MOS 19

1.4K 57 15
                                    

"Apapun yang terjadi padaku nanti, aku mahu kamu meneruskan hidupmu, Steve. Hiduplah dengan bahagia, meski tanpa aku- Steffy Tiffany"

Steve Timothy's POV

Berseri-seri wajah ayah dan ibuku tika mengunjungiku pagi itu. Begitu juga dengan wajah abang dan adik perempuanku.

"Doktor Raven menelefon, mengatakan sudah ada penderma yang sesuai," kata ibuku dengan mata berkaca.

"Mama sangat gembira," katanya seraya mengesat air matanya.

"Betul Doktor Raven mengatakan sudah ada penderma?" Aku sendiri belum dimaklumkan tentang berita gembira itu.

Ibu dan ayahku mengangguk hampir serentak. Jauh di sudut hati, meski masih tertanya-tanya siapa insan berhati mulia itu, namun aku tetap mengucapkan syukur.

" Siapa penderma itu, pa? Doktor Raven ada menyebut namanya?" tanyaku.

Siapapun dia, aku ingin sekali menemuinya. Aku ingin mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Menurut Doktor Raven, penderma memohon agar maklumat dirinya dirahsiakan," aku mengeluh hampa mendengar penjelasan ayahku.

Mengapa begitu ramai orang yang bersikap begini sekarang. Mendermakan organ kepada mereka yang memerlukan tanpa ingin diketahui oleh orang yang menerima organ tersebut.

" Sedang meraikan sesuatu? " Roger tersembul di muka pintu. Tangannya mengganding Lyra.

Namun yang menarik perhatianku bukan Roger mahupun Lyra. Tetapi gadis kesayanganku yang berada di belakang mereka.

"Tiffany?" Mulutku tidak tertahan untuk menyebut namanya.

"Tiffany? Siapa...," ibuku menoleh ke belakang, mengikut arah pandangan mataku.

"Hai, Tiffany," Liona segera bangun mendapatkan Steffy .

"Ma..dia calon menantu mama," katanya, membuat mata ibuku berbinar bahagia.

"Kamu teman wanita Steve?" ibuku menatap lekat wajah Steffy.

Ku lihat Steffy mengangguk sambil matanya melirik kepadaku. Ada gurat sedih pada wajah itu. Ah, andai saja dia tahu bahawa sudah ada orang yang sanggup mendermakan buah pinggangnya kepadaku.

Pertemuan petang itu terasa hangat dan mesra. Keluargaku menyukai Steffy, lebih-lebih lagi ibuku. Dan Steffy juga ku lihat mudah menyesuaikan diri dengan keluargaku.

♥️♥️♥️

Steffy Tiffany's POV

"Ada sesuatu yang ingin aku katakan, sayang, " kata Steve kepadaku.

Tika itu hanya tinggal kami berdua. Keluarga Steve sudah pulang, begitu juga Roger dan Lyra. Aku pula berkeras ingin menemani Steve malam itu.

"Kenapa? Kamu rasa sakit?" Aku menatap risau padaku.

Buah epal merah serta pisau pengupas buah aku letakkan di atas meja kecil di sebelah katilnya.

"Taklah, sayang. Aku okey," dia menyentuh pipiku dengan jemarinya.

" Aku hanya ingin mengatakan bahawa kamu tak perlu risau lagi. Sudah ada seseorang yang sanggup mendermakan buah pinggangnya ," katanya.

"Betul?" Aku pura-pura baru mengetahui khabar gembira itu. Bibirku  mengukir senyum lebar.

"Siapa penderma itu? Kita perlu berterima kasih kepadanya," kataku.

"Penderma meminta agar maklumatnya dirahsiakan," Steve kelihatan sedikit kesal.

"Oh..," aku mengelus lengannya.

"Tidak mengapa, sayang. Siapapun dia, aku bersyukur kerana akhirnya ada buah pinggang yang sesuai buat kamu," kataku menenangkannya.

Aku juga bersyukur kerana buah pinggangku sesuai untuknya. Kini impianku hanya untuk melihat Steve sembuh dan sihat seperti orang lain. Aku berjanji kepada diriku, mulai saat ini hingga ke hari-hari seterusnya aku tidak akan pernah meninggalkannya lagi.

" Setelah aku sembuh, kita akan segera menikah. Kamu mahu? " Steve menggenggam jemariku.

" Ya, aku mahu," aku mengangguk. Siapa yang tidak mahu menikah dengan orang yang dicintai.

"Terima kasih, Tif," dia membawa jemariku ke bibirnya.

"Aku mencintaimu," ucapnya.

"Aku juga mencintaimu," ucapku.

Kami saling menatap. Mata saling memandang sambil bertukar senyuman.

Aku tahu dia sedang bahagia. Namun apakah dia sebahagia ini andai dia tahu bahawa akulah orang yang akan mendermakan buah pinggang untuknya.

Apakah dia akan masih mampu tersenyum jika tahu bahawa akulah orang yang memperjudikan nyawa untuk menyelamatkan nyawanya?

"Kita akan menikah dan punya anak yang ramai, Tiffany," ujarnya lagi.

"Ya, Steve. Kita akan punya anak yang ramai," aku menjawab sambil merasakan kesedihan yang memenuhi relung hati.

Hati tiba-tiba terasa hiba, terkenang bayiku yang sempat ada, namun hanya mampu bertahan seketika di dalam rahimku.

"Kamu kelihatan sedih, sayang," komen Steve.

" Aku gembira. Kamu akan sembuh, Steve," kataku.

Aku tahu, menjadi penderma buah pinggang pasti ada risikonya. Aku mungkin akan selamat, mungkin juga tidak.

Jika aku selamat dan menikah, mungkin aku akan ada peluang untuk mengandung dan memiliki anak. Mungkin juga aku tidak akan ada peluang untuk mengandung lagi.

Namun, apapun risikonya, aku sanggup. Aku rela berkorban demi cinta. Demi melihat lelaki yang aku cintai mampu hidup normal seperti lelaki lain.

"Apapun yang terjadi padaku nanti, aku mahu kamu meneruskan hidupmu, Steve. Hiduplah dengan bahagia, meski tanpa aku," aku berbicara dalam hati sambil menatap dalam ke anak matanya.

Bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Jadi, inilah pengorbananku buat Steve, lelaki pertama dan terakhir yang aku cintai.

Vote dan  komen.
Happy reading.

Tbc...

My Only Sunshine (✔️ Complete) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang