04 | Kisah Lalu

155 63 6
                                    

'Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.'

☘️☘️☘️

Malam itu, Tuan Hanafi akan makan malam bersama keluarganya di restoran yang dikhaskan di resort tersebut. Namun kali ini ruangan makan itu agak sesak kerana ia turut digunakan oleh kru VVIP yang membuat rakaman di sana. Terpaksalah pihak resort memohon maaf dan membenarkan mereka sekeluarga makan di ruang yang agak tersorot sedikit, namun masih lagi di ruang makan tersebut. Cuma agak jauh namun tempat itu jauh lebih aman dan selesa serta dihiasi permandangan rembulan malam yang sangat cantik.

Adam telahpun sembuh setelah seharian berehat. Syukurlah.

"Aira pergi mana je tadi?" soal Adam selesai sahaja makanan yang dikunyahnya sudahpun mendarat selamat di dalam perut. Dia perasan Aira tiada semasa Puan Aisyah pergi ke bilik air.

"Jalan-jalan," ujar Aira. Sememangnya dia jalan-jalan sekitar sebelum pulang kerana mendapat panggilan dari Adam mengenai keberadaannya petang tadi. Namun sebaik sahaja Aira tiba, Adam tertidur pula kerana masih terasa mual.

"Maaf tak dapat teman Aira," Adam menepuk bahu Aira perlahan.

"Takpe, abang kan sakit tadi." Aira tersenyum manis.

Tuan Hanafi dan Puan Aisyah hanya tersenyum melihat kemesraan dua anaknya itu.

"Abi, abi pergi kat mana tadi?" soal Aira, ingin tahu. Mana tidaknya, baru hari pertama mereka di situ, mereka ditinggalkan oleh Tuan Hanafi. Meskipun ianya percutian, namun tidak akan lari dari tanggungjawab yang bagi mereka lebih utama.

"Hari ni abi ada taklimat sikit dengan rombongan abi. Esok baru kegiatan abi dijalankan,"

Aira dan Adam mengangguk faham. Puan Aisyah tersenyum sahaja. Dia tahu tanggungjawab yang dipikul oleh suaminya itu amatlah besar. Dia sangat menyokong seratus peratus pekerjaan suaminya itu. Kerana jalan yang diambilnya itu sangat indah dan bermakna.

"Bila Adam habis STPM nanti, Adam ikut abi boleh?" pinta Adam dengan penuh pengharapan seraya membuatkan Tuan Hanafi tersenyum dan mengangguk kecil.

"Boleh,"

Adam memandang ke arah Puan Aisyah dan umminya turut menganggukkan tanda setuju.

"Ummi, abi, abang. Aira nak pergi tandas kejap." tutur Aira. Ketiga-tiga mereka mengangguk sekilas. Aira pergi ke arah belakang resort, hampir terkejut dia dibuatnya apabila hampir berlanggar dengan seorang pemuda.

"Joesonghabnida (Maaf),"

****

Seokjin tidak menyangka, dia hampir berlanggar dengan seorang gadis bertudung sebaik sahaja keluar dari lorong yang menuju tandas lelaki dan juga perempuan. Mujurlah , sempat dia membelok sedikit tetapi mendengar kata maaf yang terpacul dari gadis itu membuatkan dia sedikit terkejut.

Orang Korea kah? Sebaik sahaja dia mahu menanyakan lebih lanjut, gadis itu telah pun berlalu masuk ke dalam tandas wanita. Mahu diikut apa kata staff dan orang-orang nanti? Terpaksalah dia berlalu ke arah ruang makan yang dipenuhi oleh staff dan rakan-rakannya.

"Hyung, lama nya. Tengoklah Si Kook ni, tak sampai satu minit habis susu pisang yang hyung bagi tadi." seloroh Taehyung yang duduk di samping Seokjin.

precious RAIN √Where stories live. Discover now