15 | Idola

144 52 3
                                    

"Apa yang hadir, Apa yang pergi,  Semuanya mengajar satu manfaat buat diri kita yang laluinya,Walaupun ia sukar di tafsir pada manusia.Tidak mengapa, Dirimu difahami dan diketahui oleh Yang Maha Kuasa."

️☘️☘️☘️


"Hai,"

Aira menoleh ke arah si pemanggil. Dia baru sahaja selesai membasuh tangan di wastafel yang terletak tidak jauh dari tempat makan.

"Oh, Namjoon oppa!" Aira menundukkan sedikit tubuhnya sebelum mengukrkan senyuman.

"Namjoon oppa sorang je ke?"

"Tak. Ada yang lain kat sana," Namjoon menundingkan jarinya ke arah meja hujung yang dipenuhi dengan set rakaman dan staff mereka. Para member pula sedang bergelak sakan di meja mereka.

"Oh, ada apa jumpa Aira?" soal Aira sambil tangannya mengelap tangan dengan tisu yang sempat diambil di wastafel.

"Aira lepas ni ada apa-apa tak? Kami ingat nak ajak sembang," tutur Namjoon.

Aira fikir sejenak. "Oh, ada. Pukul 2.00 petang nanti Aira dengan Adam nak snorkeling. Oppa semua ada tak aktiviti tu?"

Namjoon menggeleng. "Oh snorkeling...Hurm... Ada,"

Aira menjadi teruja. "Yakah? Boleh la kita menyelam sama-sama!"

"Baguslah, idea yang menarik!"

Namjoon tersengih. Sebenarnya mereka sudahpun snorkeling, namun its okay. Boleh mohon pada staff. Artis kesayangan kan!

****

"Wah, jinja. Kena menyelam lagi?" Hoseok buat muka. Kata-kata yang keluar dari mulut Namjoon cukup membuatkan dia terkedu seketika.

"Sekali sekala. Sebab Aira dan Adam join juga. Kesian la tengok dieorang berdua je yang snorkeling. Dahlah keluarga dia je ada kat sini," sokong Jimin.

"Eo? Aira dan Adam snorkeling?" Dahi Hoseok berkerut.

"Haah. Hyung nak ikut jugak ke?" soal Jimin risau. Bukan dia tak tahu Hoseok jenis yang mabuk laut.

"Boleh juga. Sebab bosan juga duk sorang-sorang. Semalam ada dieorang berdua temankan,"

"Eoo sebab tu la hyung makan aiskrim tu?" Jungkook menyoal.

Semalam Hoseok dengan selambanya datang ke arah mereka sambil menikmati aiskrim yang berbau itu membuatkan mereka berempat kecuali Jimin dan Seokjin menekup mulut. Hoseok hanya tertawa sahaja.

"Haah, free pulak. Ko ade?" Hosoek mengejek lalu tertawa.

"Ew," Yoongi mencebik.

"Tapi seriusla hyung nak menyelam jugak?" Taehyung bertanya.

"Ani (Tidak). Tengok kat tepi jeti je," Hoseok menggelengkan kepalanya. Boleh pengsan dia kalau turut menyelam.

"Nasib baiklah staff bagi. Lagipun lewat lagi shooting," ujar Seokjin. Bosan juga kalau menghabiskan masa di dalam bilik. Nak tengok tv tak ada translate!

"Kajja(Jom)! Kita dah lambat!"


****

Di sinilah Aira dan Adam sekarang. Sudah lengkap berpakaian snorkeling dengan bantuan para staff yang bertugas di resort. Puan Aisyah dan Tuan Hanafi tidak melepaskan peluang itu.

precious RAIN √Where stories live. Discover now