"Hal sederhana yang boleh membuatkan kita bahagia adalah berhenti membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain. Dan, belajarlah untuk mensyukuri apa pun yang kita miliki."
☘️☘️☘️
"Korang nak tahu? Yoongi tengok Aira tadi tak berkedip,"Serentak keenam-enam mereka ketawa terbahak. Yoongi apa lagi? Malu sangat.
"Yah! Ni first time aku jumpa gadis Korea pakai kain tu tau!" Yoongi mempertahankan dirinya. Ya, ini kali pertama.
"Alah, kiteorang pun sama. First time gak, tak lah macam kau." Seokjin menampar lengan Yoongi. Yoongi mengusap lengannya yang ditampar.
Semua ketawa serentak. Mengertawakan Yoongi.
"Ok dah-dah. Jom siap-siap nak naik bot pula petang nanti," Jimin bersemangat. Sudah lama mereka tidak naik bot.
"Lek lu. Awal lagi. Nak tengok tv. Namjoon! Jadi our translator cepat!" Seokjin membuka televisyen dengan remote. Terpampang jelas skrin televisyen itu membuatkan yang lain memandang tepat pada skrin itu.
"Wei ni citer semalam!" kata Hoseok. Dia sudah menyandarkan tubuhnya pada sofa.
"Wae? Citer apa ni?" soal Jimin dan Seokjin serentak.
"Cerita ni serius menyakitkan hati! Camni..." Taehyung membuka cerita sehinggalah sampai part yang mereka terlepas semalam. Pelbagai jenis teriakan dan kata-kata kasar keluar dari mulut mereka selepas mendengar terjemahan dari Namjoon.
Ketukan luar pintu berjaya menyedarkan mereka yang sedang 'melayan' drama di kaca televisyen. Mujurlah drama itu telah pun habis. Kalau tidak tidak berganjak la meskipun seorang untuk membuka pintu.
"Ya?" Jimin membuka pintu. Itu pun mereka bertujuh bermain batu, kertas dan gunting. Fikir ada ke yang buka pintu dengan rela hati? Huks.
"Lima minit lagi bersiap!"
Laungan dari manager membuatkan mereka kelam kabut, sehinggakan televisyen yang mereka tonton tidak ditutup.
****
"Aira, abang pergi tandas kejap. Duduk sini diam-diam." Adam bingkas bangkit dari bangku bersebelahan dengan taman. Setelah berbual sakan dengan ahli BTS itu, mereka ke kedai kemudiannya bersiar-siar dan duduk di salah satu bangku di taman itu.
"Ok," balas Aira singkat. Dia masih menikmati aiskrim berperisa vanilla yang dibeli. Sejuk dan nyaman.
Dari jauh, Aira ternampak seorang wanita dalam lingkungan 20 an sedang duduk di bangku berdekatan dengannya sambil memakai headphone. Rambut
perempuan paras bahu tu berwarna blonde, memakai seluar jeans paras lutut dan baju t-shirt lengan pendek. Aira memandang jelas ke arah perempuan itu. Sangat putih seperti Yoongi.Tanpa Aira sedar, wanita itu menatap sembari melemparkan senyuman sekilas ke arahnya. Tanpa ragu-ragu Aira membalas senyuman itu dan mengambil langkah berani ke arah wanita itu.
"Hai unnie," sapa Aira. Terbeliak mata wanita itu mendengarkan teguran Aira.
"Adakah saya menganggu?"
"Ko... ko...rea?" tergagap dan Terkebil-kebil wanita itu dibuatnya. Aira mengangguk tanpa ragu.
"Nama saya Aira," Aira menguntumkan senyuman.
YOU ARE READING
precious RAIN √
Fanfiction[Completed] Berada di sebuah pulau yang dikawal ketat oleh agensi terbesar, siapa sangka itu adalah sebuah pengalaman terindah bagi seorang gadis bernama Aqila Nuwaira Kim? Start : 18 Ogos 2020 End : 29 November 2020