Adam mulai masuk ke dalam bilik. Dirinya penat. Sudah lah baru jadi pengantin baru tiba tiba kena datang pada pejabat. Ada sedikit urusan yang paling penting. Ada perbincangan. Untung saja hari ini. Dia meletakkan begnya di atas meja yang terletak di bilik itu lalu menghempaskan dirinya ke atas katil.Adam diberikan cuti pada Abangnya selama dua minggu untuk berhoneymoon. Tetapi masih lagi belum merancang dengan Aisyah. Nanti-nanti sahaja lah dia bagitahu pada Aisyah.
Mata Adam meliar mencari isterinya itu di dalam bilik. Tiada.
Dirinya mulai tertanya-tanya. Dimanakah Aisyah? Tadi dekat bawah tak ada pun? Kat tandas? Hmmm mana ada. Mana pulak isteri aku ni? Takkan lah keluar tanpa mintak izin pun? Boleh mesej kan? Berbagai-bagai soalan di fikiran Adam memikirkan tentang keberadaan Aisyah. Namun masih lagi tiada jawapan.
Hesy mana pulak budak pendek comel ni pergi? Rindu tau tak? Grrr buat Abang geram. Siaplah nanti.
Aku mulai membuka pintu bilik. Terpacul wajah Adam yang baru sahaja memandang ku. Dia tersenyum. Cuma senyuman itu tidak seperti di dalam gambar sewaktu dia bersama dengan Bella. Senyuman yang dia berikan kepadaku sekadar senyuman biasa dan nipis. Aku cemburu sedikit.
Tapi aku hanya bersangka baik. Adam kan penat baru balik dari office. Itupun dah dikira cukup baik kalau dia senyum tu. At least tahu lah dia tak ada masalah apa apa pun dekat office tadi.
Aku mulai menghampirinya.
"Abang penat?" Adam mengangguk lemah.
"Abang dah solat ke belum?"
"Dah. Abang solat dekat office tadi."
"Sayanggggg...." Panggilnya meleret. Ya aku cair. Tapi Aisyah sentiasa menjual mahal walaupun dengan suami sendiri eheks!
"Ye Abang?"
"Nak mandi."
"Mandi je lah."
"Tolong mandikan."
Mataku membulat. Amboii! Tak malu ke? Mengadanya....
Adam tersengih kambing. Malas nak mandi. Suruh isteri mandikan aje.
"Kalau tak nak mandikan kita mandi sama-sama boleh?" Pinta Adam nakal. Baru balik dah mula perangai nakal dengan isteri. Saja ingin mengusik. Tapi kalau isteri nak on je! Nanti usik kat tandas pulak. Lagi best. Aummm....
"Abang jangan nak mengada-ngada eh? Pergi mandi sana. Busuk!" Aku menutup hidungku lantas menjauhinya sedikit. Dia mencebik.
"Okay lah. Abang nak mandi lah ni. But with one condition."
Aku memandangnya dengan hairan.
"Syarat apa?"
"Tolong bukakkan baju Abang." Aku memutarkan kedua bola mata ku ke atas.
"Ada tangan kan?"
"Alaaaa...tolonglah....Abang penat sangat harini." Rengeknya manja.
Aku menggelengkan kepala sahaja. Ada ada je lah dia ni.
Aku mula mendekatkan diriku kepada dirinya. Lantas dengan itu tanganku mulai membuka satu persatu butang dari kemeja putihnya.
Saat aku sudah membuka kesemua butangnya dia menyuruh aku membuka kemejanya sehingga menampakkan sixpacknya. Walaupun tidak terlalu sado tapi cukup untuk membuat para wanita tergoda.
Dan saat itu lah aku melihat badan nya. Ya. Badan nya sangat cantik. Sexy. Tidak terlalu sado tapi mampu membuatkan aku tergoda. Aku terpaku melihat badan nya. Mataku tertancap pada badan nya yang putih melepak itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/228682603-288-k844503.jpg)
YOU ARE READING
Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅
RomanceMuhammad Adam Hanaqi. Seorang ketua pengawas. Dia tidak tegas, cuma hanya kerana mukanya yang sentiasa ketat itu mampu membuatkan pelajar di sekolah itu sudah takut padanya. Ramai wanita yang minat padanya. Walaupun bagi mereka Adam itu jarang hend...