19 | Epilog

180 48 4
                                    

"Semua manusia akan mati. Siapapun mereka, setinggi mana pun darjat mereka di dunia, semuanya akan mati.

☘️☘️☘️



Beberapa bulan kemudian..


Cuaca di Korea amat sejuk. Meskipun ia sudah terbiasa di kalangan penduduk sana, namun tidak bagi Aira dan Adam. Lebih 10 tahun hanya menyesuaikan diri dengan iklim Khatulistiwa, tidak dengan iklim di negara Ginseng itu.

"Sejuk?" soal Adam pelan kepada Aira. Mereka berdua menggunakan jaket yang sangat tebal.

Aira mengangguk pelan. Tangannya yang memakai sarung tangan, dimasukkan pula ke dalam poket jaket.

Adam tertawa kecil. Dia juga membuat perkara yang sama dengan Aira. Mereka kini berada di kota Seoul. Sengaja Adam mahu mengajak Aira berjalan-jalan di negara asal mereka. Mereka telah meminta kebenaran dengan Tuan Hanafi dan Puan Aisyah.

Alhamdulillah. Sebaik sahaja mereka tiba di Korea dan menuju ke rumah haelmoni dan abeoji mereka ketika itu, mereka disambut dengan baik. Bahkan haelmoni dan abeoji mereka telahpun mengucap kalimah syahadah di hadapan ustaz pada hari itu juga. Semuanya dengan izin Allah SWT. Allahuakhbar. Dan sejak itu, mereka membuat keputusan untuk berpindah dan menetap di Korea.

"Walaupun dah berbulan duduk di sini, tapi still rasa tak biasa." ujar Aira.

"Jom, pergi jalan-jalan. First time kita pergi Seoul ni tanpa ummi abi. Travel la katakan."

Aira mengangguk. Digenggamnya tangan Adam yang memakai glove berbulu. Hangat.

"Eo? Itu..." Aira menunjukkan sebuah papatanda di mana ada wajah-wajah yang mereka seakan kenali.

"BTS hyung?"

Mereka mendekati papatanda itu. Jelas kelihatan wajah-wajah member BTS.

"Mereka famous dekat Korea rupanya. Sebabtu la dieorang asyik tanya kita kenal tak mereka," Aira tersenyum kagum.

"Rezeki Allah SWT, Allah SWT beri kepada hambaNya yang berusaha. Abang dah baca semuanya tentang dieorang." tutur Adam.

"Allah SWT Maha Adil. Apa yang diusahakan oleh seseorang hambaNya, akan ditunaikan jua. Allahuakhbar."

Walaupun mereka mempunyai nombor member BTS, mereka tidak membina group chat kerana tahu bahawa pastinya para idol itu sibuk. Aira dan dan Adam tidak pernah lagi berhubung dengan mereka.

Mereka kembali berjalan di sekitar kota Seoul itu. Sehinggakan mereka menuju ke salah satu masjid yang berada di situ.

Seoul Central Mosque. Merupakan masjid tertua di Korea Selatan.

"Cantiknya masjid kat sini. Aira jadi rindu pula masjid di Malaysia. Di mana-mana akan ada. Begitu juga dengan surau," ujar Aira.

"Majoriti masyarakat Korea tidak menganut agama. Dan populasi Islam di sini tak ramai. Aira tahu kan? Jadi kita mestilah sebarkan Islam secara perlahan melalui segala aspek yang menyenangkan. Kita jalankan tanggungjawab Rasulullah SAW. Macam abi," bahu Aira dipeluk Adam. Aira tersenyum. Menyetujui bicara Adam.

Mereka kembali berjalan sehinggalah mereka tiba di sebuah gedung yang sangat besar terletak di tepi jalan utama.

Terpampang jelas nama gedung tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Terpampang jelas nama gedung tersebut.

Bighit Entertaiment.

"Eh, inikan..." Adam menghentikan kata-katanya.

"BTS oppa punya agensi," sambung Aira teruja. Dia melebarkan senyumannya teruja dan mendongak pandangannya untuk melihat gedung itu.

Subhanallah!

Sedang asyik terpengang dengan keindahan dan keunikan gedung itu, tiba-tiba hujan menitis menandakan hujan akan turun. Semakin lama semakin lebat.

"Yah, Aira! Jom cari tempat berteduh!"

Mereka berdua tiba di halte bas berdekatan. Hanya mereka berdua sahaja di situ. Hujan semakin lebat.

"Peluk abang kalau Aira rasa sejuk," Aira menuruti arahan Adam. Jujur dia berasa sangat sejuk. Begitu juga dengan Adam. Mereka berdoa agar mereka baik-baik sahaja.

Tiba-tiba ada sebuah kereta mewah berhenti betul-betul di hadapan mereka membuatkan mereka tercengang.

"Siapa tu?" soal Aira takut. Dia mengetatkan pelukan pada Adam.

"Jangan risau, abang ada." Ada cuba menenangkan Aira. Namun, kelibat dua orang yang memakai mask hitam dan kaca mata hitam yang keluar dari perut kereta dan menuju ke arah mereka menambahkan lagi kegelisahan mereka. Dalam hati, mereka berdoa supaya Allah SWT melindungi mereka.

"Adam? Aira?" salah seorang dari mereka melepaskan mask dan juga kaca mata hitamnya.

"Namjoon oppa?"

"Namjoon hyung?"

"Akhirnya kita berjumpa semula,"

Aira tersenyum haru. Kemudian dia memandang ke arah seorang lagi iaitu Jimin dan menoleh ke arah perut kereta, di mana ahli-ahli lain melambai ke arah mereka.

Allahuakhbar.

Dibawah titisan hujan, mereka dipertemukan semula dengan izin Allah SWT.











This is what we call
precious RAIN....









Nak tanya, macamana dari mula korang baca this story? Feeling?

Terima kasih semuanya, sengaja yaya tambah Special Part untuk pertemuan mereka. Tak seronok lah tergantung kan.

Btw terima kasih sekali lagi. Moga dipermudahkan segalanya.

precious RAIN √Where stories live. Discover now