MOS 11

1.6K 48 1
                                    

" Tak pernah ada hati yang tak akan berubah. Saat kau hancurkan hatiku, ku tetap menyayangimu walau hanya dengan serpihan hatiku-Steve Timothy"

'' Serpihan Hatiku" cover by Remaja Masa Silam

_______________________________________

Entah mengapa, perasaanku gundah-gulana. Jiwaku rasa tidak tenteram. Terasa ada sesuatu yang hilang. Sejak semalam, fikiranku terus berkelana. Teringat pada seseorang yang pernah menggenggam hatiku.

"Kenapa dengan kau ni?" Lyra menarik tanganku.

"Duduk Tif. Dari tadi aku lihat kau macam ni. Sekejap berdiri, berjalan ke hulu ke hilir. Sekejap duduk menongkat dagu," Lyra melepaskan keluhan panjang.

"Entahlah, Ly. Macam ada yang tak kena. Seperti ada sesuatu yang berlaku. Tapi aku tak tahu apa," aku meletakkan telapak tanganku di atas dada.

Dup! Dup! Dup! Jantungku berpalu kencang. Sangat kencang hingga terasa sedikit sesak.

"Steve," nama itu lolos dari bibirku.

Aku memandang Lyra. Lyra juga memandangku. Dari pandangan matanya aku tahu Lyra mengetahui sesuatu tentang Steve.

"Terima kasih kerana kau teringatkan Steve," katanya.

"Dia sakit, Tif. Steve sakit," Lyra membuka galeri dalam telefon bimbitnya.

"Lihat keadaannya," dia menghulurkan telefon bimbitnya kepadaku.

"Steve..," tubuhku terasa menggeletar. Kaki dan seluruh tubuhku terasa lemah melihat keadaannya.

"Maafkan aku, Steve," air mataku jatuh dengan deras.

Aku benar-benar merasa bersalah. Seharusnya aku ada di sisinya pada saat-saat begini. Seharusnya aku ada di sisinya, menggenggam erat tangannya tika dia bertarung melawan kesakutannya.

" Temui dia, Tif," kata Lyra.

Aku mengangguk. Aku sudah nekad untuk menemuinya. Namun baru sahaja aku berdiri, kepalaku terasa berpinar.

"Huweek!"

Steve's POV

Saat ku labuhkan hati pada Steffy, ku sangka dia akan menjadi penemanku. Ku fikir dia akan menjadi kekasih yang menggenggam tanganku di saat ku bernafas untuk yang terakhir kalinya.

Saat aku mengenalinya, sudah ku sematkan dalam hatiku bahawa aku akan mencintainya sepenuh hati. Aku akan menyayanginya dengan sisa-sisa kehidupan yang masih ada.

Seminggu bersamanya, ku fikir dia sudah menyerahkan hatinya kepadaku. Sikap cemburunya ku anggap sebagai tanda bahawa dia sudah mencintaiku sepenuh hati.

Namun, benarlah kata pujangga. Tiada hati yang kekal setia. Tak pernah ada hati yang tak akan berubah. Hati manusia juga ibarat pepasir pantai. Sering berubah.

Saat ini, aku terbaring di atas katil hospital. Terbaring tanpa daya. Hanya menatap sedih doktor yang  sedang memeriksa keadaanku.

"Bagaimana keadaan saya, doktor?" aku bertanya dengan penuh harapan.

Aku amat berharap agar doktor akan mengatakan satu keajaiban tentang keadaanku.

"Keadaan encik bertambah sedikit baik," dia menjawab tanpa mahu memandang kepadaku.

"Bertambah sedikit baik?" Aku tersenyum dalam duka.

"Hmm..," doktor itu menganggukkan kepalanya. Dia mencatat sesuatu pada borang rekod pesakit yang ada di atas meja kecil di hujung katilku.

Seribu kali pun dia mengatakan bahawa keadaanku bertambah baik, aku tetap tidak percaya. Tubuh ini milikku. Hanya aku yang tahu bagaimana rasanya.

"Saya masih ada harapan untuk sembuh, doktor?" Pertanyaan kedua. Pertanyaan yang aku pasti akan dijawab dengan kebohongan.

Doktor itu berhenti menulis catatannya. Dia mengangkat wajah. Seketika pandangan mata kami bertemu.

"Awak rasa bagaimana?" Dia bertanya kembali.

Aku terdiam seketika. Bagaimana yang aku rasa? Kalau soal tahap kesakitanku, mungkin aku akan mengatakan aku berada pada skala 10.

"Awak rasa awak ada harapan untuk sembuh?"

Aku menggeleng. Aku tahu harapanku untuk sembuh sangat tipis. Dengan kedua-dua ginjal yang sudah rosak, apa harapanku.

"Awak salah jika awak mengatakan awak tiada harapan untuk sembuh. Harapan sentiasa ada. Awak hanya perlu berdoa agar ada orang yang sudi mendermakan buah pinggang buat awak," jawapannya membuat aku terdiam.

Hatiku menangis. Apakah ada seseorang di luar sana yang sudi memberikan buah pinggangnya kepadaku? Apakah ada insan bermurah hati yang sudi memberi sebahagian kehidupannya kepadaku?

♥️♥️♥️

Simon, satu-satunya abangku melangkah longlai menuju ke katilku. Wajahnya terlihat muram. Aku dapat menduga bahawa semua yang diharapkannya tidak dapat terlaksana.

"Maafkan aku, Steve," katanya seraya memelukku.

"Buah pinggangku tidak....," dia menangis.

"It's okey," aku menepuk belakangnya.

" Maafkan aku, Steve. Bukan aku tidak mahu," katanya.

Aku faham, malah cukup faham. Pemindahan buah pinggang bukan semudah memindahkan kacang tanah dari satu pinggan ke satu pinggan.

Dua hari yang lalu, Liona juga sudah menjalani pemeriksaan untuk menentukan apakah buah pinggangnya sesuai untukku. Namun, ternyata dua saudara kandungku ini tidak  layak untuk mendermakan buah pinggang mereka kepadaku.

"Jangan menyalahkan diri. Aku faham," ucapku.

Ajal maut di tangan Tuhan. Kita takkan dapat melewatkannya biarpun sesaat. Namun aku berdoa agar Tuhan membuka pintu hati Steffy untuk menemuiku, biarpun hanya sesaat cuma.

Vote dan komen.
Happy reading.

Tbc...

*** P/s Jemput subscribe channel Remaja Masa Silam (Channel you tube teman wattpad saya, Tq)

My Only Sunshine (✔️ Complete) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang