3 BULAN telah berlalu. Hari ini merupakan hari perpisahan pelajar form 5. SPM sudah pun kami duduki. Cumanya resort belum lagi sampai. Tunggu setahun lagi.Cikgu Akmal dan Cikgu Ikhwan mengajak kami datang ke dalam sekolah dalam chat group form5. Itu pun baru Cikgu cipta group tu. Sepatutnya haritu dah buat cuma Cikgu Akmal kata dia tak puas hati lagi. Macam-macam lah Cikgu ni. Cikgu Akmal merupakan guru kelas 2 yaitu guru kelas aku manakala Cikgu Ikhwan pula guru kelas 1 yaitu guru kelas Adam.
Aku sudah pun berbincang dengan keluarga aku bahawa aku ingin melanjutkan pelajaran aku di Los Angeles, Amerika. Aku pernah berniat ingin belajar di situ selama 3 tahun. Dan Alhamdulillah keluarga aku setuju untuk aku belajar di sana. Seminggu lagi aku akan pergi ke sana.
Sepatutnya aku berehat selama 1 tahun tapi aku tak nak. Aku nak belajar cepat.
Adam? Dia pun okey je. Katanya dia tak kesah pun aku belajar dekat mana-mana. Dia jugak memberitahu aku bahawa dia ingin sambung belajar di Indonesia. Bermula pada minggu hadapan juga. Sama seperti aku. Cuma yang berlainan tempat negara.
Aku pasti akan merindui dia selama 3 tahun itu. Aku akan merindu keluarga. Aku akan merindu semuanya. Aku akan merindu kawan-kawan aku yang tersayang.
Aku juga sudah memberitahu pada Raziq, Rizwan, Faiz, Juju dan Hanna. Awalnya Juju tidak setuju tapi akhirnya setuju juga. Mereka sentiasa mengingati aku. Dah balik nanti dekat sini inform dekat kitorang. Kitorang akan rindu kau. Itu lah kata- kata kawan aku. Aku tak akan pernah lupakan korang. Korang lah sahabat aku.
Along? Dia baru je 2 bulan dah jadi suami. Alhamdulillah. Hidup makin bahagia sekarang. Yang dahulunya buzy mengajar sekarang ni macam buzy dengan isteri je. Mengajar di tempat yang sama. Along tu mana ada masa nak cari calon. Mama dengan Papa lah yang kena carikan. Isteri Along perempuan solehah. Tudung labuh. Menutup aurat. Perfect! Lain lah macam aku ni. Biasa-biasa je. Solat pun pernah terlepas. Qodo' je lah mampu.
Diana pulak dah mintak maaf dengan aku dan keluarga. Alhamdulillah dia dah move on dengan Adam. Lepas dia tahu aku ni tunang Adam part tu dia dah move on. Siapa yang bagitahu? Mama dengan Papa lah. Nasib Mama dengan Papa bukan panas baran. Hanya menasihati je.
Ariel pun tahu jugak aku dah bertunang dengan Adam. Dia pun faham. Kami masih lagi berkawan. Di situ aku ucapkan syukur.
Sebenarnya bukan diorang dua je yang tahu. Satu sekolah dah tahu. Itu sebab Mama, Papa, Aunty dan Uncle buat penerangan dan buat majlis sekali. Ada jugak lah perempuan yang jelous tapi diorang kata diorang ship dengan Aku dan Adam. Rasa kembang jap....
Gaya macam kisah ni nak tamat je kan? Tapi kisah ni takkan dibiarkan tergantung.
"Asal termenung jauh ni? Hari ni kita last dekat sini tau. Enjoy lah." Hanna mula menegur. Aku tersenyum kelat.
Pelajar form 5 kesemuanya saling berbual-bual di dalam dewan. Hari ini kami bebas. Merdeka! Aku tak sangka akhirnya sudah sampai ke akhir tahun. Aku hendak masuk umur 18 tahun. Masih lagi remaja.
"Takde lah. Aku cuma takut lupakan korang."
"Takut lupakan kitorang ke takut melupakan Adam?"
Zzap! Both.
"Apa yang kau cuba nak cakap ni?"
"Betul lah kan? Nanti dekat sana mesti rindu buah hati. Tunang berpisah seketika. Dia ke sana aku ke situ hahaha!" Sakat Hanna.
Aku mengetuk kepalanya menggunakan iphone ku. Dia mengaduh kesakitan.
Aduhhh sakitnya budak pendek ni ketuk kepala aku! Usik sikit je pun. Uhuk uhuk...
YOU ARE READING
Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅
RomanceMuhammad Adam Hanaqi. Seorang ketua pengawas. Dia tidak tegas, cuma hanya kerana mukanya yang sentiasa ketat itu mampu membuatkan pelajar di sekolah itu sudah takut padanya. Ramai wanita yang minat padanya. Walaupun bagi mereka Adam itu jarang hend...