MOS 3

2.2K 62 1
                                    

" Sekali ku genggam tanganmu, hatiku berbisik, biar ku genggam tanganmu untuk selamanya," - Steve Timothy

Steve Timothy's POV

Kami berkumpul di restoren yang terdapat di dalam bangunan utama pusat peranginan ini. Lyra duduk di sebelah Roger. Myra sudah menempel di samping Lance.

Aku pula duduk sendiri, pura-pura sibuk dengan telefon bimbitku. Aku sengaja menghindari dari menyaksikan kemesraan dua pasang kekasih yang ada di hadapanku.

Aku memandang kerusi kosong di sebelahku. Kerusi itu sepatutnya ditempati Steffy. Tapi entah di mana orangnya. Hingga kini dia belum muncul di hadapan kami.

"Mana Tiffany?" Lyra bertanya. Aku mengangkat wajah. Pandangan Lyra terarah kepadaku.

"Kau tak tunggu dia sekali?" Kali ini Myra yang bertanya.

"Aku terlupa," kataku. Tadi aku memang benar-benar terlupa untuk mengajaknya bersama.

Aku mengambil keputusan untuk kembali ke chalet. Jarak antara restoran dengan chalet sedikit jauh, lebih kurang dua ratus meter. Banyak chalet yang harus dilewati.

Aku memutar tombol pintu. Berkunci. Aku mengetuk pintu beberapa kali.

"Tiffany," aku memanggil namanya. Kali ini aku mendengar derap langkah menghampiri pintu.

"Steve?" Suaranya hampir bergetar.

"Tiffany, ini aku, Steve," balasku dari luar. Hanya dalam hitungan saat, daun pintu sudah terbuka.

"Steve," dia melontarkan diri ke dalam pelukanku, membuatku terpinga-pinga. Tetapi aku tetap merangkulnya kemas ke dalam pelukanku.

"Aku takut sendirian di sini," luahnya. Tubuhnya terasa bergetar. Jemarinya terasa sejuk.

"It's okey now. I'm here," kataku menenangkannya.

Setelah dia tenang, barulah aku melepaskan pelukanku. Ku tatap wajahnya yang basah. Rupanya dia menangis.

"Aku minta maaf, okey," aku memegang ke dua tangannya. Betapa aku merasa bersalah kerana telah meninggalkannya bersendirian di chalet ini.

Aku beriringan dengan Steffy menuju ke restoran.Dia berjalan dengan senyap sahaja di sebelahku. Sesekali dia memerhati sekelilingnya. Jalan menuju ke restoran memang hanya diterangi cahaya samar-samar.

Tanpa minta izin terlebih dahulu, aku mencapai satu tangannya dan ku genggam dengan kemas.

"Steve..," dia memandangku. Aku pura-pura tidak mendengarnya. Wajahnya pun tidak aku pandang. Tetapi tangannya tidak aku lepaskan. Malah semakin erat aku menggenggamnya.

Aku menggenggam tangan Steffy hingga kami memasuki restoran. Tangannya hanya aku lepaskan tika kami sudah sampai di meja di mana teman-teman kami sedang menunggu.

"Hmm," Roger berdeham. Aku cepat-cepat memberi isyarat kepadanya agar tidak meneruskan apa yang ada dalam kepalanya.

"Pintu ada masalah. Sukar untuk dikunci dari luar. Sebab tu Steffy tak dapat tingalkan chalet," aku mereka alasan. Steffy menoleh kepadaku, tetapi dia tidak membantah.

Sepanjang di meja makan, aku tidak dapat untuk tidak memberi perhatian pada Steffy. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Apa yang aku tahu, sejak melihatnya menangis ketika di chalet tadi, timbul rasa ingin melindungi dan menjaganya.

💕💕💕

Aku menghampar selimut di atas lantai di ruang tamu dan membaringkan tubuh di atasnya.

"Ahh, leganya," luahku saat tubuhku mencecah lantai ruang tamu itu. Lega rasanya dapat berbaring dan meluruskan tubuh setelah seharian hanya duduk dan berjalan sahaja.

Aku menarik kain pelikat yang sengaja ku bawa dan meletakkannya di atas perutku. Kain pelikat ini sudah memadai untuk dijadikan selimut. Lagipun cuaca di chalet ini tidak sesejuk di rumahku.

"Steve," suara halus Steffy terdengar di telingaku. Mataku yang baru hendak terpejam, spontan terbuka kembali. Steffy duduk di sebelahku dengan memeluk selimut dan bantalnya.

"Ada apa, Tif?" tanyaku hairan. Seketika dia tidak terkata apa-apa. Matanya terpaku pada tubuhku.

"Ops, sorry," aku menutup dadaku dengan kain pelikat yang ada di tanganku.

"Boleh aku tidur di sini?" dia bertanya.

"What?" Agak keras suaraku. Dia sedikit terkejut. Aku perasan wajahnya pucat dan kedua tangannya kelihatan gementar.

"Maksudku... aku tidur di ruang tamu ini juga. Aku boleh tidur di sudut sana," katanya menunjuk ke satu sudut di ruang tamu itu dengan jarinya.

"Apa masalah kamu, Tif?" aku duduk menghadapnya. Matanya menatapku sayu, benar-benar minta dikasihani.

"Aku takut, Steve. Tempat ni... menyeramkan," katanya. Aku menatapnya. Kasihan, mesti dia ketakutan sedari tadi.

Tidak aku nafikan, keadaan di kawasan ini memang sunyi pada waktu malam begini. Hanya terdengar bunyi deru ombak yang menghempas ke dada pantai. Sesekali terdengar dedaun ru bergeser sesama sendiri.

Aku berfikir sejenak sambil memandang padanya. Dia memakai pakaian tidur daripada kain satin berwarna biru. Rambutnya dibiarkan lepas sahaja. Dia nampak begitu polos. Mana mungkin aku membiarkannya tidur di atas lantai yang keras begini.

"Begini saja, Tif. Kamu tidur di atas katil," kataku. Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Tiffany sudah menggelengkan kepalanya. Dia memeluk bantal dan selimutnya dengan erat.

" Aku juga akan tidur di dalam bilik. Aku akan tidur di atas lantai di dalam bilik, " aku menjelaskan.

Aku masuk ke bilik diikuti oleh Tiffany. Dia melangkah perlahan dan naik ke atas katil.

"Tidur, Tiffany," kataku ketika melihat dia masih duduk di atas katil sambil matanya memandang sayu kepadaku.

"Oh, my god, Steffy. Jangan memandangku begitu," aku merayu dalam hati. Dia tidak tahu berduaan dengannya dalam satu bilik begini sudah cukup menyiksa perasaanku.

Sedari tadi ada bahagian dalam tubuhku yang sudah menegang dan minta dibelai. Aku amat berharap agar dia tidak melakukan sesuatu ysng membuatku tidak akan dapat melepaskannya. Jangan sampai terjadi sesuatu yang nanti akan disesalinya.

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc....

*Cerita yang ku tulis berdasarkan khayalan semata. Kalau bagus, nikmati sahaja. Kalau sebaliknya, mohon maaf.






My Only Sunshine (✔️ Complete) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang