42

300 28 2
                                    



Hujan masih lagi dalam keadaan yang agak lebat. Kini aku dan Adam bersandar di pohon yang besar. Kepalaku terasa pening sekali. Mataku memaksa aku untuk menutupnya namun aku enggan.

Badanku mulai menggigil. Kesejukan melanda. Aku memeluknya tubuh aku seerat-eratnya. Sejuk yang teramat. Aku tidak boleh menahan lama. Sudah lah tadi aku berenang. Baju basah. Sekarang hujan pulak. Lebat lagi. Lagi lah aku baju aku basah. Lencun habis. Boleh mandi banjir aku ni.

"S-sejuk..." Sumpah aku tercakap. Benda dah tak boleh tahan sebab tu aku keluarkan je. Aku mulai merengek kesejukan. Mataku sudah terkatup menahan kesejukan. Sedaya upaya aku cuba untuk menghangatkan tubuh ku namun tidak berhasil. Aku cuba untuk memeluk lutut pula.

Adam menoleh ke arah sisinya. Dia melihat gadis itu sedang menahan kesejukan. Rasa simpati terbit di jiwa pemuda itu. Jaket yang elok tersarung di tubuh di sarungkan pada belakang tubuh Aisyah tanpa meminta izin.

Aku terasa ada sesuatu yang menyentuh di belakang badanku. Apabila aku menoleh aku mendapati Adam sedang menyarung jaketnya pada tubuh ku. Aku terkaku. Rasa badan yang sejuk tadi lama kelamaan menjadi hangat kembali.

Sebelum Adam ingin mencari Aisyah dia sempat membawa jaketnya kerana kesejukan selepas berenang.

Belum sempat aku ingin membuka mulut dia mulai bersuara.

"Guna jaket hitam ni untuk tahan sejuk kau. Aku masih lagi boleh bertahan." Tutur Adam. Dia juga sejuk. Tapi melihatkan keadaan Aisyah yang seperti sudah hilang kawalan. Kejap kejap berkerut muka. Kejap-kejap memeluk tubuh. Kejap-kejap memeluk lutut. Kejap-kejap dahi berkerut kerana kesejukan. Maka Adam memberi jaketnya sebentar pada Aisyah. Lagipun dia tidak lah sejuk sangat seperti Aisyah.

"Tak apa ke?" Soalku risau. Ini jaket dia. Dia lah yang kena pakai. Kenapa bagi aku?

"Kau tu perempuan. Mana boleh tahan sangat. Aku ni lelaki. Masih lagi boleh tahan sejuk. Kau tak payah nak risau sangat."

Mendengar sahaja itu aku terus memilih untuk mendiamkan diri. Dia juga begitu. Sejak dari awal lagi mulut kami langsung tidak bersuara. Hanya bunyi hujan lebat dan petir sahaja yang memecahkan kesunyian kami berdua di sini.

"Hachoomm!"

"Ha-hachoom!" Aku bersin dengan kuat. Hidungku digosok-gosok. Aku menjulingkan sedikit mataku ku memandang ke arah hidung. Memang merah.

"Ha-ha-ha-hachoom!!!" Sudah tiga kali aku bersin. Hidungku digosok lagi. Tekak terasa gatal. Aku menelan air liur berkali-kali.

"Kau okey tak? Demam ke? Selesema?" Aku menggeleng sahaja apabila Adam menyoal. Dia kemudian nya mengalihkan matanya melihat ke tepi. Mungkin bosan.

Bila hujan nak berhenti ni?

Aku mulai berasa mengantuk. Actually dari tadi sebenarnya cuma aku malas nak layan. Tersengguk-sengguk kepala aku. Namun lama kelamaan aku tidak boleh melawan. Tidak lama selepas itu mataku mulai terkatup. Ngantuk yang teramat. Kepala terasa berat. Badan menggigil.

Adam tersentak apabila bahunya terasa mulai agak berat sedikit. Apabila dia menoleh dia melihat kepala Aisyah sudah terlentok kemas di bahunya. Terbit senyuman nipis di bibir lelaki itu.

Adam ingin menolak kepala Aisyah yang sedang terlena di bahunya namun melihatkan wajah Aisyah yang seakan ingin mulai pucat dia hanya membatalkan niatnya sahaja.

Dirinya mulai tertanya-tanya. Mengapa Aisyah pucat? Dia sakit ke? Demam? Selesama? Atau terlalu sejuk sangat?

Akhirnya Adam membuat keputusan untuk memerika suhu badan Aisyah.

Telapak belakang tangan Adam mulai menyentuh dahi gadis di sebelahnya yang masih lagi terlena di bahunya.

Demam. Ya. Aisyah demam panas. Dahinya sangat panas. Boleh buat telur goreng ni. Eh sempat kau Adam!

  Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅Where stories live. Discover now