"Ya Allah Aisyah!" Semua berkerumun menghampiri Aisyah yang sudah terbaring lemah.
"Macam mana boleh jadi ni?" Soal Cikgu Akmal. Risau akan melihat anak murid perempuan nya itu. Baru sahaja tadi berlari tiba tiba terjatuh dan pengsan. Tidak sihat kah?
"Mungkin...."
"Panggil Amir sekarang seorang." Arah Cikgu Ikhwan pada pelajar.
Tanpa banyak bercakap lagi salah seorang pelajar lelaki mula bergegas memanggil Amir di dalam kelas.
Kelas Amir sahaja yang tidak bersukan. Itu hal kerana kelasnya membuat hal semalam. Disebabkan satu orang buat hal semua terjebak sekali kena denda. Tidak boleh bersukan pada hari ini.
Cikgu Akmal dan Cikgu Ikhwan dah mula naik risau begitu juga dengan Adam.
'Ya allah...ini salah aku....' getus Adam dalam hati. Adam sangat panik melihat Aisyah yang seakan lemah.
"Pelajar yang lain tolong jangan masuk campur. Kamu semua boleh masuk kelas sekarang. Sekarang!" Arah Cikgu Ikhwan tegas.
Semua akur menunduk dan mengangguk. Pelajar semua bergegas masuk ke dalam kelas masing masing. Semua juga kelihatan pelik dan risau.
Beberapa minit selepas itu Amir berlari menghampiri kakak kesayangan nya itu. Terkejut Amir apabila mendapat berita bahawa Aisyah sudah pengsan tiba tiba.
"Ya Allah! Kita kena bawak dia pergi hospital sekarang."
"Kamu boleh angkut kakak kamu ke tidak?" Soal Cikgu Akmal.
Amir berasa ragu-ragu namun digagahkan jua. Adam yang melihat sudah semakin risau. Bukan risau kerana Amir ingin mendukung Aisyah. Dia risau jika ada apa apa yang berlaku pada tunangnya. Dalam hati tidak berhenti berdoa semoga Aisyah akan tidak apa-apa.
Aisyah selamat baring di dalam kereta Cikgu Akmal. Amir menarik nafas panjang.
"Errr cikgu?"
Cikgu Akmal yang baru sahaja hendak memulakan pemanduan dipanggil. Cikgu Akmal membuka tingkap kereta. Amir sedang berada di sisi kakaknya di belakang.
"Boleh saya ikut?"
Cikgu Akmal mengerutkan kening.
"Apa hak kamu?"
"Adam tunangnya kakak saya."
>>>>>>>>>>>>>
"Weh sial! Apa yang kau dah buat?" Ariel terkejut bila mendengar berita bahawa Aisyah sedang terlantar di dalam hospital. Dia syak pasti Diana punya angkara kerana dari tadi dia melihat muka Diana cemas semacam.
"I—-I..." Terketar-ketar bibir Diana hendak menjawab pertanyaan dari Ariel.
"I-I apa?!" Ariel sudah naik berang.
"Ermmm...." Diana tidak mampu ingin menjawab. Dia tahu kalau Ariel sudah marah Ariel akan menaik tangan. Itu yang paling dia takuti.
"Eeee bodohlah kau! Aku tahu ini semua kerja kau! Kau jangan nak libatkan aku dalam hal ni! Ini semua rancangan kau. Aku tak buat apa apa pun." Wajah Ariel sudah bengis akibat menahan sabar dari perempuan di hadapanya. Hampir sahaja dia ingin menaik tangan pada perempuan di hadapanya namun dia masih lagi boleh bertahan sabar. Masih lagi boleh dibendung.
"You! Tolonglah I." Diana mengoncangkan lengan Ariel. Ariel menepis tangan Diana kasar dan suruh menjauhinya.
"Dah lah! Kau fikir aku suka kau ke sial? Buang masa aku je. Baik aku pergi padang balik!" Marah Ariel kasar.
Sudah lah masa ini masa mereka bersukan. Diana dan Ariel meminta izin pada Cikgu untuk pergi ke tandas. Itu pun Ariel yang memaksa Diana. Walhal mereka tidak pergi ke tandas sebaliknya di dalam kelas mereka.
"I tak sengaja. Niat I nak bagi dia muntah-muntah je. I tadi nampak dia beli ais. And then Adam datang dekat dia. I cemburu. Selama ni Adam langsung tak pernah dekat perempuan lain. I pun langsung dia tolak mentah-mentah." Luah Diana.
"Kot ya pun cemburu perlu ke kau letak pil dekat cawan Aisyah? Eh, aku pun cemburu lah tengok diorang! Tapi Aku masih waras lagi!"
"I tak suka tengok diorang. I rasa diorang ada something special." Teka Diana. Ariel mengeluh kuat. Matanya memandang tajam ke arah perempuan yang berada di hadapan nya itu. Geram!
"Biarlah diorang! Kau tak boleh ke cari lelaki lain? Kau fikir Adam seorang je ke yang handsome kat sini?"
"I tak nak yang lain. I tetap nak Adam jugak!" Bentak Diana keras. Namun suaranya masih lagi tetap dikawal. Takut orang lain mendengar. Habis kantoi nanti. Silap-silap kena fitnah kerana mereka berdua sahaja yang berada di dalam kelas. Nanti difitnah dating.
Nafas Ariel dihela. Matanya menikam ke arah perempuan itu. Diana menelan air liurnya. Gerun melihat wajah lelaki ini. Matanya melihat ke arah tepi. Tidak mahu melihat wajah bengis lelaki itu.
"Kau dengan aku dalam situasi yang sama tau. Kau suka Adam, aku suka Aisyah. Tapi apa yang kita dapat? Tak dapat apa-apa pun. Sia-sia. Tapi kalau diorang memang betul pun ada hubungan aku tak boleh nak halang. Apa hak aku?" Suara Ariel sudah mengendur. Nafasnya ditarik. Dia memandang Diana yang seakan ingin membela dirinya sendiri.
"And....kau kena mintak maaf dekat Aisyah. Aku tak nak bersubahat dengan kau. Kau kena jujur dekat dia yang kau punca dia masuk hospital sekarang ni."
"I tak nak!"
>>>>>>>>>>>
Amir bermundar-mandir di hadapan bilik rawatan kakaknya. Dia risau tentang keadaan kakaknya. Adik siapa yang tak risau bila melihat kakak nya sakit?
"Amir! Hanaqi!"
Adam dan Amir memandang empunya suara. Mereka semakin risau. Cikgu Akmal di sebelah Adam sudah bangun dari kerusi begitu juga dengan Adam.
"Macam mana Aisyah boleh pengsan?" Soal Uncle Qayyum keliru. Dipandangnya Amir dan Adam silih berganti. Mereka berdua mengetap bibir masing-masing.
"Ini Cikgu Akmal ke?" Soal Papa.
Cikgu Akmal tersenyum nipis seraya menundukkan sedikit. Hormat pada orang tua.
"Ye. Saya guru kelas Aisyah dan juga guru sukan Aisyah. Tadi dia masuk acara larian 100 meter. Baru je dia lari dan tiba tiba terjatuh dekat atas rumput. Dia terus pengsan." Ujar Cikgu Akmal berterus terang. Terbeliak biji mata Uncle Qayyum dan Aunty Aina.
Amir dan Adam sudah semakin panik. Jangan lah macam-macam.
__________________________
Suspen! Huhu.
Ariel sebenarnya baik ke jahat eh? Mari kita sama sama bantai Diana tak guna tu. Cemburu pun jangan lah sampai nak bagi orang masuk hospital. Macam psiko pulak. Sama-sama kita mendoakan agar Aisyah cepat sembuh. Masih lagi pengsan dekat hospital tu. Haduhh kesian!
![](https://img.wattpad.com/cover/228682603-288-k844503.jpg)
YOU ARE READING
Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅
RomanceMuhammad Adam Hanaqi. Seorang ketua pengawas. Dia tidak tegas, cuma hanya kerana mukanya yang sentiasa ketat itu mampu membuatkan pelajar di sekolah itu sudah takut padanya. Ramai wanita yang minat padanya. Walaupun bagi mereka Adam itu jarang hend...