. Walaupun bagi mereka Adam itu jarang hend...