MOS 2

2.2K 55 1
                                    

"Mungkin aku jodohmu yang belum kamu sedari," - Steve Timothy

Steve's POV

Aku memerhati gadis itu mengeluarkan pakaiannya satu persatu dari beg pakaiannya dan menggantungnya di dalam almari. Sungguh lincah tangannya bekerja.

Mataku singgah pada tubuhnya. Dia tidak tinggi, hanya separas bahuku. Tubuhnya juga tidak begitu besar. Namun yang paling aku suka ialah bahagian punggungnya. Terlihat begitu bulat dan berisi.

"Clekuk!" Aku meneguk liur. Betapa indahnya jika suatu hari nanti aku dapat memiliki seorang isteri berpunggung seperti Steffy. Pasti sepanjang malam tidak akan aku lepaskan tanganku dari memeluknya.

"Kamu mahu secawan kopi?" pertanyaannya mengejutkan aku. Betapa lama aku melamun hingga tidak sedar dia sudah berdiri di hadapanku.

"Kopi?" tanyaku. Dia mengangguk. Steffy menunjukkan dua bungkus kopi tiga dalam satu yang berada di tangannya.

"Boleh," kataku.

"Okey," Steffy berlalu ke dapur. Aku mengikutnya dari belakang. Haruman lavender dari tubuhnya menusuk ke dalam hidungku. Wangi dan menyegarkan.

Aku menarik satu kerusi di sebelah meja makan dan melabuhkan punggung di situ. Steffy pula menjerang air menggunakan jug kettle yang ada di dapur.

Diam-diam aku mula mengaguminya. Dia tidak terlalu cantik. Tetapi cukup sedap mata memandang. Wajah bujur sirih dengan bibir berwarna sedikit kemerahan. Rambutnya panjang dan beralun di hujungnya. Kulitnya berwarna kuning langsat, warna kulit yang sangat aku suka.

"Sudah siap," dua mug berisi kopi tiga dalam satu terhidang di atas meja.

Aku memerhatikan Steffy menghirup kopi itu dengan berhati-hati. Steffy memejamkan matanya sambil menggelengkan kepalanya saat air kopi itu mencecah tekaknya.

"Lazat tidak terhingga," katanya. Tanpa sedar, aku mengukir senyum melihat telatahnya. Lucu dan mencuit hati. Apa yang lazat sangat pada kopi? Aku menggelengkan kepala sambil terus senyum menatapnya.

"Kamu tidak mahu mencubanya?" dia bertanya. Mungkin kerana dia melihat kopi di hadapanku belum lagi aku sentuh.

Aku mendekatkan mug ke mulut dan menghirupnya perlahan. Mataku menatap lekat pada wajah Steffy. Dia juga menatapku, menunggu bagaimana reaksiku.

"Sedap," pujiku. Sebenarnya rasa kopi itu biasa sahaja. Cuma kerana orang yang membuatnya sangat manis, maka rasanya juga sangat manis dan enak yang luar biasa.

💕💕💕

Sejak masuk ke dalam chalet kira-kira dua jam yang lalu, aku belum melihat kelibat Lyra, Myra, Roger mahupun Lance. Mungkin pasangan itu benar-benar memanfaatkan waktu ini untuk berdua-duaan di dalam bilik masing-masing.

Hmm.. Seronok jika bercuti dengan pasangan yang dicintai, aku mengeluh dan menguak daun tingkap yang menghadap ke arah laut.

Nun di sana, di tepi pantai aku melihat Steffy sedang berjalan bersendirian sambil sesekali berswafoto. Rambutnya yang dilepaskan begitu sahaja kelihatan berterbangan ditiup angin. Cantik, aku berbicara sendiri.

Aku mencapai topi dari dalam beg dan mengambil telefon bimbitku. Kakiku melangkah menghampiri Steffy.

"Hai," sapaku. Dia menoleh dan tersenyum. Ke dua pipinya kelihatan merah. Dia terlihat sangat manis.

"Hai," balasnya pendek.

"Kamu suka pantai?" Steffy mengangguk.

"Kamu?"

"Aku juga suka pantai. Kerana aku sukakan bunyi ombak," kataku. Dia menatapku sejenak.

"Kita banyak persamaan ," katanya kemudian.

"Really?" Dia mengangguk. Sebenarnya aku lebih sukakan kamu, Tif, aku bermonolog dalam hati.

Pantai indah. Bunyi ombak juga merdu. Tetapi keindahan pantai dan kemerduan bunyi ombak bukan sesuatu yang dapat ku miliki atau aku cintai.

"Kamu benar belum berpunya, Tif?" aku mengalihkan topik perbualan kami.

"Belum. Jodohku belum sampai. Mungkin jodohku masih tinggal di luar negeri," dia tertawa kecil. Aku turut tersenyum.

"Atau mungkin sudah ada di depan mata. Cuma kamu belum menyedarinya," kataku. Dia berhenti melangkah.

"Kamu? Kamu jodohku?" Dia menunjuk dadaku dengan jarinya, sebelum jarinya menunjuk pada dirinya sendiri.

"Kalau aku jodohmu, kamu mahu?" aku menduganya.

"No," dia menggelengkan kepalanya.

"Why?" Aku dan Steffy kini melabuhkan punggung di bawah sepohon pokok ru.

"Aku tidak suka dijodohkan," katanya.

"Kita tidak dijodohkan. Kita dipertemukan," bantahku. Steffy menunduk. Dia menguis-nguis pasir di hadapan kami dengan ranting kecil yang baru sahaja dikutipnya.

"Aku tahu Lyra dan Roger sengaja mengatur pertemuan kita," katanya.

"Ya, betul. Aku juga tahu," kataku berterus-terang.

"Kamu tahu?"

"Roger memujukku ikut serta. Katanya ingin menperkenalkan aku dengan teman Lyra."

" Dan kamu setuju?"

"Kamu juga setuju untuk bertemu denganku, bukan begitu?" soalku. Steffy menggelengkan kepalanya.

"Lyra dan Myra membohongiku. Mereka mengatakan sepupu Roger seorang perempuan," katanya dengan pipi yang semakin merah. Dia mengetap bibirnya.

Penjelasan Steffy membuatku terkejut. Patutlah gadis ini kelihatan pucat tika pertama kali diperkenalkab padaku. Kini aku tahu mengapa dia gugup tika ku beritahu bahawa kami akan menginap berdua di dalam satu chalet. Rupanya dia tidak tahu bahawa akulah teman sebiliknya yang akan menemaninya sepanjang seminggu dia berada di sini.

"I'm sorry, Tif. Aku fikir kamu tahu tentang 'kita'," kataku. Aku menatap wajahnya. Timbul rasa kasihan terhadapnya. Dia ditipu mentah-mentah oleh Lyra dan Myra.

"Jadi, bagaimana? Mahu bertanya pada pemilik tempat ini, mungkin ada chalet kosong untuk kamu?" Aku tidak mahu Steffy berasa tidak selesa berdua denganku di dalam chalet kami. Lebih-lebih saat aku tahu dia tidak benar-benar rela dengan pertemuan kami.

"Mari," aku bangun. Namun Steffy masih tidak berganjak. Dia mendongak memandangku.

"Ke mana?"

"Kita tanyakan jika ada chalet kosong untuk kamu," jelasku.

"Aku takut tinggal sendiri di tempat ini," katanya perlahan. Matanya menatapku, seolah-olah minta dikasihani.

"Kamu tidak kisah kita tinggal berdua selama seminggu ini? Bagaimana nanti jika terjadi sesuatu antara kita?" Steffi mengalihkan wajahnya. Lihat, dia sudah pucat lagi.

"Aku hanya bergurau, Tif. Aku janji, kita akan tinggal sebagai sahabat. Sahabat tidak ' bercinta' dengan sahabat," kali ini barulah dia tersenyum kembali.

Tapi aku lelaki normal, Tiffany. Asal kamu jangan goda aku. Kalau kamu goda aku, aku tak janji aku akan menolak.

Vote dan komen.
Happy reading.

Tbc...

My Only Sunshine (✔️ Complete) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang