12

386 25 2
                                    


  Di Giant tempat perjualan masakan, makanan, sayur sayuran dan semua jenis makanan basah, Aku dan Mama beriringan pergi ke tempat sayur sayuran. Heh! Sayur lah yang paling aku benci! Aunty Dayana pun ikut kami cuma Aunty Dayana pergi ke tempat bahan masakan diikuti dengan Adam anak keduanya. Hmmm dia pun ikut jugak.

Aku dengan membawa trolinya terpaksa mengambil sayur sayur yang diarahkan oleh Mama. Walaupun Aku jenis tidak memakan sayur tapi aku tahu semua jenis sayur. Jangan pandang rendah dekat aku okey? Aku bukan lah kuno sangat.

"Mama nak pergi tandas kejap. Aisyah pergi ambik minyak dekat hujung sana."

Mama menudingkan jari ke arah tempat yang agak hujung. Aku mengangguk akur. Mama terus beredar dari tempat sayur itu dan segera keluar menuju ke tandas.

Aku pun berjalan ke arah tempat hujung itu dengan membawa troli yang penuh dengan sayur sayuran. Mama lah yang paling kuat makan sayur. Amir pun dua kali lima je. Sebab itu lah muka putih gebu semacam.

Aku berjengket sedikit untuk mencapai botol minyak di atas. Asal nak ambik benda je benda tu lah yang kena kena dekat atas. Naik bosan aku dibuatnya.

Barang yang ku ingin ambil sudah hampir dicapai. Aku menolak- nolak sedikit botol minyak itu untuk mencapai dengan tangan. Tapi malangnya minyak itu semakin ke belakang. Grrrr! Geram nya! Sudah lah pendek huwaa

"Pendek tu pendek je lah." Mendengar sahaja suara itu pantas aku menoleh. Dia tersenyum mengejek. Aku membuat muka menyampah.

Adam mula mencapai botol minyak yang ku ingin mengambil tadi. Setelah dapat dia meletakkan minyak itu ke dalam troli yang ku bawa tadi.

Dia menoleh ke arah ku seraya menjongket kening. Aku memberi simbol 'Apa'.

"Tak nak cakap terima k—-"

"Terima kasih." Pantas sahaja aku memintas ayatnya.

Dia senyum menyenget.

"Ada bau bau orang tak ikhlas nak ucap terima kasih dekat sini." Perli Adam sambil matanya meliar liar memandang kawasan di situ. Aku membuat muka bosan.

"Terima kasih sangat sangat tersangat ya Encik Adam kerana membantu saya mengambil botol minyak tadi. Saya ucap ribu ribuan terima kasih pada Encik." Ucap ku tersangat ikhlas. Ikhlas lah sangat huh!

Dia tersenyum nipis "Tahu lah perli."

Memang perli pun awak! "Mana ada aku perli kau. Aku cakap terima kasih kan tadi." Balasku sambil mula ingin memegang troli dan ingin bergerak.

"Eh nak pergi mana? Aunty Aina suruh kau pergi beli lima beras dengan tiga papan telur." Ujarnya. Aku mencebik sedikit.

"Ibu aku dengan Mama kau pergi beli makanan basah dekat sana. Lama sikit." Sambung nya lagi. Sekali lagi aku mencebik.

"Aku sensorang je lah yang kena pergi beli benda tu?" Soalku. Dia memandang aku dengan muka yang sedikit menyampah.

"Apa function aku ada dekat sini? Kalau kau pergi sorang baik aku tak payah cari kau tadi. Biar kau terseksa nak ambik minyak kat atas tu tadi." Ujarnya lagi sinis.

Aku mengangguk separa ikhlas. Tahu lah kau tu tinggi! Hmmm redho je lah.

"Haa buat muka!" Sindir Adam seraya merampas troli yang ku bawa tadi.

  Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅Where stories live. Discover now