Aku menaiki kereta Myvi. Kereta lama Adam yang sekarang ini menjadi milik aku. Aku mula menuju ke rumah Juju. Sudah lama tidak berjumpa dengan nya. Kali terakhir kami berjumpa pun pada waktu pernikahan aku dan Adam. Tidak lah lama sangat tapi aku rindu sangat.Melihat saja Juju di hadapan rumahnya kami terus berpelukan sesama sendiri. Gaya macam lima tahun tidak berjumpa. Tapi biasalah perempuan. Semua over.
"Masuk lah rumah aku dulu. Dekat rumah aku ada adik perempuan aku je. Yang lain pergi shopping."
"Eh kau tak ikut sekali?"
"Malas lah weyh. Dah jom masuk." Dia menarik tangan aku dan kemudian kami memasuki ke dalam rumah nya. Rumah nya tidak lah terlalu besar tapi cukup cantik.
Aku melihat seorang perempuan itu dari jauh. Aku teliti betul-betul. Dia melambaikan tangan ke arahku seraya memanggil nama aku. Aku melambainya kembali.
Hanna.
"Weh Aisyah! Sini lah duduk sebelah aku." Terus sahaja aku duduk di sebelahnya. Aku pelik.
"Juju pun ajak kau sekali ke?"
Hanna mengangguk. "Yup. Aku dah lama dah sampai sebenarnya."
"Aaaa rindu lah korang!! Nak spend time sama-sama!" Juju dan Hanna tergelak kecil melihat telatah aku yang seperti budak kecil itu.
"Julia! Datang sini sat." Juju memanggil adiknya itu yang sedang berada di atas. Tidak lama kemudian muncul adiknya sedang menurun tangga dan menghampiri kakaknya. Comel orangnya.
"Ye kak?" Kemudian dia memandang aku atas bawah. "Eh ini kakak Aisyah kan?" Soalnya. Aku mengangguk seraya tersenyum.
Dia kemudian menyalam tangan aku dengan hormat. Ditunduk badan nya sedikit. "Apa khabar kak? Sihat? Dah kahwin ni sama je tak berisi langsung."
Juju menampar lengan adiknya itu. Adiknya itu mengaduh kesakitan. Aku tergelak kecil.
"Alhamdulillah sihat. Julia okey tak? Umur Julia sekarang berapa? Makin cantik sekarang."
Juju membuat muka toya bila aku memuji adiknya itu. Eleh dengki betul dengan adik sendiri.
"Sihat walafiat. Umur Julia sekarang 14 tahun. Ma..."
"Tapi pandai main couple-couple. Aku pun dulu bukan macam tu. Ikut perangai siapa entah." Pantas sahaja Juju memotong percakapan adiknya. Julia menjeling tajam.
"Eleh at least aku setia."
"Dah lah dah. Sekarang ni kau tolong buatkan air untuk kak Aisyah." Kata Juju menukar topik.
"Eh tak payah lah. Aku tak dahaga pun."
"Memang setiap tetamu kalau datang tak dahaga eh? Kau dahaga ke tak minum je. Kau tu tetamu aku. Dah Julia pergi buat air sana."
"Bereih boss! Julia pergi ke dapur dulu eh."
"Pergi je lah." Kata Juju ganas. Hanna sudah menggeleng dengan perangai kawan satunya itu.
Sempat Julia memberi isyarat i see you pada kakaknya. Juju menayangkan buku lima. Eeee adik beradik ni. Mencuit hati betul.
Air teh diletakkan di atas meja. Selepas sahaja Julia hilang dari pandangan Juju kembali bersuara.
"Kau tau lusa hari apa?" Soal Juju.
"Aku tau."
"Kau diam kejap. Aku tanya Aisyah." Hanna mencebik. Tak guna punya kawan.
"Ouh lusa hari Rabu lah."
"Ye memang hari Rabu tapi bukan itu yang aku nak tanya."
"Habis tu?" Kepala yang tidak gatal digaru.
![](https://img.wattpad.com/cover/228682603-288-k844503.jpg)
YOU ARE READING
Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅
Любовные романыMuhammad Adam Hanaqi. Seorang ketua pengawas. Dia tidak tegas, cuma hanya kerana mukanya yang sentiasa ketat itu mampu membuatkan pelajar di sekolah itu sudah takut padanya. Ramai wanita yang minat padanya. Walaupun bagi mereka Adam itu jarang hend...