TIGA BULAN KEMUDIAN....
"Happy birthday to you....happy birthday to you...happy birhtday to Aisyah...happy birthday to you...." Semua menyanyikan lagu ulang tahun pada Aisyah. Masing-masking menunjukkan wajah yang gembira.
Adam tersenyum melihat isterinya itu. Kek yang dipegang masih lagi setia berada di pegangan nya. Lilin ditiup sendiri dengan keadaan yang sebak.
"Angah....Selamat ulang tahun Angah.... Amir tak sangka yang Angah dah pun melonjak dewasa walaupun dah kahwin. Amir masih lagi tak percaya yang Angah dah umur 20 tahun. Sebab Angah ni pendek sangat. Kahwin dengan orang tinggi." Amir tergelak di hujung ayat. Aina dan Alif turut tersenyum.
Kedua keluarga itu datang ke dalam wad di mana Aisyah dibaringkan. Hari ulang tahun Aisyah pada hari ini namun masih lagi wanita itu belum menyedarkan diri.
Kemudian Aina datang menghampiri Aisyah. Bibirnya didaratkan ke dahi anak perempuan nya itu sebelum melontarkan senyuman manis.
"Anak Mama ni kena kuat. Kami tahu Aisyah kuat. Cepat sedar ye nak. Kami tetap menunggu Aisyah sedar."
Sebak melihat keadaan anak seperti itu. Raya sudah pun hendak menjelma. Mereka semua ingin Aisyah sedar sebelum raya hendak tiba. Dua minggu sahaja lagi akan berlangsung.
Sudah tiga bulan Aisyah berada di hospital. Masih tidak menunjukkan keadaan yang baik. Masih lagi belum menyedarkan diri. Adam berasa kecewa dengan diri sendiri kerana tidak dapat menjaga isterinya itu dengan baik.
"Haqi yang salah Mama. Haqi yang tak jaga Aisyah elok-elok."
"Sabar lah nak. Ini semua ujian. Kita harus tabah. Banyakkan berdoa."
Berkali-kali Adam menyalahkan dirinya sendiri namun seorang pun tidak pernah menyalahkan Adam. Mungkin salah dia mungkin tidak. Kawan kawan hanya mampu berdoa. Hari-hari melawat namun masih lagi tiada perkembangan yang baik.
Tentang Raffiey dan Bella sewaktu datang ke rumah Adam. Adam memberitahu pada mereka berdua bahawa isterinya itu kemalangan di jalan raya pada waktu malam dan berada di hospital. Kedua pasangan itu terkejut. Tumpang sedih.
Tentang pergaduhan itu juga Adam meluahkan pada mereka. Raffiey tergeleng-geleng mendengar percakapan Adam. Itu semua hanyalah salah faham. Kemudian Raffiey pun menceritakan hal yang sebenarnya mengapa pada petang itu dia keluar dengan Aisyah. Adam mulai rasa bersalah. Dia kemudian meminta maaf pada Raffiey.
Pasangan itu pun mulai memberitahu status mereka berdua. Mula-mula Adam terkejut namun tidak lama itu Adam turut tumpang gembira.
Setelah habis melawat semua beransur pulang ke rumah kembali. Hanya Adam sahaja yang masih setia lagi berada di situ.
Keluhan kecil dilepaskan. Kerusi ditarik dan melabuhkan punggung di situ sebelum merapatkan kerusi yang didudukinya dengan katil.
Ditenung wajah polos itu. Pucat. Namun kelihatan tenang sekali wajahnya. Jam tangan di kerling. Sudah pukul sepuluh malam. Perutnya terasa lapar namun dia hanya mengendahkan sahaja. Aisyah lagi penting dari makanan. Adam tahu pasti Aisyah tak akan sedar namun jauh di sudut hati lelaki itu dia ingin isterinya itu sedar.
"Sayang....bila sayang nak sedar? Abang rindukan sayang sangat-sangat. Semua rindukan Aisyah. Aisyah tak rindu kami ke?" Soalan itu dibiarkan menyepi. Tangan isterinya itu diambil lalu diusap dengan lembut. Dikucup tangan itu. Lama.
"Abang nak Abanglah orang pertama yang Aisyah tengok waktu Aisyah dah sedar nanti. Lawan sakit Aisyah tu. Abang tahu Aisyah kuat. Sayang kena bertahan. Abang sentiasa ada dengan sayang." Dahi pula menjadi sasaran untuk dikucup. Terbit senyuman kecil di bibir lelaki itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/228682603-288-k844503.jpg)
YOU ARE READING
Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅
RomanceMuhammad Adam Hanaqi. Seorang ketua pengawas. Dia tidak tegas, cuma hanya kerana mukanya yang sentiasa ketat itu mampu membuatkan pelajar di sekolah itu sudah takut padanya. Ramai wanita yang minat padanya. Walaupun bagi mereka Adam itu jarang hend...