02 | Pertemuan

164 72 13
                                    


'Hiduplah sebagaimana semahumu, tetapi ingatlah, bahawa kita akan mati. Dan cintailah siapa yang kamu sukai, tapi ingat, kamu akan berpisah dengannya. Dan lakukan apa yang kamu mahu, tetapi ingat kamu pasti akan menerima balasannya nanti.'

-Imam Ghazali-

☘️☘️☘️

Suasana kelas 4 Harmoni riuh kerana guru mereka tidak hadir. Mahu diganti oleh guru lain, semua guru mempunyai kelas pada waktu itu.

Aira menghela nafas halus, tudung berwarna coklat dan blazzer coklat kehitaman itu dia kibas sedikit.

"Tengok tak MV dieorang semalam? Weh, takleh weh aku tengok muka dieorang, nak pengsan weh!"

Aira memasang telinga. Suara-suara yang bergosip di belakang cuba difokuskan.

"Haah, Ya Allah! Kenapa lah dieorang semua ni cute, hot dan seksi sangat ni?? Aku tak kuat! Serius weh gigil satu badan aku!"

"Nak-nak V, ya ampun! Kalau ada depan aku ni dah lama pengsan!"

Aira mendengus halus. Dia sendiri tidak mengerti kenapa rakan-rakannya itu terlalu minat dengan Kpop.

Aira tidak mahu mengambil tahu tentang Kpop, yang dia tahu Kpop itu berasal dari negara asalnya sendiri. Iaitu Korea Selatan.

Tapi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai itu Aira tidak mahu ambil tahu. Seolah-olah tidak berminat. Bagi Aira, kenapa perlu meminat manusia?

Setiap hari dan saat, Aira akan mendengarkan lagi perbualan itu. Bukan dia tidak kenal rakan-rakan sekelasnya itu.

April, May dan June. Tiga nickname mereka sempena menjadi ahli Kpop. Lagipun nama tu diambil sendiri dari bulan kelahiran mereka.

"Aira, awak pergi mana cuti dua minggu depan?" soal Farra, tablematenya yang baru sahaja tiba dari tandas.

Aira tersentak, mujur tidak kantoi yang dia sedang mendengar gosip orang belakang. Namun dia berjaya mengawal reaksi mukanya.

"Pulau Manukan dekat Sabah," ujar Aira sepatah sambil mengukir senyumannya.

"Wah, best. Saya pula kat Pulau Langkawi." beritahu Farra antusias.

Aira senyum saja, lagipun dia pernah ke Langkawi beberapa waktu lalu.

"Assalamualaikum, boleh saya nak jumpa Aira?" semua mata memandang ke arah si pemilik suara yang sedang berdiri di hadapan pintu kelas.

Adam Daniel Kim, Pelajar Tingkatan Enam merangkap Ketua Pelajar yang sangat disegani dan diminati ramai. Rupanya seiras dengan Seokjin BTS dan sudah semestinya digilai ramai para gadis di sekolah.

"Hensemlah abang awak tu! Macam Seokjin BTS," Farra mencubit lengan Aira. Aira hanya tersenyum kecil. Meskipun dia tidak pernah mengenali siapa yang dimaksudkan oleh rakannya itu.

"Waalaikumussalam, eh Seokjin oppa!" geng gosip Kpop belakang tadi menjawab sambil tersenyum gedik. Ada yang melambai-lambai.

Meskipun Aira yang merupakan adik kepada Adam berada di kelas bersama mereka, mereka tidak pernah menganggu Aira semata-mata untuk rapat dengan Adam. Mereka tidak mahu Aira berasa tidak selesa. Dapat sekelas dengan Aira itu sudah dikira beruntung.

Aira itu tipikal orang yang ramah namun juga tegas. Kerana sifat Aira yang kelihatan agak serius itu juga antara sebab mereka tidak terlalu menganggu Aira.

Adam hanya mampu tersenyum sahaja, sudah menjadi lumrahnya untuk membalas senyuman.

"Ada apa?" soal Aira sebaik sahaja dia tiba di hadapan abangnya itu.

precious RAIN √Where stories live. Discover now