09 | Aiskrim Durian

156 63 14
                                    

"Ombak itu tidak besar, cuma perahu kita yang kecil. Ujian Tuhan tidaklah berat, cuma iman kita sahaja yang lemah."

☘️☘️☘️

Adam berjalan di persekitaran resort sambil kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Langit pula kelihatan keorenan tanda hampirnya senja. Suasana resort pula agak lenggang. Dia kemudian berjalan menuju ke arah kedai serbaneka beroperasi 24 jam yang tersedia di tempat itu.

Dia mengapai sekotak air berperisa milo dari peti sejuk namun sebaik sahaja dia mahu berpaling ke arah peti aiskrim, kelihatan dua orang lelaki sedang berdiri di hadapan peti itu.

"Jimin dan Seokjin hyung?" serentak kedua-dua lelaki itu berpaling.

"Eo, Adam? Buat apa kat sini?" soal Seokjin.

"Beli air, pastu nak beli aiskrim kat Aira nampak hyung berdua kat sini." jelas Adam.

"Hyung nak beli aiskrim ke?"

"Haah, tapi tak tahu nak pilih yang mana, maklumlah semuanya takde dari Korea hehe. Yang tu perisa apa Adam? Tak pernah nampak. Sedap tak?" Jimin menunding ke arah timbunan aiskrim yang berperisa. Adam menoleh ke arah yang dimaksudkan.

"Oh, yang tu perisa buah durian."

"Durian?" Jimin dan Seokjin berpandangan. Tidak pernah pula mereka mendengar buah seperti itu selama ini.

Adam mengangguk. "Haah, kat Malaysia buah ni raja segala buah tau. Buah ni paling digemari orang sini."

"Tapi ada juga yang tak suka buah ni. Atas cita rasa. Saya makan tapi Aira tak."

"Wah, Jimin ah. Kita kena rasa." Seokjin menyinggung bahu Jimin perlahan. Jimin tersengih lalu mengambil dua batang aiskrim.

Sementara itu, Adam menggaru kepalanya, macam mana ya reaksi dua orang jejaka Korea itu apabila merasa durian? Tepati atau tidak citarasa orang Korea.

Ketiga-tiga mereka keluar dari kedai itu setelah melakukan pembayaran.

"Aigo... (Oh)," Jimin mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

Seokjin dan Adam menoleh ke arah Jimin. "Wae(Kenapa)?"

Sebuah plastik makanan kecil yang dibungkus kemas berisi seketul daging. "La, aku lupa nak makan. Elok lagi ni. Tapi aku nak makan aiskrim."

"Daging lebih yang staff bagi tadi ke?" soal Seokjin.

Jimin mengangguk. "Hyung nak?"

Seokjin menggeleng. Kemudian dia menjuihkan bibirnya ke arah Adam.

"Adam nak?" Adam memandang ke arah plastik kecil yang dipegang Jimin itu. Daging itu kelihatan elok.

Tapi...

"Maaf, saya tak boleh makan daging tu." tutur Adam sambil membuat gaya tidak mahu dengan tangannya.

Seokjin dan Jimin berpandangan. Kenapa pula?

"Itu daging khinzir kan?"

Seokjin mengambil plastik itu dari Jimin dan melihat isinya. Sah, memang daging khinzir.

"Itu daging khinzir. Saya diharamkan untuk makan,"

"Aik kenapa?"

"Saya tak boleh makan daging itu, em... Ianya memudaratkan kesihatan..."

Adam diam sejenak. Alamak! Terlepas cakap! Dia sebolehnya tidak mahu berkata begitu kerana pastinya mendatangkan ketidakselesaan kepada dua orang lelaki di hadapannya ini.

precious RAIN √Where stories live. Discover now