MOS 12

1.6K 51 3
                                    

"Terlalu sukar untuk aku melupakan dirimu kerana telah begitu banyak kenangan yang kamu berikan kepadaku- Steffy Tiffany"

Aku membuka mata perlahan. Kepalaku terasa berat dan berdenyut. Tekak pula masih terasa mual. Aku menoleh ke sebelah kiriku dan pandanganku bertembung dengan pandangan Lyra. Di sebelahnya, duduk kakakku Risa,  dengan wajah tegang.

" Aku di mana, Ly?" aku bertanya perlahan.

Aku tidak berani bertanya pada kakakku. Wajah tegang  Risa menjelaskan ada sesuatu yang tidak menyenangkan hatinya. Dan aku pasti sesuatu yang tidak menyenangkan hatinya itu berkaitan dengan diriku.

"Tadi kau pengsan," Lyra menjawab singkat.

"Sampai hati kau buat hal memalukan macam ni," Risa menatap tajam kepadaku.

Aku mengerling Lyra, cuba mencari kepastian tentang apa yang baru sahaja dikatakan oleh Risa.

"Tak payah pura-pura tak tahu. Cuma katakan siapa ayah bayi dalam perut kau tu,"

"Bayi?" aku menyentuh perutku.

Patutlah dalam seminggu ini aku asyik mengalami mual. Kepalaku juga sering terasa pusing. Dan...sepanjang minggu ini aku asyik teringatkan Steve.

Kini aku tahu jawapannya mengapa Steve asyik bermain dalam ingatanku. Rupanya ada bahagian dirinya yang sudah tumbuh dan bernyawa di dalam rahimku.

" Kakak bagi nasihat pada kau, Tiffany. Lakukan demi mama dan papa. Lakukan demi keluarga kita," tutur kakakku. Pandangan matanya belum meninggalkan wajahku. Aku menunggu apa yang bakal dikatakannya.

"Minta lelaki itu cepat-cepat menikahi kau. Sebelum orang tahu kau mengandungkan anak luar nikah. Atau...," Risa berhenti seketika.

"Atau...atau apa?" aku dapat mengagak apa yang ingin dikatakannya.

"Gugurkan, Tif. Gugurkan bayi itu," katanya.

Dup! Kata yang baru terucap itu bagai batu besar yang terlontar dan menghempap dadaku.

Siapa dia yang berhak untuk mengarahkan aku membunuh darah dagingku. Siapa dia yang berhak memaksaku untuk berpisah dengan bayi yang tumbuh di dalam rahimku?

" Lakukan sesuatu, Tiffany. Sebelum mama dan papa tahu. Sebelum orang kampung tahu, " Risa mencapai beg tangannya dan bingkas bangun. Dia keluar meninggalkan aku dan Lyra.

Aku memandang tubuh Risa yang menghilang di sebalik pintu. Rasa sebak bila saudara sendiri tidak sedikitpun memikirkan perasaanku.

"Aku minta maaf, Tiffany," Lyra memelukku setelah hanya tinggal kami berdua di bilik itu.

"Aku panik bila kau pengsan. Sebab tu aku terus call Risa," katanya.

"Aku tak tahu pula kau pregnant. Aku benar-benar rasa bersalah, Tif," aku menggelengkan kepala.

"Kau tak bersalah, Ly," aku melepaskan pelukannya.

♥️♥️♥️

Aku merayu pada doktor yang merawatku agar aku dibenarkan pulang petang itu. Namun kerana keadaanku yang masih lemah, doktor tetap meminta aku agar menginap semalam lagi di wad.

Aku mengusap perutku yang masih rata. Air mataku menitis tanpa dapat ditahan. Happy? Of course I'm happy. Bayi di dalam kandunganku ini adalah dari benih lelaki yang sangat aku cintai. 'Dia' hadir hasil dari penyatuan dua hati yang saling suka, bukan kerana keterpaksaan.

" Bila mummy keluar dari sini, kita akan bertemu daddy," aku berjanji kepadanya, meski saat ini aku tidak pasti apakah dia dapat mendengar apa yang aky katakan kepadanya.

Ku kerling jam pada telefon bimbitku. Sudah menunjukkan pukul sepuluh malam.  Mata mula terasa lalu. Aku berbaring mengiring, menghadap foto Steve yang ku jadikan wallpaper telefon bimbitku.

"Drit! Drit! Drit!" Telefon bimbitku bergetar tika aku hampir belayar ke alam mimpi.

Mata yang hampir terpejam aku buka kembali. Ku geser skrin telefon bimbitku. Pada notification, tertera ada satu mesej, daripada seseorang yang selama ini aku tunggu-tunggu.

" Apa khabar gadis kesayanganku?" Pesanan yang begitu ringkas, namun mampu membuat jantungku berdetak kencang.

"Steve, I miss you" jemariku yang gementar segera membalas pesanannya.

"I miss you too, my dear lover. I 💖💖💖💖💖💖💖 you. Aku sangat mencintaimu, Tiffany.

Tidak pernah ada seharipun aku berhenti memikirkan dan mencintaimu."

Mesej yang ku hantar segera berbalas.

Aku terisak membaca mesej yang dihantar oleh Steve sambil jemariku menaip sesuatu di atas skrin telefon bimbitku.

" Aku juga sama, Steve. Tidak pernah ada seharipun aku berhenti memikirkan kamu. Aku cinta..aku rindu."

"Kalau benar rindu, kalau benar cinta, mengapa menilih mengucapkan selamat tinggal,?"

Mesej itu membuat air mataku jatuh kian deras. Dia tidak tahu betapa beratnya untuk aku mengucapkan kata ' selamat tinggal'.

"Bolehkah..jika kami ingin kembali?"

Ku hantar pesanan itu, mengabaikan rasa malu dan harga diriku.

"Kembali? Mengapa ingin kembali?" Begitu balasan daripadanya. Jawapan yang melenyapkan senyumku yang sebentar tadi terbit di bibir.

"Tidak perlu kembali kerana kamu tidak pernah pergi, Tiffany. Kamu sentiasa ada dalam ♥️ Steve Timothy. Tapi kamu menyebut 'kami' ?"

Senyumku terbit kembali. Ku cium foto Steve sambil membisikkan "I love you! I love you!. " Tentang ' kami' nanti akan aku katakan padanya saat kami bertemu.

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc....         

My Only Sunshine (✔️ Complete) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang