Sedikit demi sedikit aku mulai memandai memasak. Berkat dari pakcik Google serta Along yang saya kasihi. Terima kasih banyak-banyak kerana membantu saya. Dah dua minggu aku berada di sini. Dan Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka.Semalam aku ada termimpi pasal Adam. Ianya mimpi yang sangat buruk. Dia meninggalkan aku macam tu je. Dalam mimpi tu dia dah ada perempuan lain. Freehair. Cantik. Tak tipu. Dia cantik sangat. Agak seksi.
Tapi aku hanya berdoa pada Allah. Semoga mimpi buruk itu sekadar permainan tidur sahaja atau ianya akan berlaku dejavu pada masa hadapan nanti?
Along hari ini balik kerja awal sikit. Memang lah awal sebab kawan lama dia nak datang.
"Angah masukkan perencah ni dalam sup." And bla bla bla Along tu banyak suruh aku itu ini. Aku pun sebagai adik yang mithali(ekekeke) haruslah mengikuti apa yang disuruh oleh Abang kesayangan aku itu (Abang kesayangan ke?)
Makanan telah pun terhidang. Kami memasak sup ayam. Ikan siakap tiga rasa. Sup sayur bersamaan sambal dan telur dadar. Nampak macam sikit kan? Air pula yang kami buat adalah air anggur.
Kak Melody tidak lah mengidam mana. Cuma dia nak makan suami sendiri. Kahkahkah gurau je lah. Kak Melody tiba tiba turun dekat dapur masa kami berdua sedang berperang di dalam dapur. Kak Melody tiba tiba teringin nak makan ayam panggang.
Along yang sebagai suami mithali itu haruslah mengikut sahaja kehendak isteri nya itu. Kesian jugak lah Along. Tiga jam jugak nak mencari ayam panggang nya tu. Demi isteri. Dia rela berkorban. Kalau tak ikut arah an tadi aku rasa mesti Along aku dah jadi arwah. Isteri ni kalau mengidam memang bahaya. Naik seriau aku!
Tapi lagi kesian kan dekat aku ni yang terpaksa ditinggalkan sebentar dekat dapur. Awalnya Kak Melody nak hantu aku tapi aku ni amanah sikit. Bukan sikit ianya banyak. Jadi Kak Melody naik dekat atas balik menjaga anaknya.
"Nanti Angah sekali tau dengan tetamu."
Sedaya upaya aku membuat muka comel pada Along namun Along tetap menolak. Aku ni bukan tak suka cuma tak selesa je. Bila aku tanya kawan lama tu siapa Along tak nak bagitahu. Eeee geram!
Bunyi loceng rumah berbunyi menandakan tetamu sudah pun sampai. Along dengan sifat yang tak sabarnya terus tergopoh-gopoh lari dan buka pintu pagar.
Aku dan Kak Melody serta anaknya setia di kerusi meja makan menunggu tetamu datang. Jam ku kerling. Sudah pukul 8.00 malam.
Dan terlihatlah dua tetamu lelaki yang sangat aku kenal. Mereka terkejut melihat aku. Begitu juga aku dengan mereka. Kedua-dua pemuda itu tergamam. Aku mula mengerutkan dahi. Aku memandang Along. Along juga bingung.
————
"Jadi Abang Hafiz ni Abangnya Raffiey lah?" Soalku terkejut.
Abang Hafiz tersenyum. "Dia adik saya."
Aku melihat gelagat Abang Hafiz dari tadi. Nampak gaya dia macam tak selesa. Ada kadang tadi dia termenung. Aku pun pelik.
Pada mulanya memang kedua adik beradik itu memandang aku seakan tidak percaya. Mereka tidak sangka aku ini ialah adik Amirul Khairil. Along pun tak tahu aku kenal mereka berdua. Aku juga tak tahu rupanya kawan lama Along aku ialah diorang berdua. Dunia ni kecik sangat.
Bunyi loceng kedengaran lagi. Adehh siapa pulak yang datang kalini? Along menyuruh aku untuk membuka pintu pagar.
Aku mula membuka buton di hadapan rumah untuk membuka pagar. Dari jauh aku melihat dia sedang menghampiri masuk ke dalam rumah. Aku mengecilkan mataku supaya pemandangan lebih jelas.
Terhenti aku di saat dia menghampiriku. Dia dah balik. Desis hatiku.
"K—kau dah balik?" Gugup dho bila nak bercakap dengan lelaki ni.
Dia sekadar tersenyum kecil.
"Ya. Aku dah balik. Rindu ke sampai gugup tadi nak tanya?"
Terketar tangan beb!. "Manede. Perasan betul kau ni."
"Takkan lah langsung tak rindu dengan tunang sendiri kot...or..." Dia kemudian mendekatkan bibirnya ke telingaku. Aku menjauhi sedikit. Deruan nafasnya menyentuh ke telinga. Jantung ku berdegup kencang.
"Aku patut gelarkan bakal isteri." Sambungnya. Mataku membulat. Baru je jumpa dia ni dah cepat menggatal.
Dia tersenyum senget seraya menjauhi dari diriku. "Siapa je yang ada dekat dalam rumah?"
"Pergilah masuk. Tanya pulak."
"Takyah lah nak marah-marah. Orang tanya je."
Aku memutarkan kedua bola mataku ke atas. Menyampah. Tapi aku suka. Entahlah.
"Bila kau balik sini? Dah habis belajar ke?" Aku menyoal tatkala kakinya baru sahaja hendak masuk ke dalam rumah.
Dia tersenyum kacak. Dia menoleh ke arahku. "Semalam malam. And yeah...aku dah habis tamatkan pembelajaran."
Aku mengangguk. Bermakna aku lagi awal daripada dia. Walaupun aku hanya dua minggu lagi awal daripada dia.
"Eh wait...kau tanya aku ni mesti kau tak sabar kan nak kahwin dengan aku?"
Aku membulatkan mata. "Nonsense!"
Dia tergelak. Pipi ku sudah merona merah. Cepat cepat aku memandang ke arah lain. Supaya dia tidak perasan.
"Rindu sangat ke sampai korang bersembang lama sangat dekat sini?"
Kami berdua tersentak. Aku sekadar tersengih.
Adam kemudian berpelukan sebentar dengan Along dan berjabat tangan seterusnya mengajak Adam masuk ke dalam rumah. Aku Along tak nak ajak. Ni nak merajuk ni.....
Adam sepertinya kenal dengan jejaka yang berada di hadapan nya ini. Namun dia hanya endahkan sahaja dan duduk di kerusi meja makan.
"Perkenalkan, Ini Adam." Adam menunduk sedikit memberi tanda hormat begitu juga dengan Hafiz dan Raffiey.
"Kitorang dah saling sama kenal." Kata Adam berterus terang. Amirul dan Melody tercengang.
"Saling sama kenal ke? Ya allah keciknya dunia ni. Tadi Aisyah sekarang pulak kau." Seloroh Amirul seraya menepuk bahu Adam. Melody di sebelah suaminya sekadar tersenyum nipis. Anak nya sudah pun tidur di atas.
Seisi ruang meja makan di situ ketawa untuk menyembunyikan rasa yang janggal.
"Eh mana Aisyah?" Raffiey mulai menyoal. Matanya meliar mencari gadis kesukaan nya. Dia juga mula mula pelik. Mengapa Adam yang tempoh bulan bersama dengan Aisyah sedang tidur bersandar di pokok ialah kawan kepada Amirul juga? Semuanya tertanya tanya di dalam kepala otak namun tiada jawapan yang dapat di perolehi.
"Dia malu lah tu nak datang sini. Tunang dia pun ada kat sini." Pantas Raffiey memandang ke arah Amirul. Hafiz pula sudah rasa serba salah.
Hendak sahaja Hafiz ingin jujur pada Raffiey. Namun disebabkan ada orang di sini maka dia perlu senyap seketika. Tidak disangka pula tunang Aisyah juga datang ke sini. Kalau dia tahu pasti sudah lama Hafiz tidak mengajak adiknya datang ke sini.
"Siapa tunang dia?"
"Ni..." Amirul menudingkan jari telunjuknya seraya tersenyum besar. Raffiey tercengang.
___________________________
Huh suspen!
![](https://img.wattpad.com/cover/228682603-288-k844503.jpg)
YOU ARE READING
Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅
Storie d'amoreMuhammad Adam Hanaqi. Seorang ketua pengawas. Dia tidak tegas, cuma hanya kerana mukanya yang sentiasa ketat itu mampu membuatkan pelajar di sekolah itu sudah takut padanya. Ramai wanita yang minat padanya. Walaupun bagi mereka Adam itu jarang hend...