MOS 16

1.5K 54 8
                                    

"Tak pernah ku relakan hatiku dimiliki yang lain selain dirimu-Steffy Tiffany"

Steffy Tiffany's POV

Aku duduk  di sebelah Rally, lelaki yang sebentar tadi telah menjadi tunanganku secara rasmi. Aku merenung sedih pada cincin emas bertatah berlian yang melingkar indah di jari manisku.

"Kita harus mencubanya, Tiffany. Jika kita ikhlas untuk mencuba, kita pasti bahagia," Rally menarik tangan kiriku dan menggenggamnya erat di dalam genggaman tangannya yang terasa hangat.

"Aku yang tidak ikhlas. Aku yang tidak rela untuk mencuba," batinku memberontak.

"Ikhlas, Tiffany. Semuanya akan jadi mudah," lagi-lagi Rally memujukku agar ikhlas.

Aku tahu aku harus ikhlas, melupakan Steve dan menerima Rally seadanya. Tetapi bagaimana soal hatiku? Bagaimana soal cinta? Apakah semudah itu untuk dilupakan? Apakah semudah itu untuk mengenepikan soal hati dan cinta?

"I'm pregnant," diikuti butiran cairan bening yang mengalir menuruni pipi.

Aku memang sensitif kebelakangan ini. Mungkin kerana aku kerap memikirkan keadaan Steve atau mungkin juga kerana pembawaan bayi di dalam kandunganku.

"What are you talking about? Are you serious?" Mata Rally menikam jauh ke dalam mataku.

Aku membalas renungan tajam Rally. Merasa sedikit gugup.

"Are you serious, Tiffany?" Dia mengulangi pertanyaannya.

"No, I'm just joking," aku angkat punggung. Namun sepantas kilat Rally memerangkap tubuhku sebelum sempat aku beredar.

"Jangan menyembunyikan apa-apa dariku, Tiffany," katanya. Kedua tangannya mencengkam lenganku.

"Look at me. And tell me the truth," katanya.

"Aku mahu kita saling jujur, Tiffany," suaranya menurun.

"Katakan yang sebenarnya, Tiffany. Aku tidak keberatan menerima bayi itu jika benar kamu mengandung. Aku hanya tidak mahu dibohongi," kata Rally.

Aku kembali melabuhkan punggung di atas bangku panjang itu. Begitu juga Rally.

"Kamu benar mengandung, Tiffany?"

Aku meneguk liurku beberapa kali. Ku pandang wajah Rally. Wajah itu nampak sedih. Dia memandangku lama, menungguku mengatakan sesuatu yang mungkin akan merobek masa depannya.

"Bila kamu diam, sudah cukup menjawab pertanyaanku," katanya.

Aku tidak terkata apa-apa. Lidahku benar-benar terasa kejang. Terasa bagaikan jejalur keras di dalam mulutku.

"Anak siapa? Adakah dia anak lelaki yang kamu katakan tempoh hari?" tanyanya.

Perlahan aku mengangguk. Rally turut menganggukkan kepalanya.

"Berapa bulan usianya?"

"Sebulan," aku menjawab singkat. Sekali lagi Rally menganggukkan kepalanya.

"Kita perlu menikah awal, Tiffany. Supaya orang tidak tahu bahawa bayi itu bukan bayiku," katanya perlahan.

"Bayi?" Pertanyaan itu membuat aku dan Rally menoleh hampir serentak.

Di belakang kami berdiri ibu Rally. Dia menatap aku dan Rally bersilih ganti.

" Kamu mahu menipu mama, Rally?" Tajam sekali bicaranya, setajam matanya yang menatap nyalang padaku.

"Kamu mahu mama menerima darah daging lelaki lain sebagai cucu mama?"

"Ini urusan kami berdua, ma," Rally merangkul pinggangku. Seakan tidak ingin dilepaskannya.

"Masih banyak gadis lain di luar sana, Rally," entah ke mana hilangnya bicara manisnya beberapa jam yang lalu tika dia mengatakan betapa beruntung anaknya mendapat aku sebagai calon isteri.

"Apa yang bising di sini," ibu dan ayahku muncul.

Belum lagi mengetahui apa yang terjadi, ibuku menghampiri ibu Rally dengan senyuman ramah.

"Pertunangan ini batal," suara tegas ibu Rally bergema hingga ke ruang tamu.

Beberapa orang saudara-mara turut menghampiri. Ada yang bertanya bertubi-tubi, ingin tahu apa yang terjadi.

"Apa ni, besan?" Ibuku terpinga.

Ayahku yang mula dapat mencium sesuatu, kini merenung penuh amarah kepadaku.

"Kita pulang, Rally. Jangan jadi ayam yang mengeram anak itik," katanya seraya menarik kasar tangan Rally.

" Sabar, ma. Dia mengandungkan anak Rally," Rally cuba mempertahankan aku.

"Jangan fikir mama bodoh. Kamu mengenalinya belum sampai seminggu," Ibu Ralla berlalu ke ruang tamu.

"Kamu tunggu di sini. Nanti aku kembali," Rally melepaskan aku.

"Apa yang ayah dengar tadi? Kamu mengandung?"

Plak! Plak! Pipiku terasa panas.

"Papa...," aku menahan tangan ayahku yang kini menjambak rambutku.

"Anak memalukan. Tak cukup apa yang aku ajar selama ini? Tak cukup?" Ayahku menyeretku ke ruang tamu.

"Tolong, pa. Sakit. Mama..," aku merayu. Ibuku cuba menghalang ayah, namun ayahku tetap menjadi pahlawan paling gagah.

"Anak sial!" Ayah menolak tubuhku hingga aku tersembam ke lantai.

"Uncle!" Aku mendengar suara Rally.

"Dia anakku. Biar aku yang mengajarnya!" Ayahku ke dapur dan kembali dengan penyapu lidi di tangannya.

Buk! Buk! Entah berapa kali penyapu itu menjamah tubuhku. Tidak lagi dapat ku hitung. Ada pukulan yang mengena pahaku, ada yang mengena belakangku. Ada beberapa pukulan yang mengena perutku saat aku sudah terbaring menahan sakit.

Aku tidak lagi mahu menjerit untuk meminta ayahku agar berhenti. Aku tahu, sekuat apapun aku merayu, ayahku tidak akan berhenti sehingga dia puas. Jeritan ibuku dan Rally pun tidak mampu menghentikan ayah.

"Ayah, stop!" Risa meluru ke arahku pada saat mataku hampir tertutup.

"Darah. Dia keguguran, pa!" Jeritan Risa membuat mataku tertutup kian rapat.

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc...

My Only Sunshine (✔️ Complete) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang