MOS 15

1.5K 51 5
                                    

" Malam, sampaikan pada bidadari hatiku bahawa aku mencintainya. Pun, andai kebahagiaannya bukan denganku, ku rela melepaskannya-Steve Timothy"

Steffy Tiffany'POV

Ini entah kunjunganku yang ke berapa, tidak pernah ku hitung lagi. Setiap hari, pagi, tengah hari dan petang sebelum pulang ke rumah, aku akan menyempatkan diri mengunjungi Steve.

Setiap kali meninggalkannya di wad itu, aku berharap akan melihat keadaannya bertambah baik pada kunjunganku yang berikutnya.

Namun, apa yang aku harapkan tidak pernah menjadi kenyataan. Pada setiap kunjunganku, ku perhatikan keadaan Steve tidak bertambah baik. Malah tubuhnya kelihatan semakin susut. Badannya terlihat kian lemah.

Hatiku tidak dapat bertahan lagi. Hatiku tidak dapat menunggu lagi. Meski hatiku takut setengah mati, ku gagahkan juga kakiku melangkah masuk ke bilik doktor yang merawat Steve.

" Maaf. Hanya ahli keluarganya sahaja yang berhak tahu keadaannya," jawab doktor yang ku temui. Dia hanya mengerlingku sesaat tanpa mengangkat wajahnya.

Ku perhatikan tag namanya. Nama yang begitu indah, sayangnya budi bahasanya kurang indah. Seharusnya dia menanyakan dahulu siapa aku, apa hubunganku dengan Steve sebelum dia mengatakan begitu.

Aku memang belum lagi secara rasmi menjadi sebahagian keluarga Steve. Namun aku membawa keturunan Steve di dalam rahimku. Apakah itu belum cukup untuk aku mengakui diriku sebagai orang yang berhak tahu keadaannya.

"Doktor Raven Rendra, saya tunangnya. Saya berhak tahu keadaannya kerana dalam waktu terdekat kami akan menikah," kataku. Berbohong sedikit rasanya tidak mengapa.

Kali ini dia meletakkan pen yang sedari tadi dipegangnya. Buku kecil yang digunakannya untuk mencatat sebentar tadi ditutup dan ditolak ke tepi meja. Setelah itu barulah dia mengangkat wajah dan memandangku.

"Jika saya bukan keluarganya, saya takkan membuang masa datang ke mari," tambahku lagi untuk meyakinkannya.

"Saya sudah menjelaskan keadaannya kepada keluarganya," Doktor Raven berhenti sejenak.

Dia menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. Matanya memandangku dengan pandangan ragu-ragu.

"Hayatnya memang takkan panjang. Kedua-dua buah pinggangnya sudah rosak. Jika dia tidak mendapat penderma dalam masa terdekat, besar kemungkinan dia takkan dapat bertahan lebih lama lagi," jelas Doktor Raven.

"Adik dan abangnya sudah menjalani pemetiksaan kesesuaian buah pinggang untuk didermakan kepada pesakit. Namun, kedua-duanya tidak sesuai," katanya lagi.

Aku menyandarkan tubuh pada kerusi yang aku duduki. Seluruh tubuhku terasa sejuk dan gementar. Aku tidak dapat membayangkan rasa sakit yang dirasakannya.

" Tolong periksa buah pinggang saya doktor. Mungkin buah pinggang saya sesuai untuknya," kataku.

Lama sekali doktor itu memandangku. Hingga pandangannya jatuh pada perutku.

"Sebelum kita menjalankan pemeriksaan selanjutnya, saya minta puan untuk buat pemeriksaan air kencing dahulu. Kami perlu pastikan puan tidak mengandung," katanya seraya menghulurkan sebiji botol kecil kepadaku.

♥️♥️♥️

Aku tidak dapat menahan perasaan tika Doktor Raven menghulurkan sekeping kertas kepadaku. Hasil ujian kehamilanku.

" Puan positif mengandung, " katanya.

" Mengikut prosedur, wanita yang mengandung tidak boleh melakukan pemindahan buah pinggang ," lanjutnya. Penjelasan itu begitu meruntun perasaanku.

"Saya rela menanggung risiko," kataku.

Doktor Raven mengerutkan dahinya. Kemudian dia mengambil telefon bimbitnya dan menaip sesuatu. Hanya dalam beberapa detik kemudian, dia menunjukkan sesuatu yang tertera pada skrin telefon bimbitnya.

"Wanita yang sedang mengandung memang tidak dibenarkan untuk mendermakan buah pinggangnya, walau atas apa alasan sekalipun," jelasnya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


"Wanita yang sedang mengandung memang tidak dibenarkan untuk mendermakan buah pinggangnya, walau atas apa alasan sekalipun," jelasnya.

Air mataku mulai bergenang dan mengalir perlahan melewati pipiku. Rasanya pernyataan itu membawa pergi semua mimpi-mimpi indahku. Seolah-olah semua harapan yang sebentar tadi menggunung, kini ranap menyembah bumi.

" Saya faham perasaan puan. Tapi saya harap puan pun faham prosedur kami."

Aku memang faham. Namun tolong, lakukan sesuatu atas nama perikemanusiaan, batinku menjerit.

"Lakukan sahaja pemeriksaan, doktor. Saya perlu tahu apakah buah pinggang saya sesuai atau tidak untuknya," aku belum berputus asa.

Namun Doktor Raven hanya bangun dan membuka pintu untukku.

"Maafkan saya, puan. Saya nasihatkan puan balik dan tenangkan fikiran," katanya.

"Doktor tak faham perasaan saya," kataku dengan kecewa sambil berlalu meninggalkannya.

Steve Timothy's POV

"Aku minta maaf, Steve. Aku minta maaf,"  aku melihat air matanya bercucuran membasahi pipinya.

Dia tidak menjelaskan padaku apa yang terjadi kepadanya. Namun, tanpa dia menjelaskan pun, aku sudah mengetahuinya.

"Your fiance come and see me. She offered to be a donor. But, I'm sorry. She cannot donate her kidney. I told her that a pregnant woman are not eligable to donate," Doktor Raven, teman sebilikku ketika di universiti dahulu menghantar mesej kepadaku beberapa minit yang lalu.

" She's pregnant, " hatiku tersenyum pedih. Aku akan menjadi seorang ayah, meski aku tidak tahu apakah aku berpeluang melihatnya lahir ke dunia ini.

Sudah hampir lima minit Steffy menangis di sampingku. Tiada apa yang dapat aku lakukan dalam keadaan tubuhku yang lemah begini. Apa yang dapat aku lakukan hanyalah menyapu air matanya dengan hujung jariku.

"Jangan menangis, sayang," aku memujuknya.

Aku tidak mahu kesedihannya akan menpengaruhi kandungannya.

" Jangan menangis..demi dia..demi bayi kita," hanya hatiku yang berkata-kata. Dia masih merahsiakannya. Jadi, aku juga akan berpura-pura bahawa aku belum mengetahuinya.

Namun air mata Steffy kian deras jatuh dan membasahi jemariku. Hatiku jadi tersentuh. Jika begini keadaannya, bagaimana aku sanggup meninggalkannya.

"Kamu  mencintai aku, Tiffany?" aku bertanya lembut.

Dia mengangguk. Menunduk dan mencium bibirku.

"I love you," bisiknya.

"Then, don't cry. For me, for us," pujukku.

Vote dan komen.
Happy reading.

Tbc...

My Only Sunshine (✔️ Complete) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang