07 | Jawapan

135 64 7
                                    

"Hidup ini sebenarnya singkat, cuma kita yang tak sabar mahu rehat. Sabarlah. Rehat yang sebenar- benarnya adalah setelah kita selesai berjuang."


☘️☘️☘️

"Er, boleh saya bertanya? Kat mana meja makan yang ditempah oleh Tuan Hanafi dan Puan Aisyah?"

Adam dan Aira kini berada di kaunter ruang makan resort. Kelihatan agak lengang kerana ada beberapa orang sahaja di situ menikmati makan tengah hari dengan santai.

"Oh, sekejap ya." pekerja itu merenung ke arah tablet khas di sebelahnya.

"Kat tepi gazebo sana nombor tujuh. Dua kerusi je kan? Nanti saya maklumkan pada chef tentang hidangan makan tengah hari,"

Adam mengangguk. "Terima kasih." Tangannya memegang erat tangan Aira seraya menuju ke arah yang dimaksudkan.

"Abang harap takdela udang untuk hidangan tengah hari ni,"

Aira ketawa kecil. "Haish, takkan ada la. Ummi dan abi dah maklum."

Adam tersenyum. Alhamdulillah.

"Err, hai?"

Kedua-dua mereka menoleh serentak ke arah suara itu.

"Oppa Namjoon?"

"Jadi, oppa nak jawab pertanyaan Aira semalam?" soal Aira perlahan. Pelayan yang bertugas sudahpun selesai menghidangkan makanan di meja mereka, hairan juga apabila seorang idol duduk bersama mereka namun didiamkan sahaja kerana ketiga-tiga mereka bercakap dalam Bahasa Korea. Bukan dia faham pun apa yang dicakapkan.

Adam sekadar memerhati dua orang di matanya ini berbicara. Melihat Namjoon dan adiknya silih berganti.

Namjoon tersenyum kecil. Dia mengusap permukaan gelas yang bulat itu. Matanya dipejam seketika sebelum berbicara.

"Itu bukanlah pertanyaan," jeda Namjoon seketika.

"Itu adalah pernyataan. Pernyataan itu mengenai bagaimana seorang manusia itu hidup di tengah-tengah badai besar dan melalui rintangan dengan kepercayaan sendiri tanpa mengamalkan apa-apa agama,"

Lebih tepat, itu adalah dirinya sendiri.

Aira dan Adam diam sejenak. Tidak mahu masuk campur percakapan yang diucapkan oleh Namjoon.

"Maafkan Aira, Aira tak patut tanya pasal tu dekat oppa..." belum sempat Aira menghabiskan kata-katanya Namjoon mencantas.

"Tak mengapa, Aira dah menjawab satu persoalan yang selama ini oppa cari."

"Persoalan apa?"

"Entahlah, oppa tak tahu pun apa maksudnya. Ia seolah nenyedarkan sesuatu yang penting.

Namjoon berdehem seketika sebelum melanjutkan ucapannya.

"Kamu seorang yang genius, tak sangka gadis macam kamu boleh membuat persoalan macam itu. Seolah ia sebuah pernyataan."

Tertegun Adam dan Aira mendengarkan itu.

"Apa yang hyung maksudkan?" kini Adam berbicara.

Namjoon memandang Adam, lupa pula di sebelahnya adalah orang baru. Dari tadi penglihatannya fokus kepada Aira sahaja.

"Kamu seiras Seokjin hyung." Namjoon ketawa kecil.

"Nama apa? Kekasih Aira kah?"

Adam mengecilkan matanya memandang Namjoon. Kemudian beralih ke Aira.

precious RAIN √Where stories live. Discover now