MOS 26

2.5K 68 16
                                    

" Perjalanan hidup aku dan dia masih jauh dan panjang. Pasti masih begitu banyak liku yang akan kami lalui. Namun, aku pasti cinta kami akan memandu kami menuju pada akhiran yang bahagia"

Steffy Tiffany's POV

Dua hari setelah melahirkan secara cesarean akhirnya aku dan bayi kembarku dibenarkan pulang. Steve membawa kami pulang ke rumah ibu bapanya kerana ibu mertuaku yang meminta.

"Biar mama yang menjaga Tiffany selepas bersalin nanti," ucap ibu mertuaku beberapa minggu yang lalu. Saat itu kandunganku sudah masuk bulan ke sembilan.

"Biar Tiffany yang menentukan, ma," Steve mengerlingku. Suamiku tidak ingin memaksaku kerana baginya keselesaanku adalah yang paling utama.

" Aku berpantang di rumah mama kamu saja," keputusanku membuat wajah ibu mertuaku berseri-seri.

Tiada apa yang membuatku enggan berpantang di rumah orang tua Steve. Ayah dan ibu mertuaku tergolong ayah dan ibu mertua terbaik di dunia. Mereka melayanku dan memanjakanku seperti anak sendiri.

Malah kerap kali mereka melayanku melebihi cara ibu dan ayahku melayanku.

"Selamat pulang, sayang," bisikan Steve di telingaku memutuskan lamunanku.

"Ini bilik tidur kita," katanya.

Bilik ini ternyata lebih luas dari bilik tidur yang sebelum ini sering kami tempati.

" Papa mengupah orang untuk mengubahsuai bilik tidur ini supaya lebih besar. Agar kamu dan anak-anak selesa," katanya.

" Cantik," aku menatap pada dua   baby box yang diletakkan bersebelahan sebuah katil queen size.

"Liona yang menghiasnya," jawab Steve.

Aku senyum. Liona ialah antara orang yang terlalu berghairah untuk menyambut kelahiran si kembar.

♥️♥️♥️

"Wah, mereka benar-benar klon Steve dan Steffy," Roger mencuit lembut pipi si kembar.

"Betul apa kata Roger. Lihat, yang perempuan mirip Steve. Yang lelaki mirip Steffy," Lance menambah, membuat yang lain tertawa kecil.

"Mestilah mirip aku dan Tiffany. Kami berdua yang memprosesnya. Kan, sayang," Steve mencium bibirku.

" Steve..," aku menahan malu.

"Hei, isteri kau masih berpantang bro," Roger pula bersuara.

" Kau bertuah, Tif. Dapat anak kembar," ucap Lyra . Tangannya diletakkan pada perutnya yang sudah mulai kelihatan.

Lyra pun seperti aku. Hampir empat tahun menikah barulah dia disahkan mengandung. Itupun setelah puas mendapatkan pelbagai rawatan kesuburan.

"Kau pun ada peluang untuk dapat anak kembar," kataku. Lyra dan Myra lahir kembar. Keturunan kembar pasti ada peluang untuk mendapat anak kembar.

"Aku tak kisah kembar atau tidak. Tapi aku harap baby dalam perut aku ni perempuan," Myra mengelus perutnya yang memboyot. Dalam sebulan lagi Myra akan melahirkan.


♥️♥️♥️

Letih dan kesakitan kerana melahirkan terasa terbayar saat mataku melihat sepasang bayi kembar tidak seiras tertidur lena di dalam baby box mereka. Keduanya kelihatan begitu comel dan sempurna.

"Terima kasih, sayang," itu ucapan terima kasih Steve entah untuk yang keberapa kalinya. Tidak cukup sekali dia mengucapkan terima kasih sambil mencium dahiku.

"Aku terlalu gembira, sayang. Aku terlalu bahagia," katanya.

Ada manik-manik jernih yang bergenang di sudut matanya. Aku tidak ingin bertanya apa erti air mata itu. Kerana aku cukup tahu mengapa Steve menangis. Hampir tujuh tahun usia pernikahan kami, barulah dia berpeluang melihat wajah darah dagingnya.

"Tuhan cukup adil kan, sayang," dia berkata perlahan. Dan ku sambut kata-katanya dengan anggukan.

"Begitu lama kita menunggu. Akhirnya Tuhan memberikan kita dua bayi sekaligus," katanya.

"Mereka hadiah terindah dalam pernikahan kita," kataku, turut merasakan bahagia yang membuncah dalam dada.

"Kalau Tuhan memberikan kita rezeki lagi dalam waktu terdekat ini, kamu mahu?"

Aku merangkul tengkuk Steve. Mata kami saling memandang. Aku menatap jauh ke dalam anak matanya. Begitu juga dia, menatap jauh ke dalam anak mataku.

"Aku mencintaimu, Steve. Aku takkan menolak anak yang terbentuk dari cantuman cinta kita. Berapapun aku mahu," kataku.

"Kamu lelaki yang aku cintai. Kamu lelaki pertama dan ku doakan menjadi lelaki terakhir yang aku cintai. Mengenalmu membuat hidupku indah dan berwarna.

Mencintaimu membuat hari-hariku terasa bermakna. Dan memilikimu membuatku takkan mampu memikirkan untuk kehilanganmu, " aku mencium sejenak bibirnya.

"Aku mencintaimu, Steffy Tiffany. Kamu wanita yang aku cintai. Kamu wanita pertama dan ku doakan menjadi wanita terakhir yang aku cintai. Mengenalmu membuat hidupku indah dan berwarna.

Mencintaimu membuat hari-hariku terasa bermakna. Dan memilikimu membuatku takkan mampu memikirkan untuk kehilanganmu, " kali ini Steve  mencium bibirku, lama dan dalam.

" Tak pasti apakah aku mampu menahan diri untuk tidak menyentuhmu selama beberapa bulan ini, Tif, " Steve membuang tubuh di sebelahku.

" Jadi, kalau tak tahan..bagaimana?mahu mencari kepuasan di luar? " aku menduganya.

"Tak pernah terfikir sedikitpun, sayang," Steve memeluk tubuhku.

"Aku akan menunggu. Tapi dengan syarat. Aku mahu penantianku dibalas dengan layanan yang super nanti," katanya diiringi senyuman nakal.

Aku tahu apa maksud tersirat di sebalik ucapannya itu. Dan aku akan menunaikannya dengan tangan terbuka. Kerana dia suami tercintaku.

Vote dan komen.
Selamat membaca.

- THE END-

_______________________________________

Bicara Penulis

"My Only Sunshine" melabuhkan tirai di sini. Sekalung ucapan terima kasih kepada semua pembaca yang telah membaca cerita ini hingga ke endingnya.


Mohon maaf jika ada bahasa di dalam cerita ini yang kurang menyenangkan pembaca.

Akhir sekali, terima kasih kepada readers yang telah sudi menekan vote dan memberi komen bagi setiap bab. Vote dan komen ini telah memberi dorongan pada saya untuk menyiapkan cerita ini.

Thanks, readers. Without readers, author is nothing.

Author :SL/07:36/SAT/31/10/2020








My Only Sunshine (✔️ Complete) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang