57

2.5K 29 1
                                    


Kami berdua kini baru sahaja sampai di rumah baharu kami. Cantik. Sangat cantik. Pandai Adam pilih. Aaa ni yang makin sayang ni dengan dia.

Adam gembira kerana dia kini sudah pun boleh mempunyai kereta dan rumah sendiri. Melihat isteri gembira dia juga turut bersama.

Adam mulai membuka pintu menggunakan kuncinya. Aku terpaku bila melihat perabot di situ. Cantik.

"Abang...pandainya Abang pilih. Cantik lah." Pujiku.

"Kalau Abang yang pilih mestilah cantik. Tak pernah tak cantik." Ujarnya sambil menjongket kening ke arahku. Bibirnya diukir senyuman riak.

Aku menjelingnya manja. Eleh bangga lah tu. Adam tersengih.

"Aisyah masuk dulu. Abang nak ambik barang dekat bonet."

"Eh takpelah. Biar Aisyah yang buat."

Tangan nya mulai mendekat dengan wajahku. Dia memandang aku dengan mata yang mengecil.

"Nope. Biar Abang yang buat. Aisyah masuk je dulu."

Aku akur. Aku mula memasuki rumah dengan bacaan bismillah. Rumah kosong kan? Manalah tahu tiba tiba ada jin ke? Boleh aku lawan dia guna ayat kursi. Ekekeke macam aku ni ustaz pulak nak halau-halau jin.

Tiba tiba ada satu noftication aku berbunyi. Aku mengambil iphone di poketku lantas aku melihatnya.

UNKOWN
Assalammualaikum Aisyah
Ni aku Raffiey

Eh Raffiey?

ME
Waalaikumsalam.
Eh macam mana boleh dapat nombor aku ni?

UNKOWN
Kau lah yang sombong sangat tak nak bagi nombor. Kita kan kawan.

ME
Ouh maaf.
Dari mana dapat nombor aku ni?

UNKOWN
Dari Nad.
Weh aku rindu kau lah. Jom kita meet.

ME
Nanti lah aku tanya suami aku dulu.
Aku nak pergi kemas barang ni. Ok bye.

UNKOWN
Kemas barang?
Kau pindah rumah ke?

ME
Ye. Aku nak off ni.

UNKOWN
Ouh. Waalaikumsalam.

Aku terus tutup phone. Aku masih lagi takut dengan Raffiey. Peristiwa pelik itu mulai berlegar-legar di dalam kepala aku. Entah mengapa aku berasa tidak sedap hati dengan nya walhal kami ini kawan.

Peristiwa kami berdua di dalam kereta. Dia pelik masa tu. Tiba tiba berhenti dekat tempat yang sunyi. Aku jadi takut. Yang aku ingat aku tertidur tiba-tiba lepastu dia yang kejutkan aku. Itu je lah yang aku ingat.

"Aisyah...." Lamunanku tersentak. Aku mendongak memandang lelaki di hadapanku ini.

"Rumah ni semua Abang dah kemaskan. Tinggal sapu-sapu je."

"Ouh kalau macam tu Abang pergilah rehat dulu. Aisyah nak sapu kejap."

Adam tersenyum nipis. "Bilik kita dekat bilik yang kedua tau. Abang nak naik bilik."

  Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅Where stories live. Discover now