"So bulan berapa nak tunangkan diorang ni? Kalau boleh nak cepatkan." Ujar Uncle Shukri.Aku dan Adam saling berpandangan.
"Lima bulan lagi lah. Kan hari tu dah berbincang." Papa berkata. Mama mengangguk.
"Ouh ye lupa." Uncle Shukri tersengih.
"Lima bulan lagi lah macam tu kan?bulan enam terus buat majlis pertunangan. Masa raya yang ke-10."Sambung Uncle Shukri. Aku meneguk air liur. Amir di sebelah tersenyum senyum ke arahku.
Aku melihat Adam. Dia sedang membawa wajah yang masih lagi tenang. Aku memandang nya. Dia memandangku. Cepat cepat aku alihkan mata aku dari memandang nya. Aiseyy main pandang pandang pulak.
"Boleh lah macam tu. Kita kena cepatkan sikit. Ayah aku kat kampung selalu call aku bila nak merancangnya." Ujar Papa. Mama mengangguk mengiyakan kata Papa.
Aku mencebik. Hari tu kata enam bulan lagi lepas tu lima bulan, lepasni apa lagi? Tiba tiba minggu depan pulak. Aiyoyo
Yang membuka mulut hanya Papa dan Uncle Shukri sahaja. Mama dan Aunty kadang kadang masuk. Yang lain semua macam batu. Silent terus kau.
"So kalau tak ada halangan boleh lah kita cepatkan." Celah Aunty Dayana.
"Kalau macam tu kita cepatkan lah. Dua bulan lagi. Tak payah nak besar mana pun." Ujar Papa.
Kemudian Papa menoleh ke arahku. "Kawan Aisyah siapa je yang tahu Aisyah nak tunang?" Soal Papa.
Aku memandang Adam. Dia menjongket kening. Hadoiiiii.
"Err Rizwan je lah yang tahu." Jawabku jujur. Bibirku diketap ketakutan.
"Kalau Hanaqi?" Soalan yang sama diberikan pada Adam pula.
"Rizwan yang Aisyah cakap tadi tu lah dengan kawan saya yang satu lagi. Nama dia Reza." Jawab Adam tenang seraya tersenyum ke arah Papa dan Mama.
"Dua orang je lah ye?" Celah Uncle Shukri menyoal pada aku dan Adam.
Kami berdua mengangguk.
"Ajak lah kawan yang lain. Kawan kawan yang rapat aje. Takkan lah rapat seorang je mesti ramai kan." Kata Mama tersenyum. Bagi greenlight ea?
"Ada tu ada....tapi Aunty...saya..."
"Malu?" Pintas sahaja Mama memotong. Adam menggaru tengkuk seraya tersengih. "Ye.Malu."
"Bagitahu je. Lagipun kawan Aisyah semua Aunty kenal." Ujar Mama tersenyum mesra.
"Kawan Aisyah tu kawan saya jugak sebenarnya. Saya rapat dengan kawan Aisyah cuma Aisyah yang saya tak....rapat sangat." Jujur eh kau Adam?
"Macam tu pulak." Komen Papa seraya tergelak kecil dan menggeleng diikuti oleh Uncle Shukri dan Aunty Dayana.
"So perancangan tadi dah boleh lah kan?" Mama mencelah menukar topik yang asal.
"Boleh sangat." Aunty Dayana senyum mesra diikuti oleh Uncle Shukri.
"So baju tunang bila nak tempah?" Soal Aunty Dayana.
Hmmm baju tunang pulak disoal.
"Sebulan sebelum nak tunang aku rasa." Balas Papa.
"Okey lah macam tu." Uncle Shukri menyokong. Air teh yang dihirup tadi diletakkan ke atas meja.
"Dah lah kan tentang pertunangan diorang ni?" Soal Uncle Shukri ingin menamatkan topik.
Mama dan Papa mengangguk.
"Banyak pulak cakap tadi eh sampai tak tanya umur anak anak kau." Kata Uncle Shukri tergelak sedikit. Amir dan Along tersenyum manis.
"Umur Amir dengan Amirul sekarang berapa?" Soal Aunty Dayana memandang Amir dan Along.
"Umur saya sekarang 25. Umur Amir pulak 16 tahun." Jawab Along mengetuai pihak Amir. Amir mengangguk tersenyum.
"Kerja apa sekarang ni Amirul?" Celah Uncle Shukri.
"Saya sekarang jadi pensyarah dekat universiti Kuala Lumpur." Jawab Along mesra sopan.
"Uishh jadi pensyarah dah. Makin bergaya Amirul sekarang." Puji Aunty Dayana. Uncle Shukri tergelak kecil. Along tersenyum manis.
"Amir pun bergaya jugak." Amir mula mencelah dengan nada bangga. Seisi ruang tamu ketawa. Perasan betul!
"Besar dah korang berdua sekarang. Dua dua handsome. Tinggi pulak tu." Komen Aunty Dayana ikhlas.
Part Aunty Dayana sebut perkataan tinggi aku rasa diketepikan. Along dan Amir memang tinggi manakala aku memang dah ditakdirkan menjadi seorang yang pendek. Takpe, aku bersyukur seadanya.
Amir dan Along tersenyum sipu.
"Amir punya muka dari dulu lagi memang putih flawless je. Ada pakai apa apa produk atau krim ke? Jeles Aunty tengok muka Amir." Aunty Dayana meluahkan apa yang dia rasa terhadap Amir.
Amir tersenyum malu. Sembunyikan riak.
"Saya pakai krim sikit sikit je." Sikit eh? Tiap pagi tiap malam selalu pakai. Bukan main berlambak lagi krim dekat meja solek kau tu. Dah macam perempuan!
"Jarang nak tengok lelaki amalkan krim bagai ni." Kata Uncle tergelak kecil. Aunty Dayana dan Mama turut ketawa.
"Amir ni memang amalkan memakai krim. Selepas bangun pagi dan sebelum waktu tidur. Sebab itu lah muka tu putih gebu flawless je." Celah Mama memberitahu serba sedikit tentang Amir.
Amir menangguk malu seraya tersenyum lebar. Kembang,macam tu lah. Aku pun jeles jugak dengan adik aku sebenarnya.
"Aiman dengan Alif sekarang umur berapa?" Soal Mama menukar topik.
Tercengang sebentar Abang Aiman dengan Alif. Tidak lama kemudian mereka tersenyum. Loading betul dua orang ni haha.
"Sebaya je dengan Amirul." Jawab Abang Aiman tersenyum manis.
"Tak ada contact dengan Amirul lagi ke?" Soal Papa pula mula mencelah.
"Eh, selalu je. Kan Rul?"
Along mengangguk.
Mama dan Papa membuat mulut O.
"Alif umur berapa?" Soal Mama lagi pada Alif.
"Umur saya sebaya dengan Amir jugak. Satu kelas."
"Iya ke? Tak rapat?" Soal Mama.
"Kadang kadang je. Kalau ajak lepak saya lepak lah. Cuma tak selalu." Balas Alif.
"Hmm....empat orang lah ni satu sekolah yang sama?" Soal Uncle Shukri pula.
Aku memandang Amir di sisi. Amir memandang aku. Tiba tiba main pandangan ni dah apahal?!
"Kitorang berempat memang satu sekolah yang sama. Cuma mula mula bila dapat tahu yang Aisyah dengan Amir ni kawan waktu kecik memang terkejut jugak lah." Adam berterus terang sekali mengetuai pihak kami memberi jawapan.
"Ouh. Macam tu..." Kata Mama dan Aunty Dayana serentak. Adam sekadar mengangguk dan tersenyum halus.
"Dekat sekolah tu ada ke yang selalu ganggu Aisyah?" Soal Aunty Dayana memandang Aku dan Adam silih berganti.
Ada sangat Aunty... Anak Aunty tu lah yang selalu menganggu saya kalau Aunty nak tahu "Tak ada lah Aunty." Aku tersenyum nipis.
Amir tiba tiba mencuit belakang badanku. Aku menjeling sedikit. Apa masalah kau ni?
"Aunty saja je tanya. Mana tahu lah ada yang selalu ganggu Aisyah ke kat sekolah. Entah entah Hanaqi yang selalu ganggu Aisyah dekat sekolah?"
Aku tergelak besar dalam hati. Terciduk Adam dibuatnya. Aku sekadar tersenyum di luar. Amir di sisi sembunyikan ketawa begitu juga dengan Alif. Abang Aiman dan Along masih lagi silent dari tadi.
_____________________________
THE END
Okey gurau je. Sah sah lah belum tamat lagi. Nanti kan chapter yang seterusnya!
Part ni dah Tak ada sambungan. Pandai pandai lah korang fikir.
YOU ARE READING
Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅
RomanceMuhammad Adam Hanaqi. Seorang ketua pengawas. Dia tidak tegas, cuma hanya kerana mukanya yang sentiasa ketat itu mampu membuatkan pelajar di sekolah itu sudah takut padanya. Ramai wanita yang minat padanya. Walaupun bagi mereka Adam itu jarang hend...