13

372 24 0
                                    


Dua bulan kemudian......

Sudah dua bulan. Dua bulan lagi akan bakal datang dan ya, korang dah tahu kan? Aku tak payah lah nak bagitahu. Bikin otak ribut.

Seperti hari biasa. Hari dimana pelajar pelajar sekolah akan datang ke sekolah. Hari Isnin! Hari yang ramai orang paling benci sekali atas sebab ada perhimpunan yang agak panjang. Baju kena kemas. Jangan kedut. Bagi murid biasa kasut sekolah haruslah putih manakala bagi pengawas yang hitam tetaplah hitam. Asalkan muka jangan hitam. Hati sekali jangan hitam. Okey kidding.

Aku bangun awal pada hari ini. Amir pulak katanya lewat sikit datang sebab krim muka dia tiba tiba hilang. Apa apa je lah Adik aku ni. Toyol curi agaknya. Toyol pun nak muka putih berseri en? Cemburu jugak tengok muka flawless Amir tu. Toyol dah makin up. Okey aku tahu hambar. Mohon tepuk tangan bagi lawak hambar aku ni.

Aku mula mendail nombor Rizwan untuk berangkat sekali pergi ke sekolah. Tidak mengambil masa yang lama untuk dijawab.

"Kau kat mana sekarang ni?" Soal nya

"Dekat hati awak lah!" Gurau ku tergelak

"Haa merepek!" Aku tergelak lagi dia marah aku sebegitu. Hailah cik abang ni. Kita gurau je.

"Aku dekat depan rumah ni. Kau baru bangun ke?" Mataku meliar melihat depan rumah Rizwan. Batang hidung dia belum keluar lagi.

"Baru lepas habis sarapan. Bagi aku satu minit lagi. Nanti aku sampai." Ujarnya. Aku mengangguk walaupun dia bukan nya dapat nampak pun. Panggilan dimatikan.

Dan seperti yang dikatakan tadi. Rizwan keluar rumah tepat dalam satu minit. Dia melambai lambai ke arah ku dan keluar dari pagar nya.

"Lama tunggu?"

"Tak." Jawabku ringkas. Dia mengangguk faham.

Aku dan Rizwan berjalan kaki bersama sama menuju ke sekolah. Ianya mengambil masa 35 minit untuk sampai. Sebab itu lah aku sentiasa bangun awal. Tak ada lah awal sangat. Dalam pukul 5.25 pagi aku bangun macam tu. Bukan nya Mama dan Papa tidak dapat menghantar aku tetapi aku lebih selesa berjalan kaki.

Masuk sahaja dalam sekolah kami ada masalah sedikit. Di mana geng gedik mula memandang kami dengan pandangan yang cukup tidak puas hati.

Entah kenapa dia pandang macam tu pun aku tak tahu. Aku mula membelek segala pakaianku. Tidak lupa dengan muka. Aku melihat muka ku menggunakan iphoneku. Hmm lawa je aku harini. Aku menoleh ke sisi. Rizwan menggeleng sahaja melihat gelagatku. Aku tersengih.

"Kenapa geng gedik tu pandang kita lain macam?" Aku mula bertanya. Rizwan hanya membalasnya dengan menjongket bahu.

"Aku rasa....aku handsome sangat kot harini. Sebab tu dia pandang lain macam." Ambik masa sepuluh minit juga dia mula menjawab pertanyaan aku tadi. Itu pun lepas sahaja kami masuk kelas bersama.

"Handsome ke kau harini? Aku tengok sama je macam sebelum ni."

"Sebelum ni aku handsome. Harini aku lebih segak dan tampan." Pujinya sendiri bangga seraya tersenyum lebar. Aku membuat bibir menyampah.

"Apa apa jelah kau ni! Dah pergi jaga pagar sana! Hari ni kau bertugas kan?" Aku mula menukar topik.

Dia mengangguk seraya meletakkan beg sekolah nya di atas kerusi. "Ha'ah. Kau pergi lah lepak dengan Juju ke siapa siapa pun. Hanna belum sampai lagi."

"Alright!" Balasku.

Dia membuat simbol ok ke arah ku dan terus beredar keluar dari kelas. Biasanya waktu macam ni memang aku selalu lepak pun. Lepak dengan member yang lain.

  Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅Where stories live. Discover now