MOS 18

1.4K 58 11
                                    

" Takdir menentukan kita untuk bersama. Apa pun akan ku lakukan demimu-Steffy Tiffany"

Steffy Tiffany's POV

" Maaf..," kata pertama yang terucap dari bibir Rally tika dia mengunjungiku petang itu.

Lelaki itu kelihatan sangat tampan. Dengan tubuh sasa dan tinggi, dia kelihatan begitu sempurna. Aku yakin ribuan gadis di luar sana mengimpikan untuk memiliki teman lelaki sepertinya.

"Berhari-hari aku ingin berkunjung ke sini, Tiffany," katanya tika dia melabuhkan punggung di atas kerusi plastik yang ada di samping katilku.

Aku menatap wajahnya yang kelihatan sedih. Tatapan kami bertemu, menyalurkan kesedihan yang sama.

"Ibumu tidak mengizinkan?" Aku meneka. Dan dia mengangguk.

Aku cuba tersenyum meski rasanya terlalu sukar. Dia seorang lelaki yang mungkin cukup sempurna. Namun, apa yang terjadi dalam beberapa hari ini cukup menyedarkan aku bahawa dia bukan lelaki yang layak untukku.

" Pertunangan kita sudah putus, Tiffany. Maafkan aku...," Rally memalingkan wajahnya seketika.

Sejurus dia menoleh kembali, aku melihat hidung dan matanya merah. Dia menangis. Aku menarik tangan kanannya dan ku genggam tangannya itu.

"Mengapa perlu meminta maaf?" tanyaku.

"Semua salahku, Tiffany. Jika bukan kerana kelancanganku, ibuku takkan tahu. Ayahmu takkan tahu. Dan semua ini takkan terjadi," ucapnya.

"Semua sudah takdir. Lambat laun mereka akan tahu juga," aku memerhati wajahnya. Terpamer seribu kecewa dan rasa bersalah pada wajah itu.

"Tentang batalnya pertunangan kita, itu kerana kita ditakdirkan untuk tidak berjodoh," kataku memujuknya.

Memang itu hakikatnya. Jika memang dia ditakdirkan untuk menjadi jodohku, tiada apa yang dapat menghalang kami untuk bersatu. Namun lihatlah, hanya kerana kesalahan masa laluku, ibunya menolak untuk menerimaku.

" Aku minta maaf, Tiffany," katanya lagi.

"Tiada apa untuk dimaafkan, Rally," ucapku.

"Kerana aku dan ibuku, kamu keguguran," katanya.

"Itu takdir," kataku.

"Aku tetap merasa ber..," daun pintu yang terkuak menghentikan bicara Rally.

"Maaf," seorang jururawat masuk sambil menolak kerusi roda mendekatiku.

"Maaf, encik. Saya diarahkan untuk menjemput Cik Steffy," katanya.

"Ke mana?" Rally telah bertanya terlebih dahulu.

"Untuk menjalani pemeriksaan," sambil tangannya membantuku duduk di atas kerusi roda.

"Pemeriksaan? Bukankah dia sudah dibenarkan pulang hari ini?" Rally menahan tanganku.

"Ya, Cik Steffy memang sudah boleh pulang hari ini. Tapi Doktor Raven memintanya menjalani pemeriksaan kesesuaian ginjalnya untuk..."

" Untuk lelaki itu?  No! Jangan bodoh, Tiffany," Rally menahan kerusi rodaku dengan kakinya.

" Kamu tidak berhak untuk melarang," kataku.

" Aku berhak! " katanya. Tangannya mencengkam lenganku.

" Kita pulang, Tiffany," dia menarikku bangun dari kerusi roda.

" Lepaskan dia, Rally. Awak tak berhak lagi. Pertunangan awak dan Tiffany sudah batal. Ibu awak sudah membatalkannya. Awak sudah lupa?" Lyra muncul bersama Roger.

Sergahan Lyra perlahan membuat cengkaman Rally pada pergelangan tanganku terlepas. Dia mengusap wajahnya.

" Kamu perlu tahu, Tiffany. Semua ini bukan kemahuanku. Bagiku, siapapun kamu, apapun masa lalumu, jika kamu jodohku, aku menerimamu dengan seadanya," katanya sebelum berlalu pergi.

♥️♥️♥️

Jantungku berdebar kencang menunggu hasil pemeriksaan. Dalam hati aku tidak putus-putus berdoa agar ginjalku sesuai untuk Steve.

Doktor Revan tersenyum lebar memandangku.

" Tahniah. Buah pinggang cik sesuai untuk tunang cik, " katanya.

"Benar?" aku bertanya. Meski cukup jelas pada gegendang telingaku, namun aku ingin mendengarnya sekali lagi.

"Tunang cik memang bertuah," katanya.

"Kita hanya perlu menunggu keadaan cik benar-benar pulih untuk melakukan pemindahan ginjal," katanya.

Tidak terasa air mataku mengalir menuruni pipiku. Berita ini merupakan khabar yang paling membahagiakan. Ku sentuh perut yang dulu sempat bertumbuh bayiku dan Steve di dalamnya.

" Maafkan mummy kerana kamu memilih berkorban untuk daddy, " aku berbisik dalam hati.

Aku tahu semua yang terjadi pasti ada maksud yang tersembunyi di sebaliknya. Bayiku pergi mungkin kerana ingin memberi ruang kepadaku untuk membantu ayahnya.

"Thanks, Tiffany," kami bertiga berpelukan sambil menangis penuh kesyukuran.

Vote dan komen.
Happy reading.

Tbc...

**Sorry, part ni pendek saja.

My Only Sunshine (✔️ Complete) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang