47

250 22 0
                                    


"Lo marah sama gue?"

Adam tersenyum nipis. Air milo yang baru habis disedut diletakkan di atas meja buat sementara. Dia kemudian menggeleng.

"Taklah. Mana ada saya marah." Malu adalah....sambung dalam hatinya.

Galang menarik nafas lega. Pikiran mau marah sama gue tadi.

"Emang kalo gua mau nombor hapenya elo kasihin enggak?" Soal Galang gurau. Adam memandang gerun terhadap terhadap Galang. Temptation mengecilkan kan mata memandang Galang dan kemudian nya Temptation mengambil kotak milo yang sudah Adam habiskan tadi lalu membaling kotak itu tepat mengena pada muka Galang.

Galang kemudian nya menarik muka.

"Abang ni...dah tak ada orang lain ke nak menggatal? Tunang saya jugak abang nak menggatal. Kalau saya tahu abang curi curi ambil nombor telefon dia dekat phone saya. Nahas abang! Saya kerat-kerat tangan Abang tu nanti." Seloroh Adam sambil membuat gaya mengerat tangan orang.

Galang sudah ketawa sakan begitu juga dengan Temptation.

"Iya iya. Gue enggak akan. Gue cuma bercanda."

————

Beberapa bulan kemudian.....

   Aku kini sudah pun pulang kembali ke Malaysia. Aku gembira kerana pembelajaran aku sudah pun habis. Kini aku sedang berada di hadapan rumah dengan membawa satu beg bagasi berwarna hitam yang berblink sedikit.

Aku menekan buton loceng hanya sekali sahaja. Tidak beberapa lama selepas itu terpacul Mama keluar dari rumah dan mulai menjerit nama ku seraya mengampiri aku yang sedang berada di hadapan pagar.

Mama kemudian membuka kunci pagar dan terus memelukku dengan erat. Aku membalas pelukan Mama kembali.

"Mama sihat?"

Dan seperti biasalah. Kalau kita ni baru balik rumah kita sendiri mesti banyak yang akan ditanya. Macam mana pelajaran? Okey ke tak? So aku skip sikit.

Mama kata Ayah kerja. Amir pula tengah belajar dekat tempat Along mengajar. Agaknya diorang berdua rapat ke tidak dekat sana tu? Haihh rindu nya dengan Along dan Amir.

"Aiman dah satu bulan berumah tangga. Alhamdulillah. Bahagia je nampak. Isteri dia cantik." Puji Mama. Aku tersenyum.

Badan ku disandarkan ke sofa. Sambil-sambil itu otak ku ligat berfikir. Adam dah balik ke belum? Ke masih lagi belajar?

Mama yang seakan mengecam wajah kebingungan aku segera menyoal.

"Ada benda yang nak tanya ke Aisyah?" Aku tersengih sedikit. Teh yang dibuat oleh Mama tadi aku hirup sedikit sebelum ingin menjawab pertanyaan dari Mama.

"Adam belum balik lagi?"

Mama dan tersenyum nakal memandang aku. Jangan lah usik Aisyah, Mama....malulah titeww

"Amboi.....tak sabar nak kahwin ke?"

"Bu..bukan ma...macam tu Mama! Orang tanya je." Hishh aku gagap.

Mama sengetkan mulut seakan mengejek.

"Aunty Dayana kata dekat Mama yang Adam akan tamatkan pengajian dia tak lama lagi. Seminggu lagi rasanya." Terang Mama. Aku sekadar mengangguk.

"Pasal baju pernikahan tu kita akan tempah tak lama lagi. Sebulan sebelum pernikahan." Sambung Mama.

"Ma...tak ready lagi lah..." Aku mulai menyandarkan kepalaku di bahu Mama. Mama tersenyum manis dan terus mengusap kepala aku yang ditutupi dengan tudung.

"Biasalah tu. Dulu Mama dengan Papa nak kahwin pun Mama belum ready lagi. Memang lumrah. Nak kahwin je mesti rasa gementar sangat. Tapi bila kita dah kahwin. Itu sudah lebih Indah jika kita dapat kecapi kebahagiaan bersama."

Aku memandang Mama dengan wajah yang hairan. Dahiku dikerut.

"Maksud Mama?" Mama tergelak halus.

"Mama dengan Papa dulu dikahwinkan atas dasar keluarga jugak. Mula-mula memang Mama protes dengan Tok Nek. Mama kata Mama memang tak nak kahwin. Masa tu umur Mama 20 tahun. Papa pula 24 tahun. Mama dulu memang benci sangat dengan Papa. Tapi bila cinta tu dah hadir selepas kami bernikah. Barulah Mama faham apa maksud kebahagiaan berumah tangga. Kami sama-sama meraih kebahagiaan. Dan anak pertama kami ialah Muhammad Amirul Khairil bin Mohd Qayyum. Anak sulung. Mama dengan Papa gembira sangat."

Aku mengangguk-angguk faham.

"Nampak macam kahwin ni best je." Kataku. Mama mengusap lagi ubun-ubunku sebelum bibirnya mendarat mencium dahiku.

"Perkahwinan ni akan rasa best jika kita kita pandai menguruskan. Bila suami marah janganlah kita marah juga. Kalau api lawan api ianya akan semakin marak. Jadi salah satu pasangan haruslah menjadi air. Insyallah yang api tu semakin hilang. Perkahwinan ni juga bukan lah satu mainan yang boleh dibawa sesuka hati. Boleh kahwin sesuka hati dan ceraikan sesuka hati. Fikir masak-masak. Matangkan fikiran dulu. Mama percaya. Hanaqi tu ialah lelaki yang terbaik untuk Aisyah nanti. Mama dah kenal lama dengan Hanaqi. Hanaqi baik. Baik sangat. Mama doakan semoga Aisyah dan Hanaqi akan hidup bahagia nanti." Panjang lebar Mama berhujah. Sambil-sambil itu Mama mengusap kepalaku. Aku tersenyum.

Malam itu Along mengajak aku untuk pergi ke rumahnya sekali tidur ke rumahnya selama satu bulan. Haa kau ghase?! Kebetulan pula Along kata ada tetamu yang akan datang pada rumah nya dua mingu lagi. Kawan lama katanya. Jadi aku disuruh (bukan, lebih kurang macam dipaksa lah) untuk belajar memasak. Along ni memang kejam.

But...bukan memasak je tau. Mengemas rumah semua lah dia suruh aku. Abang aku ni sangat kejam ya anak anak?! Alasan dia sebab aku ni bakal menjadi isteri orang. So belajar awal-awal. Prepare benda ni awal-awal. Nanti dah berkahwin senang. Semua dah tahu. Haa itulah alasan Abang aku. Nasib sayang.

Kak Melody pula katanya baru dapat berita semalam bahawa Kak Melody mengandung lagi. Sebab tu aku disuruh hadir datang dalam rumah besar ni. Ingin membantu serba sedikit.

Sempatlah aku bergurau dengan Along masa dalam kereta tadi. Itu pun nasiblah Kak Melody dengan anak mereka Melor dekat rumah.

"Awal betul! Anak first baru dapat ni nak dapat anak second dah? Kuat betul Along ni." Ianya lebih kurang gurauan yang agak lah tidak senonoh tapi mampu membuat pipi Along memerah seperti strawberry. Aku mencubit pipi Along. Dia menjeling tajam. Malu tu haha.

"Amboi Angah! Sakat orang eh..."

Aku tersengih kambing.

"Tengoklah nanti bila Angah dah kahwin. Angah suruh Adam kerjakan Angah puas puas. Cepat lah nanti Along dengan Amir dapat anak buah banyak banyak. Dalam 3 tahun dan ada 5 orang anak. Meriah lah nanti keluarga kita." Along ketawa terkekek-kekek mengusik aku.

Aku dah blushing. Sejak di khabarkan kitorang ni akan bakal berkahwin memang semua dok menyakat. Dengan kawan-kawan aku pun belum aku bagitahu lagi. Tunggu je lah bila waktu yang sesuai. Aku dah warning awal awal dekat si Rizwan tu. Kalau dia bocorkan siaplah biar aku yang bocorkan mulut dia tu.

Jadi aku lah yang kena masak seorang diri. Sepatunya Kak Melody nak bantu tapi Along menghalang. Kata nya isteri dia tak boleh buat kerja apa apa pun. Kerja yang ringan pun tak boleh. Aku tak tahulah Along ni dah kenapa terlalu kongkong macam tu tapi aku tahu Along sangat sayangkan isteri dia sendiri. Dia risau apa apa yang terjadi dengan Kak Melody.

Jadi kesudahan nya aku lah yang kena tanya dekat pakcik google sendiri dan belajar memasak sendiri. Ianya sangat rumit kalau orang seperti aku. Tapi bila difikirkan semula bila je aku nak belajar benda macam ni? Lebih baik aku belajar memasak dari sekarang juga. Nanti bakal suami kecewa. Adehhh...

Dekat rumah Along ni ada lima buah bilik. Jadi salah satu bilik tu Along suruh aku masuk. Esok pula Along cuti maka aku dan Along bakal akan memasak bersama. Along ni bukan lah pemalas cuma dia banyak buzy mengajar. Sebab itu lah aku di hantarkan ke sini. Aku ikhlas ya menolong.

—————

"Bodoh! Tinggalkan aku lah!"

____________________________

Ayat last tu mohon korang positif kan sahaja. Mana tau jiran sebelah rumah buat kecoh?😂✋🏻

  Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅Where stories live. Discover now