10 | Saudara

150 64 16
                                    

"Bila ujian sangat sukar, Allah sedang mendidik kita tentang sabar dan sangka baik.  Selepas kesusahan pasti ada kemudahan. Ingatlah wahai diri. Itulah janji Allah."

☘️☘️☘️


"Hari ni ummi dan abi nak ajak Aira dan Adam keluar," bagitahu Tuan Hanafi sambil mengusap mukanya. Mereka baru sahaja selesai solat Maghrib berjemaah.

"Wah, pergi mana?" Adam dan Aira serentak menyoal. Yalah, sudah hampir tiga hari mereka berdua berada di resort pulau ini. Ingin juga menjelajah ke tempat lain.

"Nanti kamu berdua tahu la," Puan Aisyah tersenyum.

"Ok, ini dah macam suspens." Adam ketawa kecil manakala Aira cemberut.

"Tapi, ummi nak tanya. Kamu berdua buat apa je kat resort ni masa ummi dan abi tak ada?"

Adam dan Aira memandang sesama sendiri.

"Tak silap ummi ada agensi yang buat shooting kat sini kan?" soal Puan Aisyah lagi.

Tuan Hanafi hanya tersenyum. Dia sudah tahu itu.

"Er... haah, ummi. Dari Korea. Kiteorang berbual dan cakap juga dengan mereka." jelas Aira.

"Ouh, baguslah."

Mata Aira dan Tuan Hanafi bertembung. Tersenyum mereka.

"Ok, jom. Kita pergi."

Setelah memaklumkan kepada pihak resort tentang kepemergian mereka, mereka sekeluarga terus menaiki bot dan meninggalkan perkarangan resort pulau tersebut.

Sepanjang perjalanan, mereka sekeluarga berbual dan bercerita banyak hal. Tidaklah terasa sunyi sepanjang perjalanan mereka meskipun ditemani deruan enjin.

"Selama tiga hari ni, abi naik bot la nak pergi sana?" soal Adam. Dia mendongak kepalanya ke arah lembaran langit yang dipenuhi jutaan kerdipan bintang.

"Haah, nama pun pulau. Tapi abi seronok, bukan selalu dapat naik bot.  Alhamdulillah, bot pun mudah sewa sebab keluarga kita je yang ada kat pulau tu selain agensi luar." kata Tuan Hanafi.

"Huh, sejuk juga." Aira memeluk tubuhnya. Puan Aisyah di sampingnya memeluk erat tubuh Aira yang kecil itu.

"Jadi abi dan ummi ulang alik dari pekan ke pulau naik bot la?" soal Aira polos.

"Yalah, sayang. Takkan nak naik kuda pula." Puan Aisyah terkekeh kecil. Begitu juga dengan Tuan Hanafi dan Adam.

Sebenarnya kalau diikutkan, Tuan Hanafi mahu menempah resort di sebuah pantai berdekatan dengan Kota Kinabalu kerana pertukaran tempat kegiatan dakwah mereka dari Pulau Manukan ditukarkan di sekitar perkampungan berdekatan di kawasan pedalaman. Namun, tidak mahu membazirkan duit deposit Tuan Hanafi terpaksa ulang-alik dengan bot ke jeti untuk menjalankan tugasannya itu.

Namun Tuan Hanafi tidak kisah semua itu, dia seakan merasakan bagaimananya Rasulullah SAW dan para Sahabat dulu berjuang menjelajah seluruh dunia untuk menyampaikan agama Islam. Kalau bukan pengorbanan mereka, Islam tidak akan berkembang hinggalah ke hari ini.

Akhirnya mereka sampai di jeti, setelah mereka mengucapkan terima kasih, mereka segera menuju ke arah sebuah kereta berjenama Mercedez Benz.

"Kereta siapa ni?" soal Adam, berkerut dahinya melihat kereta itu.

"Ouh, ini kereta kawan abi. Dia kerja kat Kota Kinabalu." jawab Tuan Hanafi.

"Uncle Ahmad ke?" soal Aira. Tuan Hanafi mengangguk. Kemudian mereka sekeluarga menaiki kereta itu dan menuju ke arah destinasi.

precious RAIN √Where stories live. Discover now