🔊🔊🔊🔊📣📣📣Saban hari, umat semakin tenat. Generasi baharu sudah tidak selamat lagi.
Umat Islam diserang dari pelbagai penjuru. Pintu maksiat terbuka dengan luas, sehingga dosa menguasai setiap pelusuk mata dan hati pula tunduk meredhai dosa itu.
Hakikatnya, ramai yang menganggap dosa itu tidak mengapa. Budaya-budaya yang tidak sepatutnya ditunjukkan dianggap sebagai hiburan.
Ada yang menganggap mencarut itu adalah cara terbaik untuk mengeskpresikan diri. Bahkan turut dianggap bukti rapatnya sesuatu
persaudaraan atau persahabatan.Sehinggakan terlupa bahawa persaudaraan dan persahabatan sebenar terbina atas dasar taqwa, dan orang yang bertaqwa itu, tidak mencarut sana-sini.
Dalam institusi keluarga juga. Banyak ibubapa yang membiarkan anak-anak mereka mempunyai teman lelaki dan teman wanita.
Sehingga cinta tidak lagi dibina berdasarkan komitmen dan tanggungjawab tetapi, atas nama suka sama suka sahaja.
Dan para gadis pula, ada yang menganggap tidak mengapa mereka mengorbankan maruah demi lelaki yang dicintai. Dengan alasan, nanti akan berkahwin juga suatu hari nanti.
Dalam bab mencari rezeki, rasuah diberi dan diterima. Malah, dianggap sebagai budaya dalam sesetengah industri.
Sehingga sumber rezeki habis bercampur dengan yang haram. Ada yang tahu ia perbuatan dosa, namun masih ada yang berani melakukan itu secara terbuka.
Seolah-olah mencabar Tuhan dan berkata,
"Lihatlah, wahai dunia! Aku sedang melanggar perintah Tuhan! Dan aku tidak takut langsung!
Malah, aku yakin pasti aku sempat bertaubat! "
Dan mata-mata yang melihat. Sekadar menganggap ia sebagai suatu yang kebiasaan.
Begitulah, banyak sekali dosa yang dianggap tidak mengapa. Hanya kerana ia mendapat redha manusia.
Sedangkan redha Allah tidak bersama mereka.
Dan apabila melihat sahabat kita meredhai dosa-dosa itu..
Apakah langkah kita yang seterusnya?
Tepuk tanya,
Tanya iman.
Adakah ia bakal menjadi.
Satu dosa yang kita redhai?
-dipetik dari buku Lukisan Tarbiah 3 karya Abeben-
YOU ARE READING
precious RAIN √
Fanfiction[Completed] Berada di sebuah pulau yang dikawal ketat oleh agensi terbesar, siapa sangka itu adalah sebuah pengalaman terindah bagi seorang gadis bernama Aqila Nuwaira Kim? Start : 18 Ogos 2020 End : 29 November 2020