"Apapun yang menjadi takdirmu,
akan mencari jalan untuk menemukanmu."-Saidina Ali Abi Talib-
☘️☘️☘️
Novel yang bertajuk 'Kerna Syurga Bukan Percuma 3' itu ditutup berserta keluhan yang dilepaskan daripada insan bernama Aqila Nuwaira itu.
"Hua, tergantung lagi!" gumam Aira. Dia menjangka buku ketiga terbitan yang sama itu bakal menemui pengakhiran, rupanya penulis itu lebih memilih untuk memanjangkan lagi cerita tersebut. Nampaknya, terpaksalah Aira bersabar menunggu siri ke-empat pula.
Huh, dugaan betul!
Pin!
Bunyi hon kereta itu membuatkan Aira menggapai tudung Ariani di birai katil dan bergegas turun ke ruang tamu.
"Ya Allah, Aira! Perlahan sikit! Nanti jatuh!" pesan Puan Aisyah yang turut mengenakan telekung menuju ke arah pintu, sehaluan dengan Aira.
"Ya, ummi. Aira tak sabar nak jumpa abi!" ujar Aira dengan gembira. Sudah seminggu dia tidak berjumpa dengan Tuan Hanafi kerana abinya itu pergi menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pendakwah di kawasan pedalaman.
"Abi!"
Tuan Hanafi yang sedang menurunkan beg dari bonet itu tersenyum melihat anaknya itu.
"Aira sihat?" tanya Tuan Hanafi, tangan kanannya itu Aira cium.
"Alhamdulillah, sihat abi." ujar Aira. Puan Aisyah turut menyalami suaminya itu.
"Mana Adam?" soal Tuan Hanafi, hairan melihat isteri dan anak perempuannya saja yang menyambutnya.
"Adam tunggu juga abang tadi, cuma saya yang mintakan dia beli barang sikit kat kedai." beritahu Puan Aisyah. Tuan Hanafi mengangguk faham.
"Nah, tolong abi bawa bagasi abi." sebuah beg bagasi disuakan pada Aira.
"Oke Abi!" Aira mengheret bagasi itu menuju ke pintu rumah.
"Macamana dengan kegiatan dakwah abang kat Pahang?" tanya Puan Aisyah sebaik sahaja kelibat Aira masuk ke dalam rumah dengan membawa bagasi.
"Syukur, alhamdulillah. Kami pergi ke perkampungan orang asli kat Kampung Pareh. Semua orang asli kat sana majoriti menerima dengan baik." ujar Tuan Hanafi sambil mengukirkan senyumannya. Puan Aisyah turut mengucapkan rasa syukur.
"Baguslah, abang. Moga terbukalah hati mereka menerima Islam."
Tuan Hanafi tersenyum mendengarkan kata-kata isterinya itu. Terimbas kembali kisah silamnya beberapa dekad yang lalu.
20 tahun yang lalu...
Hansol mengenggam tangannya erat. Dia kini berdiri betul-betul di hadapan pintu gerbang Seoul Central Mosque.
Betulkah keputusan yang dibuatnya?
"Kau dah fikir masak-masak? Yang ni kemahuan kau, bukan atas sebab-sebab lain?" soal Kim Jaehan atau nama Islamnya, Daud Kim sambil menepuk pelan pundak sahabatnya itu.
Hansol menutup matanya sebentar, mengumpul kekuatan.
"Ya, aku bersedia. Aku menerima Islam kerana kerelaan. Bukan atas paksaan atau apa-apa." ujar Hansol tenang.
"Jom,"
//
"Apa? Jangan main-main Hansol! Benda macam ni tak boleh main-main!" Tuan Kim sudah mengamuk. Baru sahaja tadi dia gembira kerana anaknya telah pun pulang dari universiti di negara Malaysia setelah dua tahun menyambung pelajaran, namun wajahnya itu kini berukar bengis setelah pengakuan yang diujarkan oleh anaknya itu.
YOU ARE READING
precious RAIN √
Fanfiction[Completed] Berada di sebuah pulau yang dikawal ketat oleh agensi terbesar, siapa sangka itu adalah sebuah pengalaman terindah bagi seorang gadis bernama Aqila Nuwaira Kim? Start : 18 Ogos 2020 End : 29 November 2020