'Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati, yang kadangkala boleh membinasakan diri. Perkara utama yang harus kita fikirkan adalah menerima sesuatu dan membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.'
☘️☘️☘️
"Huh," Aira mengeluh bosan. Tidak menyangka Adam sudah pun tertidur selesai sahaja makan tengah hari tadi. Sejak tadi Adam muntah kerana termakan udang. Ya, abangnya itu ada alahan udang. Terasa bersalah Puan Aisyah dan Tuan Hanafi kerana tidak memaklumkan hal itu kepada staff resort. Mujurlah ubat alahan Adam selalu dibawa ke mana-mana.
"Abang Adam dah ok?" soal Aira, kamera DSLR masih digantung di lehernya yang mengenakan tudung shawl. Pagi tadi mereka telah pun merancang untuk bersiar-siar di sekitar resort namun melihat keadaan Adam sebegini, Aira berasa sedikit kecewa.
"Dah, cuma dia perlukan rehat." balas Puan Aisyah. Tangannya mengusap ubun-ubun Adam yang berbaring lena di ribanya.
Tuan Hanafi pula sudahpun keluar atas urusannya. Sudah menjadi kebiasaan, dan akan balik selepas Maghrib.
"Ummi, Aira nak jalan-jalan boleh?" Aira meminta izin, lagipun dia mahu meneroka pulau ini meskipun tidak bersama Adam.
"Pergilah Aira, baca selawat dan ayat Kursi tu. Hati-hati." pesan Puan Aisyah. Niatnya mahu menghalang sahaja kegiatan Aira namun melihat Aira yang kelihatan bosan itu dia biarkan saja.
"Baik. Terima kasih ummi!" Tangan Puan Aisyah dicium dan sekilas dia mengucup dahi Adam.
"Cepat sembuh ya abang! Esok boleh teman Aira pergi jalan-jalan!"
Kakinya melangkah keluar dari tempat penginapan, Aira dapat merasakan angin sepoi-sepoi bahasa mula menerpa tubuhnya. Dia kemudian turun meninjau sekeliling. Tanpa dia sedari, dia sudahpun berjalan di segerombolan orang yang kelihatan asing yang tempatnya tidak ubah seperti set rakaman. Dengan berbelas kamera pelbagai jenis dan drone.
'Uish,'
Aira kagum sendiri. Dia kemudian melangkahkan kakinya ke arah kawasan taman berhampiran resort. Kamera yang digantung pada lehernya sedari tadi dihalakan pada kawasan persekitaran itu.
Klek!
Aira tersenyum sendiri. Kemudian dia melangkah lagi, menuju ke mana-mana destinasi yang menarik perhatiannya. Mujurlah GPS sudah disetkan pada telefonnya, jadi tidaklah dia tersesat ketika berjalan-jalan.
10 minit berjalan, Aira duduk di sebuah kerusi malas. Di situ tiada kelibat orang, cuma kedengaran samar-samar suara. Dia kepenatan, dikibas sedikit hujung tudungnya supaya menghasilkan sedikit angin meskipun angin pada petang itu nyaman.
"I'm sorry ma'am, but this is my place..."
Aira mendongak sebaik sahaja terdengar satu suara yang menegurnya.
Kelihatan seorang lelaki lingkungan 20-30 an berdiri di hadapannya. Mengenakan kaca mata hitam. Dengan rambut berwarna coklat perang dan telinga bertindik.
"Oh, maafkan saya..." Aira lupa bahawa bukan dia sekeluarga sahaja yang ada di pulau ini. Pantas dia berdiri dan menundukkan kepalanya. Lagipula, bahasa yang digunakan Aira untuk membalas lelaki tadi adalah bahasa Korea.
"Wait... you can speak Korean?"
Aira mengangguk laju meskipun dia berasa berdebar dan takut.
Meskipun Aira dan abangnya Adam lahir di Malaysia tapi mereka diajar dari kecil dalam bahasa Korea. Mereka belajar dan bercakap bahasa Melayu di sekolah dan ketika membeli barang, namun di rumah mereka tetap berbahasa Korea.
YOU ARE READING
precious RAIN √
Fanfiction[Completed] Berada di sebuah pulau yang dikawal ketat oleh agensi terbesar, siapa sangka itu adalah sebuah pengalaman terindah bagi seorang gadis bernama Aqila Nuwaira Kim? Start : 18 Ogos 2020 End : 29 November 2020