"Meski kita tidak tahu apa hikmah di sebalik ujian. Tetaplah jalani kehidupan dengan sangkaan yang baik pada Tuhan."
☘️☘️☘️
"Kami tinggalkan kamu semua kat sini. Buatlah apa yang kamu mahu, kalau ada apa-apa masalah pergi kat kanopi sana akan ada staff yang pantau."
"Baik!" Keempat-empat jejaka itu bersorak keriangan. Yeah, masa main!
"Nak main apa?" soal Jimin. Mereka berempat berpakaian baju lengan pendek dan seluar paras betis. Cuaca petang di Malaysia agak panas, tidak seperti Korea yang sentiasa dingin meskipun siang hari.
"Ish kau ni Jimin, kita kat gelanggang bola tampar la! Nak main apa lagi?" Hoseok membidas.
Jungkook dan Taehyung ketawa apabila Jimin merengek kerana dimarahi Hoseok.
"Oi, nak main gak!" dari jauh kelihatan Seokjin berlari anak ke arah mereka. Tak pakai selipar pulak tu!
"Ala hyung, tak cukup orang!" Jungkook mengerucutkan bibirnya. Baru sahaja mahu bermain adil 2 - 2 tapi Seokjin pula yang datang.
"Ala, apa susah. Panggil je la staff ikut main." seloroh Taehyung.
"Takyah, staff dah penat urus kita seharian." Jimin menggelengkan kepalanya.
"Ha, tu. Tengok sana!" Jungkook menunjukkan dua orang yang sedang berjalan-jalan di pinggir pantai tidak jauh dari mereka.
"Adam!"
****
"Tak sangka Namjoon oppa berminat nak tahu sikit-sikit pasal Islam," Aira tersenyum kecil. Sebaik sahaja selesai berinteraksi dengan Namjoon, mereka berdua berjalan di tepi pantai, meskipun panas namun mereka sudah terbiasa. Adam pula sempat balik ke rumah penginapan mereka semata-mata untuk mengambil topi.
"Baguslah, kemahuan dia sendiri." Adam menatap Aira sejenak kemudian menghala ke hadapan.
"Tapi kan abang, betul tak apa yang Aira bagitahu Kat Namjoon oppa?" pandangan Adam beralih semula pada Aira.
"Maksudnya?"
"Taklah, hum... ilmu Aira tak banyak belajar. Apa yang Aira kasitahu Namjoon oppa tu semua dari buku-buku yang pernah Aira baca,"
Tertawa kecil Adam dibuatnya. Dia menghadap Aira dan tangannya diletakkan pada kedua bahu Aira.
"Aira, ilmu tu ada di mana-mana. Bahkan cara nak pandang laut tu pun ilmu."
"Hah?" Aira tidak mengerti.
"Macamana Aira nak tengok laut kalau Aira sekarang ada kat bandar?"
"Naik je la mana-mana kenderaan atau jalan kaki." acuh tak acuh sahaja jawapannya.
Bahkan kalau orang lain ditanya, pasti akan dijawab dengan jawapan yang sama bukan?
"Betulkan? Kita akan berfikir dahulu? Kita gunakan ilmu yang ada dalam otak kita kan? Bukan duduk sahaja macam tunggul, mengharapkan laut muncul di hadapan kita?"
Kata-kata Adam membuatkan Aira diam sejenak. Mencerna segala maksud tersirat di sebalik kata-kata Adam.
"Aira faham," senyuman diberikan pada Adam.
YOU ARE READING
precious RAIN √
Fanfiction[Completed] Berada di sebuah pulau yang dikawal ketat oleh agensi terbesar, siapa sangka itu adalah sebuah pengalaman terindah bagi seorang gadis bernama Aqila Nuwaira Kim? Start : 18 Ogos 2020 End : 29 November 2020