18 | Manusia dan Hidup

168 51 5
                                    

Last chapter.

Sekadar pengetahuan, jalan cerita hanyalah rekaan semata-mata dan doakan yang terbaik untuk kita dan mereka.

We all knows where we are from ♥

☘️☘️☘️

Buku teks Pendidikan Syariah Islamiah dibelek satu persatu. Buku tulis di sebelahnya masih kosong. Ditatap dan dibaca satu persatu isi di muka surat itu. Mereka sekarang berada di dalam kapal terbang, menuju ke Korea Selatan.

"Apa Aira buat ni?" Adam di sebelah seat Aira bertanya. Pelik benar dia dengan adiknya yang satu tu. Ada ke buat homework dalam kapal terbang? Buku tulis yang kosong itu dibelek.

"Kerja sekolah." kata Aira tanpa memandang Adam. Dia sibuk meneliti buku teks yang bertulisan Jawi itu.

"PSI?" Adam melihat tajuk yang terpapar pada halaman hadapan buku itu.

"Haah, subjek baru."

"Oh," Adam tersenyum. Dia meminta buku itu daripada Aira dan membelek halaman satu persatu. "Rindunya nak belajar ni-"

"Best ke belajar ni?" Aira memandang ke arah Adam yang masih membelek-belek buku itu.

"Best, banyak ilmu yang kita dapat. Nama pun Pendidikan Syariah Islamiah. Mestilah banyak tentang Islam. Ada banyak perkara yang kita tak tahu kita belajar.

Tengok ni. Mula-mula kita akan belajar bab Akidah lepastu bab Usul Fiqh, Ayat Hukum, Feqah, Hadis Hukum dan Sejarah Perundangan Islam. Dan setiap bab tu akan ada topik-topik kecil yang berkaitan."

Aira mengangguk sahaja.

"Aira dah belajar sampai bab mana dah?"

"Ada kerja pasal macamana nak tuntaskan teori Carles Darwin tentang manusia itu daripada beruk."

Adam senyum sejenak.

Teori Darwin terhadap asal-usul manusia amat tidak menyenangkan kerana keimanan hanya membenarkan bahawa manusia adalah keturunan Adam iaitu khalifah fil 'ardh. Walau bagaimanapun, dalam dunia sains, pemerhati sejarah alam semulajadi (Natural History) telah menyaksikan banyak bukti pemerihalan evolusi penyebaran spesies dan kepupusan di seluruh dunia sebagaimana Teori Darwin dan Teori Wallace.

Konflik ini menjadi asbab tiada yang berani bangkit untuk membawa pencerahan kepada bukti-bukti pandang alam tersebut dan perkaitannya dengan manusia, manakala pensekularan sains dengan agama mengaburi pengetahuan sejarah alam yang memberi dampak kepada bidang biologi.

Sebenarnya, Al-Qur'an telah memberikan gambaran tentang kehidupan di bumi malah menyatakan dengan jelas bahawa tamadun-tamadun manusia terdahulu adalah jauh lebih maju daripada yang dinikmati sekarang. Ini bercanggah daripada yang diperihalkan oleh ahli sejarah disebabkan kerangka yang mendasarinya adalah kerangka evolusi Darwinian.

Apa yang perlu sekarang adalah satu kerangka dalam menyangkal teori-teori tersebut berdasarkan pendekatan Sains Tauhidik. Kertas ini bertujuan membawa satu pencerahan yang 'radikal' tentang kejadian manusia berbanding makhluk lain melalui pendekatan "elemental"; "divisional" dan "historical" dan akhir sekali melakar pohon leluhur hidupan (The Tree of Life) yang lebih nyata (tanpa kehadiran manusia),

"Macam ni jawapan dia,"

Adam menerangkan satu persatu kepada Aira dan meminta adiknya itu menulis nota ringkas.

"Asal kejadian manusia menurut Al-Quran, iaitu manusia berasal daripada nabi Adam dan isterinya Hawa. Manakala teori Charles Darwin menyatakan manusia berasal daripada beruk adalah TIDAK BENAR.

precious RAIN √Where stories live. Discover now