"Allah SWT selalu berikan yang terindah, meski dibalut air mata. Allah SWT selalu berikan yang terbaik, meski diselimuti rasa sakit. Allah SWT tidak pernah kurang memberi, hanya saja kita tidak pernah peduli. Semoga Allah SWT mengampuni.
-Syarifah Fatima Munzir Al-Musawa-
️☘️☘️☘️
"Yah!"
Suara riuh bergema di setiap sudut pulau lagi-lagi apabila enam idol itu baru sahaja selesai menaiki bot. Hampir dua hingga tiga jam mereka melakukan aktiviti snorkeling dan meluncur. Lagipula pihak staff sudah menyediakan taman permainan pelampung gergasi yang semestinya menyeronokkan. Namun mereka tidak lengkap kerana Hoseok seorang yang mabuk laut dan dikecualikan. Basah lencun baju mereka.
"Haih! Hati-hati la Tae," Namjoon memegang perlahan lengan Taehyung yang sudah beberapa kali mahu berdiri di atas permainan pelampung namun akhirnya tumbang jua. Mereka sekarang sedang menuju ke arah kanopi rehat berhampiran laut yang telah disediakan khusus oleh staff mereka.
Member lain dan para staff hanya mampu mengertawakan tingkah laku Taehyung. Kalah real maknae!
"Rasanya kasut aku buat hal la hyung," Taehyung merungut, tangannya masih erat memaut lengan Namjoon.
"Eleh, bukanke kasut kita semua sama ke?" Yoongi mencelah di antara Namjoon dan Taehyung.
"Lainlah, warna je sama." si Jimin pula muncul sambil memeluk lengan Taehyung. Best 95L katakan.
"Yalah-yalah," Yoongi malas mahu berdebat. Takkan pernah habis!
"Adam kata dieorang naik bot sama dengan kita," Jungkook menghampiri mereka dengan sehelai tuala putih.
"Maybe tak kut. Sebab semua area pulau kita dominasi," tutur Namjoon. Tangannya ligat membuka penutup botol mineral dan meneguknya rakus.
"Aku penasaran dengan umur Aira. Macam budak tapi matang," Yoongi mengambil tempat di sebelah Namjoon.
Namjoon diam sejenak. Sepanjang dia berbicara dengan Aira, tidak pernah pula dia bertanyakan hal itu. Kerana hal-hal yang dibicarakan lebih tinggi dari hal itu.
"Ouh, tak silap masa kiteorang main dengan Adam haritu dia kata umur dia 18."
Semua mata memandang ke arah Jimin.
"Yah? Mudanya!" Yoongi membulatkan matanya. Baginya penampilan Adam yang baru ditemuinya sama seperti Seokjin. Tinggi sama. Rupa paras seakan sama.
"Tula, kiteorang terkejut jugak." Jungkook memberitahu. Jujur dia agak speechless mendengar umur Adam yang muda darinya. Huhuks...
"Kalau Aira?" giliran Namjoon menyoal.
"16 tahun," celah Taehyung yang duduk sambil menyilangkan kakinya.
Namjoon meneguk liur. Umur baru setahun jagung. Hum...
"Macamana korang tahu umur dieorang?" tanya Yoongi.
"Erm, masa first time jumpa. Kiteorang cakap-cakap juga dengan dieorang. Hal-hal biasa je. Tapi Adam je la banyak cakap. Aira tak mana sebab malu. Hehe comel." ujar Jungkook tersengih.
"Amboi, kau..." Jimin menceloteh.
"Mana Hobie hyung?" soal Taehyung. Lupa pula member mereka yang satu itu.
"Oh dia kan mabuk laut. Rehat kat penginapan kut," beritahu Jimin.
****
YOU ARE READING
precious RAIN √
Fanfiction[Completed] Berada di sebuah pulau yang dikawal ketat oleh agensi terbesar, siapa sangka itu adalah sebuah pengalaman terindah bagi seorang gadis bernama Aqila Nuwaira Kim? Start : 18 Ogos 2020 End : 29 November 2020