MOS 20

1.5K 57 10
                                    

"Aku dan kamu hanya melangkah mengikut alur takdir. Segalanya sudah tersurat dan kita harus menerimanya dengan rela hati-Steffy Tiffany"

Steve Timothy's POV

Aku sudah siap dan hanya menunggu untuk ditolak ke bilik bedah. Semua ahli keluargaku sedang bersamaku, memberikan doa dan kata-kata semangat.

Namun hingga ke detik-detik akhir sebelum aku ditolak ke dewan bedah, seseorang yang aku tunggu sedari tadi belum juga muncul.

"Jangan fikirkan apa-apa. Tenangkan fikiran dan berdoa agar semuanya berjaya," ibuku mengecup pipiku.

Aku mengangguk perlahan. Tp hatiku rasa sangat sedih. Pada saat begini, aku begitu ingin menemui Steffy. Perjuanganku hari ini mungkin berjaya, mungkin tidak. Mungkin aku akan  selamat, mungkin juga tidak.

" Selamat pagi. Maaf, saya harus membawa pesakit ke dewan bedah sekarang, " seorang jururawat muda masuk dengan senyuman ramahnya.

"Boleh tunggu sebentar? Saya sedang menunggu seseorang," kataku.

Mataku masih terarah pada pintu yang terbuka luas.

"Kau menunggu aku, bro?"

Roger melangkah menghampiriku sambil tersengih. Lain yang ku harap, lain yang tiba.

" Selamat, bro. Hope everything will be fine," katanya.

Aku mengangguk sekali lagi. Masih berharap orang yang ku tunggu muncul di sebalik pintu itu.

" Aku tahu kau menunggu siapa," Roger berbisik di telingaku.

"Tapi dia tidak akan datang," katanya.

"Kenapa? Apa yang terjadi padanya?" Entah mengapa hatiku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Sejak semalam Steffy tidak datang menemuiku.

"Dia okey. Cuma ada sedikit masalah di butik. Dia akan datang, tapi mungkin sedikit lewat," Lyra yang menjawab pertanyaanku.

Aku ingin menarik nafas lega. Namun kerisauan yang jelas tergambar pada wajah Lyra memberitahuku bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada Steffy. Tetapi apa?

Ingin sekali aku bertanya pada Lyra. Namun belum sempat aku membuka mulut, katilku telah ditolak menuju ke dewan bedah.

"Kita tidak boleh menunggu lebih lama lagi," itu yang dimaklumkan oleh jururawat kepada kami.

"Sampaikan salamku pada Tiffany," ku tinggalkan pesanan itu melalui Lyra.

Hatiku terasa berat untuk ditolak masuk ke bilik bedah sebelum aku bertemu Steffy. Namun apa dayaku. Hanya salam ku tinggalkan buatnya.

Apapun yang terjadi kepadaku nanti, aku berharap agar dia akan selalu bahagia. Aku merelakannya untuk berbahagia dengan lelaki manapun yang menjadi pilihannya.

Steffy Tiffany's POV

Aku memerhatinya dari kejauhan. Ingin mendekatinya, hatiku terasa tidak mampu. Begitu bersalah rasanya kerana aku harus membohonginya. Bukan maksudku untuk merahsiakan niat murniku.

Segalanya ku lakukan demi Steve. Jika dia tahu bahawa akulah orang yang akan memberikan buah pinggang untuk mrnyambung nyawanya, aku pasti dia akan lebih memilih untuk mati.

"Masanya sudah tiba, cik. Tunang cik sudah bersedia di bilik bedah," seorang jururawat menghampiriku.

Aku mengangguk. Ku pandang Myra yang mempamerkan wajah sayunya.

"Jika aku tidak bangun, serahkan surat ini pada Steve," kataku.

Surat bersampul biru itu aku serahkan pada Myra. Di dalam surat itulah aku jelaskan segalanya. Tentang ketulusanku memberikan satu ginjalku buatnya. Tentang rasa cintaku kepadanya. Rasa cinta yang tidak pernah pudar sedikitpun.

" Jangan pernah fikir kamu tidak akan bangun. Jika kamu memilih untuk tidak bangun,....," Myra tidak mampu meneruskan kata-katatanya.

Air matanya meleleh perlahan melewati pipinya.

"Jika aku memilih untuk tidak bangun, aku mahu kamu cepat kahwin dan segera lahirkan anak sebagai penggantiku," aku mengusiknya.

"Jika kamu tidak bangun, aku berjanji akan membencimu seumur hidup," dia membalas usikanku.

Aku hanya tersenyum. Mungkin senyuman terakhir yang ku tinggalkan buat sahabatku itu.

♥️♥️♥️

Waktu terasa terlalu panjang. Rasanya aku sudah sangat letih. Tubuhku terasa lemah tidak bermaya. Bunyi suara yang ada di sekelilingku hilang dan pergi begitu sahaja.

"Pembedahan berjaya. Patient dalam keadaan stabil. Nampaknya ginjal baru mula serasi dengan tubuhnya," aku mendengar sayup-sayup suara itu.

Aku tersenyum. Tanpa sedar air mataku menitis. Aku bersyukur tubuh Steve dapat menerima ginjalku.

Namun, entah mengapa tubuhku terasa kian lemah. Udara terasa tersekat di kerongkongku. Kelopak mataku terasa kian berat. Dadaku juga terasa dihempap sesuatu yang amat berat membuatku tidak mampu bernafas.

Aku cuba menjerit untuk meminta tolong. Namun aku benar-benar tidak berdaya.

"Doktor, degup jantungnya kian lemah," aku mampu mendengar suara itu.

Aku dapat merasa sesuatu ditekan pada dada kiri dan kananku. Semuanya membuat nafasku semakin sesak.

"Kita akan kehilangannya, doktor," suara cemas itu menghentam gegendang telingaku.

Air mataku menitis kian laju. Rupanya beginilah pengakhiran hidupku. Aku pergi demi lelaki yang aku cintai. Pergi tanpa sempat melihat senyumannya. Pergi tanpa sempat memeluk dan menciumnya.

Vote dan komen.
Happy reading.

Tbc...

My Only Sunshine (✔️ Complete) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang