MOS 1

4.1K 69 3
                                    

Lagu My Only Sunshine berkumandang mengisi keheningan di dalam kereta MyVi putih milik seorang pemuda yang kini sedang mengenderai keretanya yang aku tumpangi.

Aku sedari tadi hanya menumpukan perhatianku pada telefon bimbitku. Jujur aku katakan, saat ini aku sedang gementar. Aku belum pernah berduaan dengan seorang lelaki yang tidak aku kenali sepanjang dua puluh empat tahun usiaku.

Namun kini, aku sedang berduaan dengan Steve Timothy. Itu nama yang diperkenalkan Lyra kepadaku tika kami berkumpul sebelum bertolak beberapa minit yang lalu.

Lyra dan Myra, adik beradik kembar yang menjadi teman alias rakan kongsiku selama beberapa tahun ini beria-ia mengajakku mengikut mereka bercuti di satu kawasan peranginan.

Mulanya aku menolak kerana memikirkan Lyra dan Myra akan ditemani kekasih masing-masing. Aku sudah awal membayangkan Lyra tidak akan berenggang dengan Roger. Begitu juga dengan Myra yang pasti sepanjang waktu akan berkepit dengan Lanc.

"Aku tidak mahu bersendirian di sana nanti, Ly," kataku menolak.

"Siapa kata kamu akan sendiri?" Myra memeluk bahuku. Lyra juga senyum-senyum.

"Sepupu Roger akan ikut bersama kita," kata Lyra. Aku mengangkat dahi.

"Lelaki?" aku bertanya. Ku lihat Myra dan Lyra berpandangan seketika.

"Kalau aku kata lelaki?" dia memandang wajahku.

"Kalau lelaki, aku takkan ikut," aku menjawab dengan pantas.

"Kau ni. Mestilah sepupunya perempuan," jawab Lyra. Aku menarik nafas lega. Kerana Lyra mengatakan jika sepupu  Roger yang akan ikut bersama kami seorang perempuan, aku akhirnya bersetuju untuk turut serta dalam trip mereka.

"Kamu memang suka melamun?" suara itu memutuskan lamunanku. Pertama kali aku mendengar dia bersuara.

Perlahan aku menoleh kepadanya. Pertama kali juga aku melihat wajahnya betul-betul. Dia tampan. Berkulit cerah. Rambutnya sedikit berombak.

"Kita belum saling kenal. Aku tidak biasa berbicara dengan orang yang tidak dikenali," kataku.

"Hmmm," dia berdeham diikuti dengan tawa kecil.

" Kalau begitu, mari kita berkenalan. Aku Steve Timothy. Seorang jurutera. Umur 32 tahun, masih single. Sekarang giliranmu untuk memperkenalkan diri," katanya.

Aku menarik nafas dan ku lepaskan dengan perlahan. Aku membetulkan dudukku, menyandarkan tubuh pada penyandar tempat duduk ku.

" Aku Steffy Tiffany," hanya nama yang ku perkenalkan.

" Berapa usiamu, Tif? " dia bertanya. Sejenak aku mengerling kepadanya.

"Adakah itu penting?" tanyaku. Bagiku tidak perlu dia tahu berapa usiaku. Setelah kembali dari percutian ini nanti, mungkin kami tidak akan pernah bertemu lagi.

"Aku mahu tahu, Tiffany," katanya tanpa menoleh kepadaku.

"Dua puluh empat tahun," aku menjawab dengan terpaksa. Sebenarnya aku memang tidak suka jika orang menyentuh tentang usiaku. Entah mengapa, aku sendiri tidak tahu alasannya.

"Pekerjaanmu?"

"Aku, Lyra dan Myra mengusahakan ALM Florist," kataku. Dia mengangguk.

"Kamu masih single, Tif?"

"Penting juga untuk dijelaskan?" aku bertanya.

"Aku tidak mahu mengisi percutianku dengan tunang, isteri atau kekasih orang," katanya dengan nada serius.

"Aku masih single. Belum jadi milik siapa-siapa," jawabku.

Memang itu statusku. Aku gadis yang hanya pernah punya 'cinta monyet' ketika zaman persekolahan dahulu.

"Bagus kalau begitu," katanya. Aku tidak mahu memikirkan maksud kata-katanya.

Bagiku, siapa aku atau siapa dia tidak membawa apa-apa erti. Aku teman Lyra dan dia sepupu Roger. Kami hanya tetamu sampingan yang menjadi teman untuk seminggu sahaja. Setelah tamat masa seminggu, kami akan menjalani kehidupan masing-masing seperti sebelumnya.

💕💕💕

Setelah menempuh lima jam perjalanan, akhirnya kami tiba di tempat yang di tuju. Sebuah kawasan peranginan yang menghadap laut. Ada beberapa buah chalet di situ.

"Cantik pemandangannya," aku berdiri di tepi kereta Steve. Mataku terarah pada laut yang terbentang luas di hadapanku.

"Bagaimana? Kau masih marah?" Lyra dan Myra berdiri di sebelahku.

"Marah lama-lama buat apa? Aku sudah terlanjur setuju datang ke sini," jawabku.

"Mari, yang," Roger menarik tangan Lyra.

"Kita juga, honey," Lance memeluk pinggang Myra.

Aku masih berdiri di tepi kereta Steve, memandang dua pasangan itu yang telah berjalan menuju ke chalet masing-masing.

Hanya setelah mereka hilang dari pandangan, barulah aku menoleh pada Steve.

"Mari, Tif," Steve mengambil beg galasnya dan menyangkutkannya di belakangnya. Tangan kanannya menarik beg yang ada di tanganku.

"Biar aku yang bawa, Tif," katanya. Mahu tidak mahu aku terpaksa mengalah.

"Mari," tangan kirinya menarik tanganku.

"Steve," aku membantah. Steve melepaskan tanganku.

Aku berjalan di belakang Steve hingga kami sampai di chalet yang berselang dua chalet daripada chalet Myra dan Lyra.

"Kita tinggal berdua di sini?" tanyaku. Aku teragak-agak untuk mengikutnya masuk.

"Yang lain sudah penuh, Tif. Kamu mahu berkongsi chalet dengan Myra dan Lyra?"

Aku menggelengkan kepala. Jika aku mahu pun, pasti Myra dan Lyra takkan mahu mengajakku bermalam dengan mereka.

Akhirnya, aku melangkah masuk bersama Steve. Aku mengeluh tika mendapati hanya ada satu bilik tidur dengan satu katil king size. Ruang tamunya juga kecil sahaja, dengan hanya menempatkan satu rak televisyen dan dua sofa single.

Aku memandang Steve. Dia juga memandangku.

"Kita berdua akan tidur di dalam bilik ini, Tif," Steve meletakkan beg kami bersebelahan almari kecil di dalam bilik tidur itu.

"Mereka sengaja merancang semua ini," aku mengeluh perlahan. Aku duduk di birai katil, mula terkenang ibu dan ayahku di kampung. Pasti mereka sedih jika tahu aku sedang sebilik dengan seorang lelaki yang baru aku kenali beberapa jam yang lalu.

" Malam nanti kamu tidur di sini," Steve mencapai beg galasnya dan melangkah keluar neninggalkan aku.

"Kamu mahu ke mana?" Aku mengikutnya. Aku takut jika Steve meninggalkan aku sendirian di chalet ini.

"Aku di sini," katanya sambil meletakkan beg galasnya di atas sofa.

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc...

My Only Sunshine (✔️ Complete) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang